Monday, February 28, 2011

Appointment O & G

Assalamualaikum w.b.t,

Pagi ni, rasa macam tak larat sangat nak bangun. Tapi at last sempat jugalah menyiapkan lunch untuk anak-anak mama yang ala kadar saja. Pindang Ikan, Sawi Goreng dan Ayam Goreng Salut Tepung, ayamas punya, kalo tak tak sempat mama nak menyalut2lah. Mana tidaknya 6.30am. baru terjaga. Selepas siap semua, ayah hantar anak-anak mama. Mama ngan ayah gerak pulak ke Hospital Ampuan Rahimah, kebetulan mama ada appointment dengan doktor  pakar O& G kat Pusat Rawatan Harian di situ. So sampai sana lebih kurang 8.45am.

Jejak jerk kaki ke dalam, mak ai, tak da space nak melangkah, nak duduk apakan lagi, punya lar ramai orang yang berpenyakit (tak sedar diri termasuk mamala). Sebelum tu,  menunggu untuk mengambil no giliran pun dah tunggu hampir-hampir sejam. So, dah ambil no giliran, tunggu lagi untuk next procedure ke di bilik O&G. Bayangkan mama dapat no61, padahal, tengok kat screen baru running no 22. Hu3..berapa lama mau tunggu ni, tapi dah tau dah, kalau kat buat medical checkup kat government kalau tak mengambil masa 1/2 hari memang tak sahlah, eventho sampai jam 8.00 pagi situ pun. Tapi kena fahamkan, patient ramai, so semua nak free so kenalah berkorban sket...Takperlah, dari mama tercangak kat pejabat tu, baik mama sekali sekali lari dari routine harian tu. hi3.

At last, around 11.40am macam tu, baru turn mama. Alhamdulillah, doctor memang friendly. Layan apa jerk pertanyaan mama. So far, tak ada apa-apa perkembangan cuma checkup biasa and set for next appointment with Thyroid Specialist   on 1st of April. Adoi, nak kena pergi lagi. Tapi mujuqlah lagi 3weeks lebih kurang.

So around 12.45 baru selesai semua. Ayah datang ambil mama semula, pergi makan kemudian baru masuk pejabat semula. Bos pula oustation ke KK until Friday, baru dia masuk pejabat semula. So bolehlah mama mengetap ngetip kejap nih.

Coretan:

3 comments:

Mrs Azuhaizat said...

Ya Allah kawanku, serius tak tyroid hang tu? Mudah-mudahan akan sembuh..amin.

@hasney^-^ said...

Atie, so far takderlah serius doktor cakap. Cuma kena thyroid tu, badan panas jerk selalu eventho duduk dalam aircond pun. Then, metabolism laju sbb tu lar bdn intan kurus. Tp thyroid ni ada dua species, species yg metabolism slow (itu boleh gemuk) then metabolism high( itu yg boleh kurus)....and one more thing, coz nak jejak langkah atie jugak. InsyaAllah our new family members akan hadir pada pertengahan july. So, right now combined checkup, itu yg penat tu....means checkup for both lar..pregnancy and thyroid. Tapi doktor cakap, takder apa2 effect kat baby evento kita pregnant. Tapi certain people, kalau ada tyroid, kebarangkalian untuk pregnant adalah sukar, tapi terbalik pulak ngan Intan. My x-officemate, pun ada thyroid juga, tp sekarang dah pregnant nak masuk yg kedua dah. Setakat ni takderlah nak bimbang sgt, tpi normally yg ketiga2 lepas problem hb below than 11, termasuklah yg ini. Tu pun penat gaks, nak gi klinik 2weeks sekali.

Mrs Azuhaizat said...

Alhamdulilah nak tambah ahli keluarga, i'm happy for you ^_^. Kalau dapat lelaki syoknya ada 2 pasang...tak apalah apa-apa pun i wish you the best, mudah-mudahan segalanya dipermudahkan...jaga diri elok-elok tau..