Last week, 3 Disember 2010, kita semua balik ke Sungai Petani, kampung mama untuk hadiri Majlis Perkahwinan PakNgah Jan di rumah Tok Dak. Kita semua bertolak dari Klang jam 8.30 malam, sampai kat Sungai Petani (SP) lebih kurang jam 2.00pagi.
Sebenarnya kenduri pada 5 Disember 2010, tapi biasalah, lepas Jumaat tu pun dah bermula segala-galanya. Hari Sabtu, 4 Disember 2010, acara merewang dan kita semua makan malam di rumah Tok Daklah. Majlis kenduri kahwin rumah Tok Dak kali ini adalah yang terakhir, sebab semua anak-anak dia yakni sepupu mama dah pun berkahwin. Seperti kebiasaan juga, kenduri saudara mara kita memang tradisi gotong royong masih dikekalkan. Semuanya masak sendiri. Menu pada hari kenduri tersebut antaranya ialah Nasi Minyak, Nasi Putih, Rendang Daging, Dalca, Ayam Goreng Rempah, Kerabu Mempelam(mangga), Laksa, Rojak Buah, Bubur Kacang, Roti Jala dan Cendol. Memang meriahlah.
Kebetulan, orang yang jadi mentara atau kat sini panggil 'rewang' pun ramai. Setiap lorong di taman Ria Jaya, Sg Petani tu, memang dah dilantik 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan. Tapi rasanya yang hidup bermasyarakat lagi seperti di Taman tu cuma lorong-lorong Serampang ini sajalah sebab kawasan tu majoriti adalah melayu. Kaum Cina dan India di lorong-lorong lain seperti Joget, Makyung. Kalau diperhatikan memang taman tu kebanyakan lorong-lorongnya dinamakan dengan nama-nama tarian asli masyarakat melayu seperti Joget, Makyung, Serampang, Inai, dan Inang.
antara photo yang sempat diabadikan. Baju kita semua pun warna grey sempena theme pengantin hari tersebut.
Alhamdulillah, majlis keseluruhan berjalan dengan lancar. Jam 5.30 petang, semua khemah-khemah telah diturunkan begitu juga dengan segala pinggan mangkuk dan periuk siap dibersihkan.
Selamat Pengantin Baru buat Mohd. Faizal dan Norhidayah
Keesokkan paginya, 6 Disember 2010 cuma tinggal untuk memilih dan mengasingkan antara barang/pinggan mangkuk tuan rumah dan kepunyaan surau saja. Kebetulan 6 Disember tu mama ambil cuti, orang cakap apa, cuti tersepit, mana tidaknya 7 Disember 2010 Awal Muharram jadi cuti umum untuk semua.
6 Disember tu, sempat lagi kita ke Tanjung Dawai, beli sos untuk Char Kow Teow favorite ayah. The, 7 Disember jam 11.00 pagi baru kita bertolak pulang ke Klang dan singgah di Sg. Perak untuk makan dan solat. Tiba di rumah sekitar jam 5.00 petang.
Glitter Text @ Glitterfy.com
No comments:
Post a Comment