Hidup, yang muda pasti tua, yang tua tidak akan kembali muda....Jom kita lihat pelakon-pelakon bollywood dolu-dolu, perbezaan muda dan tua dulu kini dan selamanya, ada antara mereka ni, kita pun mungkin belum lahir lagi, he..he..jom..
Shashi Kapoor muda dan tua(left), sekarang dah berumur 72 tahun, kalau dulu terkenal dengan filem Aa Gale Lag Ja berpasangan dengan Sharmila Tagore.Semua lagu dalam filem ni best, tp my favourite song is..Tera Mujse..
Filem Bobby, penggemar bollywood pasti tahu kan? Ni lar Dimple Kapadia masa muda(lef)t and sekarang (right pic) dah berumur 53 tahun kalau dalam filem ni dia bergandingan dengan Rishi Kapoor, yang sekarang anak dia Ranvir Kapoor pun dah jadi pelakon. Karisma dan Kareena tu anak sedara si Rishi Kapoor lar...Actually, semua lagu-lagu dalam filem ni best, especially, lagu yang Aruna Irani menarik golek2 tu..hu3...lagu ni rasanya, Main Shair To Nahi..(aku bukanlah penyair)
Akshay Kumar with Twinkle Khann,
Twinkle ni actually, anak Dimple Kapadia dengan Rajesh Khanna, tapi dah bercerai dalam tahun 1984 kalau tak silap.Twinkle ada kakak sorang, Rinkee Khanna tapi tak sefamous her laa.
Ni pula Asha Parekh, banyak filem-filem dia yang famous dalam tahun 60's,70's and 80's. Antara filem yang aku suka, Teesri Manzil bergandingan dengan Shammi Kapoor.Lagu-lagu dalam filem ni pun best..antaranya..O Haseena Zulfon Wali Jaane Jahan.
Sharmila Tagore converted to Islam when married with Mansur Ali Khan whos is a former captain Indian cricket team. Filem In Evening in Paris ni, heronyer Shammi Kapor, semua lagu-lagu dalam filem ni pun best. Yang paling aku suka lagu ni ...Raat Ke Humsafar. Nak dengar lagu ni kat blog ni, ada kat bawah my blog, just click on that. Pada yang tak tahu or tak gemar lar, actually, Saif Ali dan Soha Ali Khan adalah anak Sharmila Tagore ni (pic bawah). Sekarang Sharmila dan berumur 64 tahun, filem yang aku tengok dia berlakon takderlah terkini dah lama, filem Mann yang jadi nenek Dev lakonan Aamir Khan..tuh..
Soha Ali Saif Ali Khan
Dhamendra and Hema Malini
Hema Malini sekarang berumur 62 tahun, aku suker tengok dier, cantik sangat, dan senyumann dia kadang-kadang ala-ala Madhuri pun ada. Ni dalam filem Dream Girl perpasangan dengan Dhamendra yang kemudian berkahwin. Perkahwinan dengan Dhamendra dikurniakan 2 cahya mata, Easha Deol dan Ahana. Deol.
Tapi apa kaitan pula, Easha Deol dan Bobby and Sunny Deol.....hmm Actually, dorang ni berkongsi bapak, tapi mak lain-lain. Panjang citernyer, tak terciter kat sini he..he...Bobby salah sorang fav actor.
Shammi Kapoor, yang sekarang dah berusia 79 tahun, rasanya dah berkerusi roda dah sekarang, tak mampu lagi nak berjalan. Shammi ni adik beradiklah dengan Shashi Kapoor tadi, dan Rishi tu anak sedara dia lar. Ni keluarga-keluarga Kapoor lar, tapi perlu diingatkan tiada kaitan atau apa2 hubungan darah dengan Anil Kapoor tau....he3...Filem Andaz ni dia berpasangan dengan Hema Malini, lagu best dalam filem ni, Zindagi Ek Safar Hai Suhana....tapi banyaklah filem-filem lakonan dia tip top...
Kenal tak saper ni?..hmm aku pun tak berapa kenal sangat, zaman nenek-nenek dan mak-mak aku jerk yang kenal sangat. Actually, ni lar Saira Banu, memang cantikkk sangat masa muda-muda (pick lef)t, tp masa tua sekarang (left), tak derlah nampak tua sangat kan, biasalah dah berumur. Dia berkahwin dengan Dhilip Kumar(pic kat bawah) sekarang dah berumur 66 tahun dahh....Lagu best dalam ni, yahoo! yahoo! chaahe koyi mujhe junglee kahe, kehne do jee kehta rahe..nyanyian asal Mohd. Rafi(dah meninggal pun).
Saira Banu dan Dhilip Kumar
Rakhee Gulzar, sekarang dah berumur 63 tahun pun, dulu banyak watak-watak heroin juga, antara filemnya ialah Sharmilee, bergandingan dengan Shashi Kapoor. Sekarang dia selalu berlakun jugak, tapi dah watak-watak, nenek tak pun mak-mak. Salah satu filem dia sekarang yang aku ingat dia jadi mak kepada Karan Arjun sebagai Durga Singh dan juga filem Baadshah as Chief Minister Gayathri Bachan.
Rajesh Khanna, antara hero yang paling popular zaman 60,70 dulu. Antara filem lakonannya bersama Asha Parekh adalah Katipatang, lagu-lagu dalam filem ni pun best antaranya ialah Pyaar Dwana Hota Hai....
Rishi Kapoor, ni salah sorang ahli keluarga Kapoor jugak yang berpasangan dengan Dimple dalam filem Bobby. Selain filem Bobby, filem lain yang best, adalah Amar, Akhbar, Anthony, tak ingat dah cam ner jalan cerita, tapi dalam filem tu, kiranya ada tiga agamala, Amar mewakili agama Hindu, Akhbar mewakili Islam, sementara Anthony, Kristian. Selain filem tersebut, filem dalam tahun 1993 bertajuk Anmol bersama Manisha Koirala pun best. Sekarang ni pula, anak beliau, Ranbir Kapoor dah mula berjinak-jinak dengan pentas bollywood nih. Anaknya tak berapa hensome sangat, sebab banyak ikut wajah isterinya yang keturunan sikh..iaitu Neetu Singh. Salah satu filem Ranbir ni yang aku pernah tertengok..tertengok hokkay, lucu gaklah, itu yang tertengok tu, citer nih, Bachna Ae Haseeno, for more info click
HERE
Ranbir Rishi Kapoor
Amitabh Bachan dan Jaya malas dah nak tepek , semua dah well known kan?..Oklah tu yerk, sekian, nanti kita sambung kisah menatang len plak yaa..ini sekadar tuk hiburan ja, tiada kena mengena dengan yang hidup mahu pun mati..ha3..cam kenai ayat tak?