Wednesday, May 18, 2011

Akhirnya.....Kena Jugak Inject

Assalamualaikum w.b.t,

16hb lepas, mama sekali lagi ada 'checkup' dan scan. Minggu ni dah masuk minggu yang ke 30. Rasa sekejapan masa berlalu, cuma tinggal lebih kurang 2 bulan lagi 'orang baru' akan menjengah ke muka bumi ni.

Memang, kali ni dugaan mengandung amatlah banyak sekali, mana tidaknya dengan  kadar  ubat hyperthyroidism dari 50mg dos ke 150mg sekarang, itupun kadang-kadang terlupa nak ambil ubat, sehari kadang2 jadi 100mg dos jerk. Dah tu kadar hb( hemoglobin) kepekatan darah merah mama yang below 10(ten) since disahkan pregnant. Padahal ubat dan segala bentuk jenis zat besi memang tak pernah kata tak ambil, hari-hari dan untuk setiap hidangan makan mama seharian, kandungan zat besi mesti dan pasti mama akan ambil selain susu 3 gelas sehari bersamaan 9-10 sudu besar sehari tapi masih juga tak membantu untuk menaikkan kadar hb mama. 

Mulai pada 16hb juga mama perlu diberi suntikan infer-on ( betul ker ejaan ni, tengok dalam buku checkup lebih kurangla), bertujuan untuk meningkatkan tahap hb mama. Walaupun pelbagai usaha mama sendiri dah buat, tapi masih tiada peningkatan pada usia kandugan dah 30weeks ni, memanglah frustrated, tension tu memanglah ada tapi sabar sajalah, mama hanya mampu berdoa, mudah-mudahan dengan dugaan yang sebegini, memberikan mama mudah bersalin dan baby mama nanti sihat cukuplah.

Nak citer tentang injection infer-on ni, nurse-nurse yang merawat mama selalu menakut-nakutkan akan tentang injection infer-on ni amat menyakitkan. Mulanya, rasa bimbang dan takut jugaklah, tapi once dah kena inject pada 16hb dan sekali lagi pagi tadi, rasanya tiadalah menyakitkan mana, biasalah macam kena inject yang biasa-biasa tu, sakit sikit terdetik dalam hati, sakit bersalin lagilah teruk. Entahlah nurse-nurse ni, entah apa-apa jerklah. Sebenarnya ada lagi 7 suntikan yang mama perlu ambil selang sehari sehingga 9 Jun 2011 baru selesai. Hu3..penat gaks la nak menunggu kiranya sampai minggu 36 weeks la baru selesai semua.
 Jadual untuk infer on injection

3rd (latest scan)


 2nd Scan ( sbb jatuh dari motor)

1st Scan

Alhamdulillah, scan result semua okay. Cuma jantina jerk tidak dapat dipastikan lagi .  Dr cakap, air ketuban, keadaan placenta semua ok and follow the graft cuma baby still breach. Tapi, normally, semua anak-anak mama masa usia kandungan 7 months, baby still breech, baby kecil lagi sekarang baru 1.5kg, anggaran scan, sebab tu masih lagi pusing-pusing agaknya. InsyaAllah, mudah-mudahan tiba masanya baby mama nanti dah turun ke bawah ye sayang.

Coretan:


2 comments:

Mrs Azuhaizat said...

beb aku doakan semoga hang selamat melahirkan anak....kdg pengalaman mengandung berbeza-beza, yang penting kuatkan semangat... >_<

@hasney^-^ said...

InsyaAllah, mudah-mudahan begitulah...Amin