Tuesday, May 31, 2011

Dari Suami Buat Isteri....

Sekadar Untuk Renungan dan Suka..Suka sahaja....


PUISI

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...


*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII.
.
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!
please lah....!!!

Thursday, May 26, 2011

Mengkrususkan Diri Di Pulau dan Checkup Lagi

3 hari berlalu, menyebokkan diri disebuah pulau yang tak berapa nak pulau di Port Klang ni dengan kurus Pengurusan Pejabat Yang Berkesan, kalau tak berkesan-kesan lagi tak tau laaaa..hu3.

Hari pertama, hari kedua, memang tak jemu dan tak mengantok langsung sebab Prof yang bagi lecture tu memang suka wat lawak....macam-macam joke yang dia buat kadang-kadang terpikir, boleh masuk pertandingan Raja Lawak lepas ni, prof ni, udahler nama dia pun dah cukup geli hati untuk didengari....shhhhhhh tak leh cakap...rahsiaaa...

Tapi hari ke3, mama terpaksa ke Hospital sebab ada appointment, biasalah, kalau dah ke hospitah memang sampai tengah hari lah, so after lunch around jam 2.00 ptg tu baru mama masuk semula ke kelas. Tak sangka pula, dah mama tak ada, member cakap nama mama dipanggil untuk mengulas tentang kursus yang dihadiri semalam, tapi mujurlah mama tak ada...hi3...selamattttttttttt.

Keputusan check up, Alhamdulillah, dost untuk ubat thyroid telah diturunkan dari 3 biji ke 2 biji sehari, hb pun dah naik sikit walaupun begitu masih lagi belum mencecah angka 10. InsyaAllah, mama target within a week boleh naik kot, sebab next Monday dah ada appointment lagi di klinik Port Klang juga. Pejam celik, pejam celik rupanya dah masuk minggu ke 32 sekarang, so lebih kurang 6 minggu jerklagi sekiranya ditakdirkan bersalin sekitar 38 minggu. So far, mama tak lebih dan tak kurang sangat, cuma masa pregnantkan hadirah sahaja sehingga almost cecah 40weeks. InsyaAllah, mudah-mudahan kali ni, tak lah juga terlalu awal, atau terlalu lewat sangat. 

Alhamdulillah, so far keperluan baby semua dah hampir lengkap sepenuhnya, cuma set mandian jerk yang belum mama belikan, lain-lain semua dah siap di dalam raga dan nak packing sikit lagi masukkan ke dalam beg ( for emergency case) dan barang-barang keperluan mama pun sikit sahaja lagi yang diperlukan. Lagipun Jumaat depan ( 3 Jun) nak balik Sungai Petani, manalah tahu apa-apahal kan, so better mama prepare awal awal. At least semua dah ada dalam kereta.

Coretan:






Wednesday, May 18, 2011

Akhirnya.....Kena Jugak Inject

Assalamualaikum w.b.t,

16hb lepas, mama sekali lagi ada 'checkup' dan scan. Minggu ni dah masuk minggu yang ke 30. Rasa sekejapan masa berlalu, cuma tinggal lebih kurang 2 bulan lagi 'orang baru' akan menjengah ke muka bumi ni.

Memang, kali ni dugaan mengandung amatlah banyak sekali, mana tidaknya dengan  kadar  ubat hyperthyroidism dari 50mg dos ke 150mg sekarang, itupun kadang-kadang terlupa nak ambil ubat, sehari kadang2 jadi 100mg dos jerk. Dah tu kadar hb( hemoglobin) kepekatan darah merah mama yang below 10(ten) since disahkan pregnant. Padahal ubat dan segala bentuk jenis zat besi memang tak pernah kata tak ambil, hari-hari dan untuk setiap hidangan makan mama seharian, kandungan zat besi mesti dan pasti mama akan ambil selain susu 3 gelas sehari bersamaan 9-10 sudu besar sehari tapi masih juga tak membantu untuk menaikkan kadar hb mama. 

Mulai pada 16hb juga mama perlu diberi suntikan infer-on ( betul ker ejaan ni, tengok dalam buku checkup lebih kurangla), bertujuan untuk meningkatkan tahap hb mama. Walaupun pelbagai usaha mama sendiri dah buat, tapi masih tiada peningkatan pada usia kandugan dah 30weeks ni, memanglah frustrated, tension tu memanglah ada tapi sabar sajalah, mama hanya mampu berdoa, mudah-mudahan dengan dugaan yang sebegini, memberikan mama mudah bersalin dan baby mama nanti sihat cukuplah.

Nak citer tentang injection infer-on ni, nurse-nurse yang merawat mama selalu menakut-nakutkan akan tentang injection infer-on ni amat menyakitkan. Mulanya, rasa bimbang dan takut jugaklah, tapi once dah kena inject pada 16hb dan sekali lagi pagi tadi, rasanya tiadalah menyakitkan mana, biasalah macam kena inject yang biasa-biasa tu, sakit sikit terdetik dalam hati, sakit bersalin lagilah teruk. Entahlah nurse-nurse ni, entah apa-apa jerklah. Sebenarnya ada lagi 7 suntikan yang mama perlu ambil selang sehari sehingga 9 Jun 2011 baru selesai. Hu3..penat gaks la nak menunggu kiranya sampai minggu 36 weeks la baru selesai semua.
 Jadual untuk infer on injection

3rd (latest scan)


 2nd Scan ( sbb jatuh dari motor)

1st Scan

Alhamdulillah, scan result semua okay. Cuma jantina jerk tidak dapat dipastikan lagi .  Dr cakap, air ketuban, keadaan placenta semua ok and follow the graft cuma baby still breach. Tapi, normally, semua anak-anak mama masa usia kandungan 7 months, baby still breech, baby kecil lagi sekarang baru 1.5kg, anggaran scan, sebab tu masih lagi pusing-pusing agaknya. InsyaAllah, mudah-mudahan tiba masanya baby mama nanti dah turun ke bawah ye sayang.

Coretan:


Monday, May 16, 2011

Lawatan ke Ostrich Farm

Assalamualakum w.b.t

Hari ni, senang Hakim bangun nak ke sekolah, mana tidaknya, tadika dia buat lawatan ke Ostrich Farm kat Seremban. So seawal jam 7.00 pagi dah gerak ke sekolah, walaupun bas mungkin akan bergerak sekitar jam 8.00 pagi.

Tak tahu sekarang, apa keadaannya, memang tak dibekalkan telefon pun. InsyaAllah, mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.



Coretan:



































Monday, May 9, 2011

Cerita Hari Minggu

Assalamualaikum w.b.t

Hari minggu yang sebok sangat. Cuti dua hari weekend biasalah, inilah kesempatan nak merehat2kan badankan, setelah berhempas pulas hari-hari dengan kerja-kerja seharian di samping tugas2 harian dirumah yang tidaak akan pernah selesai...

Disebabkan hari Sabtu ada pengajian untuk ibu-ibu di surau yang selalu mama pergi, tu, malam sebelum tu dah siap semua basuh/sidai/lipat baju kecuali baju-baju kerja ayah, baru direndam, pagi esok (sabtu) baru nak basuh.

Tengah hari tu (sabtu), masak kari ikan, sambal hati lembu, sup mix vege. At last takder saper pun yang makan, hakim makan nasi goreng, ayah pun jamah sikit begitu juga mama dan hanani dan hadirah. Masing-masing tak berselera sangat disebabkan 'flu' yang melanda seisi rumah, tekak memang tak berselera. Selepas selesai makan dan solat mama gerak sendirian ke surau, sementara anak-anak mama dengan ayah di rumah. Sebelum gerak, dah pesan kat ayah tolong jemur baju dia yang belum berjemur tu.

Alhamdulillah, pengajian bermula jam 2.30 petang, dan berakhir sekitar jam 4.30 petang. Ambil kesempatan kejap berborak-borak dengan kaum ibu-ibu di surau tu. Mama bali di temani 'aunty Ayu', dan hantar dia pulang ke rumahnya yang berdekatan dengan rumah kita. Sampai kat rumah dalam jam 5.00 petang, tengok kain dalam mesin, sikitpun tak berusik...hmmmm hati mmg geram sgt dah....memang tak boleh harap langsung ayah ni, kalau setakat cakap jerk. Sambil angkat jemuran pagi tadi yang dah kering mcm ikan kering dek panas terik hari tu, mama jemurlah sendiri jugak akhirnya baju-baju dalam mesin tu dan rendam pakaian lain pula.

Hari, Ahad ingat nak baring-baring lagi, ayah dah kejutkan mama, cepat bangun hari ni ada pengajian Bulanan di surau. Apalagi, terkejut bangun, jemur baju, dan sempatlah juga masak bubur serta goreng nasi tomyam (resepi baru) hi3...dan selesai semua lebih kurang jam 10.00 pagi kita semua gerak ke surau. Sampai di surau rupanya ada sarapan nasi lemak, Hakim berjaya menghabiskan sebungkus nasi lemak. Selesai pengaijian lebih kurang jam 12.30 t.hari, balik singgah SSW sebab barang basah dah hampir kehabisan. Sampai rumah, mama baring-baring melepaskan lelah...tup..tup tertidur sampai jam 3.00, itupun terkejut bangun sebab Hanani cakap, ' mama, baby berak...dah bocor', apa lagi mama dengan tangkasnya terus bangun mandikannya sekali kemudian mama mandi  dan solat. 

Hadirah dah merengek-rengek kelaparan, mujur bubur mama dah masak pagi tadi, tak sempat nak masak sup, cuma masak  scramble egg jerk dan mix dengan kicap. Berselerah sungguh tiga kali tambah begitu juga Hanani.  Sementara mama, dek ayah, dan hakim pun tak berselera makan, mama masak nasi ayam jerk petang tu, selesai masak lebih kurang jam 4.00 petang,baru masing-masing makan untuk makan tengah hari, hari tu. Tapi mama tak terus makan, selepas solat asar baru mama makan, itupun dah jam dekat 5.30 petang. Ayah makan around jam 6.00 petang sebab dia dah ketiduran. Hakim awalnya masih kekenyayangan sebab dia dah balun lagi nasi lemak 2 bungkus yang mama bawa balik dari surau tu.

Sebelah malamnya pulak, normal duty mama setiap malam ahad, menggosok baju untuk dipakai seminggu, lepas solat Isyak semua around jam 9.00 baru mula ion dan selesai lebih kurang jam 11.00 malam, masuk dalam bilik rupa-rupanya semua dah ketiduran bergelimpangan. Walau pun kepenatan, tapi mata mama masih segar bugar lagi, badan jerk yang penat, dalam ketiduran tu, macam-macam mimpi yang datang.........hu3..tapi mujur takder yang scary, cuma mimpi dilanda banjir, orang cakap, orang cakapla, bukan mama cakap, kalau mimpi banjir kita akan dapat durian runtuh. Hmm memang runtuh sungguh rupanya, pagi tadi sampai jerk kat opis, Kak Saedah, dah bayar duit hutang dia beli telekong dengan mama...Hi3..



Coretan:

Thursday, May 5, 2011

Part 2- Cuti Sempena Labour Day

Assalamualaikum w.b.t.,
 
Sabtu, tak kemana-mana lagipun Tok Mak sebok merewang di rumah kenduri. Hari Ahad baru 1st Mei baru kenduri. Sebelah malamnya ada majlis berinai, pengantin berdandan ala2 Jawo gitu. Keesokknya, pengantin persalinan serba pink/purle. Ayah, sebok jugaklah membantu keluarga sebelah perempuan, mama jerk bersantai dengan anak-anak sementara menunggu ketibaan pengantin. Laluan pihak pengantin telah disekat oleh hulubalang-hulubalang bertombakkan sudip kayu panjang....yakni abang-abang pengantin perempuan( anak perempuan sorang dari 6 adik- beradik). Gambar semuanya dalam camera Pak Cik Faris, kena tunggu dia upload dulu.

Lebih kurang jam 3.00 petang, kita semua gerak balik ke rumah Tok Mak, sebab Pak Jang (abang Tok Ayah) nak tumpang solat. Ramai jugalah saudara mara Tok Ayah turun dari Pontian dan seluruh pelusuk Johor lah, so tempat rest house diorang rumah Tok Maklah. Nak tak nak kena balik dulu, lagipun mama dah tak larat, anak-anak mama pun dah masing-masing meragam nak balik, panas dan sebagainya

Esoknya, kita tak balik lagi, sebab mama dengan ayah still cuti sampai Selasa (3rd Mei). Petang tu, Pak Long balik dulu dengan anak beranak, sementara kita semua keluar pergi ke rumah Tok Long( abang Tok Mak) berdekatan situ jerk. Sekitar jam 6.30 macam tu, dapat call dari Pak Long yang diorang accident anak beranak, lagipun memang hujan. Tapi menurut Pak Long, diorang semua tak ada apa-apa cuma kereta jek tak boleh jalan terus. Mujur ada kereta tunda Pluss lalu dan tarik ke simpang Alor Gajah, sampai kat situ, kawan Pak Long ambil diorang sementara Tow Trak lain datang bawa keretanya ke bengkel.

Tok Mak plak, dah tak tentu hala, kalau boleh malam tu jugak dia nak gerak ke Melaka, mama pun dah Tok Mak cakap nak ke Melaka, kemas lah kain baju siap-siap, alang-alang esok gerak terus jerk ke Klang, tak payah nak berpatah balik semula. Tup..tup atas nasihat Tok Ayah, sebabkan hujan dah tu hari dah malam. Lagipun Pak Long dan keluarga dah selamat sampai ke Melaka, jadi tak jadilah balik malam tu. Hmm sabarjerklah, mana taknya dah siap-siap berkemas, sekali tak jadi plak. Esok sekitar jam 9.30 pagi, baru gerak ke Melaka. Mak Long bibir pecah jugaklah, belaga dashboard, baby mujur dia pegang kuat, padahal dah pakai seat belt katanya, Syahira terjatuh ke bawah, lebam sikit kat pipi, Humaira pulak terlanggar ke pintu lebam jugak kat mata, cuma si Sara jerk, lagilah dia tak sedar langsung, sebab yang jatuh atas dia Syahira kecik jerk itu yang tak terasa, sebab dia tidur kat bawah, dia cuma perasan bila masa kereta dah on tow. hi3...

Tapi kalau tengokkan keadaan kereta memang teruk Waja tu, kemik rapat kat depan. Hantar ke bengkel mahu sebulan dua barulah nak siap, so buat sementara ni, Pak Long pakai kereta Tok Ayah, sementara Tok Ayah pakai kereta Pak Uda yang ditinggalkan sementara dia tengah berlayar sekarang ni. Rasanya di dah kali ke dua kereta tu dilanda kemalangan, mula-mula dulu Mak  Long yang drive, dia terbabas ke divider jalan, habis bumper depan.  Walau bagaimana pun syukur Alhamdulillah, semuanya tiada apa-apa.



Coretan:





Cuti Sempena Labour Day


 Assalamualaikum w.b.t,

Part One

Tanggal 1st Mei setiap tahun biasalah sambutan Hari Pekerja. So mama ambil kesempatan tu balik ke Kg. Tok Mak di Segamat, lagipun ada jemputan kenduri kahwin di rumah cucu sedara Tok Ayah. Disebabkan nak packing beg semua, mama ambil half day hari Jumaat tu, ayah pun apply cuti juga sebab ada urusan dengan lawyer berkenaan pembelian rumah belum selesai. Malam tu sekitar jam 7.00 malam kita bergerak ke Segamat. Perjalanan sampai kat simpang KLIA dah 'stuck' teruk rupanya jalan dari 3 lane jadi 1 lane jerk..diorang tengah repair jalan rupanya. Sampai kat hentian Seremban, ingat nak makan dulu, ayah dah kelaparan sangat, coz dia tak makan pun tengah hari tu, sekali nak duduk, kerusi mmg 'fullhouse', at last, mama beli roti dua jerk, then ayah beli nasi lemak 4 bungkus, coz PakCik Faris pun ada ikut kita sekali, so pakatlah makan dalam kereta sahaja. Hakim berjaya menghabiskan sebungkus setengah nasi lemak yang pedas itu, sementara Hadirah makan nasi lemak mama suapkan, Hanani makan roti jerk( yang sorang ni mmg susah makan sket). Selepas solat Maghrib/Ishak kat Petronas situ kita terus gerak terus ke Segamat keluar ikut Tangkak. Sampai kat Segamat lebih kurang jam 12.30 malam.

Coretan:



Besday Yang Berlalu Sudaaa

 Assalamualaikum w.b.t

Sudah berminggu berlalu, memang tiada kesempatan langsung nak mencoretkan apa-apapun di 'Warkah Kehidupan' mama ni. Bulan lepas tanggal 16 April 2011 adalah hari kelahiran mama. As usual, memang tiada apa-apa sebarang sambutan dan sebagainya, tapi terharu dengan anak-anak mama, Hakim dan Hanani especially, mama just cakap jerk buatkanlah mama kek satu...sekali diorang pakat2 lukis gambar kek......tak sempat nak snap, tapi cantik jugaklah lukisan kek yang Hakim lukis tu untuk budak seusia dia 6 tahun, siap colorful and decoration lagi. Minggu tu memang tak sempat nak buat apa-apa, sangat, busy, sementara ayah kena kerja, then Ahad pun tiada di rumah ada urusan dengan surau dan kenduri kendara.  Mama pun tak kisah sangatlah, tapi ucapan terima kasih tak terhinggalah kepada semua sahabat handai yang tak jemu-jemu wish birthday kat FB.

Teringat lukisan Hakim, alhamdulillah, sekarang pemikiran dia semakin aktif dan matang, lukisan pun dah agak matang, macam-macam imiginasi yang dia boleh keluarkan.  Yang mama tak boleh tahan, bila tengok Hakim lukis orang dan diwarnakan hitam legam...dan ada petir dan hujan. Bila ditanya kenapa orang ni hitam, dia jawab, orang ni kena petir dia main kat luar. Kereta pun dah pandai lukis, siap lukis kereta 'Roll Royce' lagi tu hi3. Alhamdulillah, dia dan Hanani pun sekarang berlumba-lumba dalam pelajaran. Iqra pun banyak improvement, setiap hari pasti akan berubah. Sebelum mama pergi dari alam maya ini, mama sentiasa berdoa agar semua anak-anak mama menjadi anak yang soleh dan solehah serta mendengar kata, patuh pada Illahi. Amin

Coretan: