Isnin lepas ( 4 April 2011), balik jerk dari pejabat.....
Easya : mama, mama kenapa mama bagi seluar labuh sangat kat Easya...(dengan keadaan seluar yang berlipat..lipat di bawah, dah tu sebelah tangan memegang pinggang sebab longgar'.
Belum, pun mama cakap sesuatu, terpandang pada seluar abang Hakim, apalagi, mama ngan ayah ketawa mcm tak ingat dunia......mana tidaknya, seluar yang abang pakai punyalah pendek dekat paras betis, dah tu kecik pulakktu.
Mama: saper yang pakaikan Easya seluar ni.
Easya: Ibu ( pengasuh)...yang bagi.
Mama: Lar, ibu ni pun satu, tak tengok ker, seluar abang tu dah senteng sesangat, Easya pula dah labuh sangat, kan dah tertukar tu...
Nenek ( jiran slbh rumah): itulah, takkanlah ibu pun tak tengok masa diorang pakai.
Mama: Hmm itulah, Easya, mama dah bagi betul kan. Naperlah ibu tak tengok masa bagi pakai tu.
Ayah: agaknya, van dah datang baru kelam kabut nak pakai seluar.
Mama: Kot yer pun, tengoklah, kesian budak-budak tu seharian kat sekolah seluar macam tu, sorang terlabuh sangat sorang tersengteng sangat.
Kedua-duanya dah buka seluar masing-masing.
Easya: Mama, tengok ni nama..ni S ( saiz seluar) Easya punyakan?
Mama: Aha, tengok ni, ini kan L, abang punya kenapa Easya pakai?
Easya: Ibu yang bagi, hmm dah tau besar tukarla semula dengan abang.
Kesian, anak-anak mama, macam manalah boleh tertukar seluar. Mujur baju pun tak tertukar, kalatak haru birulah, mana tidaknya, baju abang style kemeja, baju Easya, mini gaun. mpai sekarang, mama kalau ingatkan kembali mesti akan ketawa lagi...macam-macam anak2 mama nih..
Coretan: