Wednesday, February 29, 2012

Jom Masak-Masak...

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam, disebabkan mama rasa, dah lama dapur tu tak berasap sangat, so mama masaklah yang simple-simple saja. Sampai rumah jam 6.15 ptg, sinsing lengan terus mula masak, so sekitar jam 7.00 malam kita dah boleh makan.  Menu kita malam tadi cuma, Kari Ikan Mix Tomato jerk, Ayam dan Ikan Goreng, Buncis Goreng With Telur and Sotong serta pencuci mulut, Buah Betik...nah hambek sepinggan buah betik...ada separuh lagi petang ni mama nak potong-potong2.







Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

MotoShow PWTC

Assalamualaikum w.b.t,

Ahad, kita pula ke MotoShow di PWTC, memang last week jadual kita agak padat, jarang mama memadatkan aktiviti-aktiviti lain kalau sekadar cuti Sabtu Ahad, semuanya diberi tumpuan untuk kerja-kerja rumah, so memandangkan Sabtu mama dapat jemputan tersebut, ayah pulak nak sangat ke MotoShow di PWTC tu, so mama mengikutlah sahaja kehendak dia. So kita pergi pun dah sekitar jam 3.30 ptg, then sampai sana dah jam 4.30 ptg.

Hmm memang macam-macam jenis motor ada, dari kecik sampai lah ke besar, tapi yang tak boleh tahan tu, pandangan mata kenalah jaga, mak ai model-modelnya seksi sangat, kadang-kadang mama pulak termalu sendirian, sebab rasanya ada diantaranya adalah Melayu-Islam, kalau nonmuslim tu tak kisahlah. So kat sini ada gambar-gambar sket, yang banyak lagi dalam camera sony, so belum sempat mama transfer. So jom kita layan jerk sikit...




Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Jemputan Kahwin VIP

Assalamualaikum w.b.t,

Sabtu lepas, mama dapat undangan ke Majlis Perkahwinan anak Y.Bhg. Dato' KP pejabat mama, so disebabkan, tak boleh bawa budak-budak, ayah berkorbanlah jaga anak-anak mama di rumah. Tapi tidak dirumah sebenarnya, petang sabtu tu kita semua ke Kajang, rumah mama Nori yang jugak sepupu ayah. Selepas sahaja Maghrib, ayah dah seluruh ahli keluarga semuanya nak pergi hantar mama. Actually, majlis tersebut di adakan di Dewan Sri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya. Mama dah biasa ke situ, cuma malam-malam jerk tak confident nk drive sorang-sorang. So, lepas ayah hantar mama ke dewan tersebut, anak-anak mama balik semula ke rumah mama Nori kat Kajang tu. Sebelum tu, anak mama Nori, tanya mama nak kemana, so mama cakaplah mama dapat invitation untuk Majlis Lisa dan Yusri...nak ikut katanya, ha..ha..lucu jugaklah, kebetulan pula majlis Lisa pun di Putrajaya jugakkan...so akhirnya terpedaya jugak si Aina.....lepas dah sampai Dewan tu barulah dia tahu....hi3..


Pasangan Pengantin..sorrylah blur....tangan pun shaking...ha3.


Mama tiba sekitar jam 8.00 malam, tengok member-member dah tak ada pulak, so check dekat registration under Puspanita, so mejanya 25, 26, dan 27, mama tercari-cari jugaklah, masa tu orang pun dah agak ramai, jauh di satu sudut mama dah nampak kelibat bos mama, tapi segan nak pergi tegur dia, sebelum masuk tadi ada juga berjumpa wife dia kat pintu luar sebelum nak masuk ke dewan. 


Dengan teman semeja.....mama mana?..sembunyi...ha3.



  Pasangan Pengantin Lama...ooopsss...ni Dato' n Datin after renjis merenjis..

Pengantin, VIP dan VVIP sampai sekitar jam 9.00 malam so, majlis berlangsung sekitar jam 9.00 malam hingga 10.45 malam.  Pada awalnya, biasalah upacara renjis merenjis oleh golongan VIP dan juga ayahbonda kedua-dua pengantin. Sambil menjamu selera, semua tetamu dimeriahkan lagi dengan penyanyi2 jemputan (mungkin kenalan anak2 Dato' kot) sebab kebanyakkannya pramugari-pramugara MAS. Lagpun anak Datin memanglah pramugari MAS dan pasangannya Engineer.  Sebelum para jemputan dihidangkan dengan tayangan 'slideshow' tentang kedua-dua mempelai, di akhir acara, pengantin lelaki menyampai satu lagu ' AmySearch' kalau tak silap mama, Memang sweet sangat and both pengantin pasangan yang sepadan lah. Mudah-mudahan perkahwinan mereka kekal, abadi hingga ke syurga.



Majlis habis sekitar jam 10.45 malam, menunggu sendirian di ruang legar dewan, ramai jugak yang menegur, dah jadi malu sendirian..ha3.. So kita gerak balik ke rumah sampai rumah dah hampir jam 12.30 malam. Sian baby, mama tengok dah terlentok dalam 'babyseat tu'..melalak usah cerita ayah cakap...tapi dia memang..kaki melalak jerk...dia sorang jerk pelik-pelik sket..

Coretan:



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Thursday, February 23, 2012

Mengenali Asal Usul Bantal (Kekabu)

Assalamualikum w.b.t:

Petikan ni mama ambil dari Kosmo 2322012. Bercerita pasal pokok kekabu ni, dulu masa kecik-kecik kat Kg. Tok Jah, memang ada pokok kekabu ni. Masa mama kecik-kecik dulu suka sangat bermain dengan buah kekabu ni. Buah kekabu ni, kalau masa muda kulitnya kehijauan gitu, dan biji di dalamnya warna putih, so mama suka makan biji di dalam tu, rasanya macam kita makan biji kacang bendi...so saper yang pernah makan?..sila angkat tangan.....(mama jerk kot..hi3). Kalau musim buah dah tua, so tok jah akan gegarkan pokok kekabu ni lepastu, dijadikan bantal...proses pasal buat bantal ada diceritakan di bawah. Tapi mama tak suka bermain bila dah dah jadi kapas tu, coz nanti pasti terbatuk-batuk sahaja. Awas pada pengidap asma, so tak sesuai yerk bermain dengan bantal kekabu ni. Tapi sekarang pokok tu pun dah tiada lagi semuanya dah tinggal nostalgia masa mama kecik-kecik sahaja.


Inilah rupa buah kekabu muda..(kabu org kedah panggil)

Musim gegar buah kekabu





DI bawah pohon kekabu, kelihatan seorang wanita tua membongkokkan badannya sambil mengutip buah-buah kekabu yang gugur di laman rumah Musinah Sangit.
Begitulah rutin harian Musinah setiap kali tiba musim pokok kekabu yang berbuah dua kali setahun itu. 

Laman rumah, jalan raya dan bendang di depan rumah berwarna putih itu dipenuhi kekabu yang berterbangan dibawa angin. Kediaman Musinah, 88, berhadapan dengan bendang yang terbentang luas di Parit 1 Barat, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Pada usia sebegitu, anak kelahiran Sungai Besar itu masih kuat mengutip buah kekabu dan memprosesnya sambil dibantu jirannya, Mursini Mohd. Saman, 65. Kudratnya yang gigih mengutip kekabu umpama teguhnya berdiri pokok kekabu yang berusia lebih 50 tahun di laman rumahnya. Pokok itu ditanam sendiri oleh ibu bapa Musinah.

Pasti ramai yang tidak pernah melihat rupa fizikal pokok kekabu dan buahnya secara dekat. Namun setiap rumah pasti memiliki bantal mahupun tilam kekabu. 

Proses kekabu

Telahan penulis bahawa pokok kekabu di laman rumah Musinah yang togel daunnya dan hanya kelihatan buah kekabu bergayutan menunggu akhir hayatnya ternyata meleset. Setiap kali tiba ia berbuah, daun-daunnya akan luruh serentak persis pokok mati.

"Selepas habis musimnya, daun-daun akan tumbuh semula," kata Mursini sambil memberitahu pokok kekabu berbuah dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Jun selama tiga bulan.

Di Malaysia, pokok kekabu mencapai ketinggian 30 meter. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 40 meter di benua Amerika. Pokok kekabu tidak tumbuh liar di Malaysia dan ia berasal dari bahagian tropika benua Amerika. Mursini sudah lebih 30 tahun membantu Musinah mengusahakan kerja-kerja memproses kekabu.

"Biasanya sehari tiga hingga empat kilogram kekabu boleh diproses. Buah kekabu yang sudah masak seelok-eloknya dipetik dengan menggunakan galah panjang.

BUAH kekabu yang berwarna kehitaman boleh dipetik.


"Petik bermaksud dahannya digegarkan atau digoncangkan dengan galah panjang supaya buah yang sudah masak akan luruh manakala yang mentah tidak akan luruh kerana masih liat," kata Mursini.

Buah kekabu yang mengambil masa tiga bulan untuk matang dikait bagi mengelakkan ia kotor jika terjatuh ke tanah. Bagaimanapun, buah kekabu yang jatuh juga boleh digunakan.
Dek tingginya pokok kekabu, galah panjang pun tidak terjangkau. Justeru, Musinah dan Mursini perlu menunggu buah kekabu yang paling atas untuk gugur sendiri.
Jika tiada buah yang gugur, buah kekabu yang berwarna kehitaman boleh dipetik. Ia kemudian dijemur di tengah-tengah panas terik sehingga kulitnya kering.
"Buah kekabu ini ada dua jenis iaitu kurus dan panjang serta besar dan bulat. Jika pokok muda, buah kekabu boleh menjangkau hingga satu hasta," ujar Musinah yang selesa membahasakan dirinya sebagai embah. Embah dalam bahasa Jawa bermaksud nenek.
Waktu yang paling baik memproses buah kekabu ialah pada awal pagi ketika cuaca dan udara masih lembap dan tidak kering. Jika dilakukan pada waktu tengah hari, gentian kekabu akan berterbangan.

Embah Musinah dan Mursini memproses kekabu secara kecil-kecilan dengan menggunakan kaedah manual tanpa menggunakan mesin.
Jari-jemari tua Musinah pantas menunjukkan cara-cara mengupas kulit dan mengasingkan biji kekabu.
Selepas dikupas, rupa kekabu kelihatan sama seperti susunan buah koko. Setiap satu bilik mempunyai satu biji.
"Dalam proses ini, empulur kekabu akan dibuang. Kekabu dan bijinya dimasukkan ke dalam bekas tong. Kemudian sejenis alat berbentuk T (penggesek) yang dibuat sendiri dimasukkan di dalam bekas tong tersebut dan proses menggesek dilakukan," jelas Mursini sambil membuat demonstrasi cara menggesek.

Dimakan tupai 

Proses menggesek dilakukan bagi membolehkan gentian kekabu kembang naik ke atas manakala biji-biji kekabu akan berada di dasar bekas tong.
Sepokok buah kekabu boleh menghasilkan lebih 30 kilogram kekabu semusim yang dijual pada harga RM15 sekilogram.

Menurut embah Musinah, pokok kekabu merupakan pokok yang paling senang dijaga, tetapi buahnya yang mentah sering dimakan tupai.
Pokok kekabu boleh ditanam dengan menggunakan anak pokok, biji dan dahan yang dipangkas. Ia mengambil masa lima tahun untuk berbuah. Pokok kekabu juga ada jantan dan betina. Kalau pokok kekabu betina, walaupun rendah ia boleh berbuah berbanding pokok jantan.

Ketika ditanya mengenai cakap-cakap orang mengenai pokok kekabu menjadi lokasi langsuir bertenggek, embah Musinah hanya tersenyum sambil berkata: "Kalau betul, kenapa embah tak pernah jumpa pun?"
Jika embah Musinah memproses buah kekabu, ibu kepada dua anak iaitu Sandora Mohd. Panut, 36, pula menjual pelbagai produk yang berasaskan kekabu seperti bantal kekabu, tilam kekabu, set tilam bayi dan kusyen nikah.

BUAH kekabu yang matang dikait bagi mengelakkan ia kotor jika terjatuh ke tanah.


Sandora mula berjinak-jinak dengan perniagaan kekabu sejak tahun 2005 secara kecil-kecilan selepas melahirkan anaknya.
"Saya bermula dengan perniagaan menjual tunku bayi dan minyak sawan kemudian barulah serius menjual produk kekabu atas permintaan rakan-rakan.
"Kedai ini hanya mula dibuka pada pertengahan tahun lalu yang dibuka pada hari Selasa hingga Ahad bermula dari pukul 9 pagi hingga 8 malam," katanya yang turut menjual bantal kekabu di Wisma Tani, Putrajaya pada akhir bulan.

Penuhi permintaan Sandora memberitahu, pada awal perniagaannya dia menggunakan 10 kilogram kekabu, kini penggunaannya menjangkau 10 hingga 20 kali ganda iaitu 100 hingga 200 kilogram sebulan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.
Berikutan itu, Sandora mendapatkan bekalan daripada pemborong tempatan dan dari negara jiran, Indonesia.

Penggunaan produk kekabu kini kian meningkat kerana sudah ramai pengguna mengetahui dan sedar akan kebaikannya.
"Saya biasanya menjual produk kekabu di karnival atau di tempat-tempat yang tidak ada orang menjual produk yang sama.

"Produk kekabu yang dijual menggunakan kain kapas kerana ia tidak panas seperti kain satin. Kebanyakan produk dijual pada harga yang berpatutan iaitu RM5 hingga RM30 bagi bantal dan RM80 hingga RM500 bagi produk tilam," katanya sambil memberitahu produk kekabu keluaran Infantia House mempunyai trademark tersendiri iaitu renda di kelilingnya.
Menurut Sandora, untuk tilam bayi bersaiz 71 sentimeter (sm) x 91 sm dia mengambil masa di antara satu hingga dua jam. Dalam sehari, dia mampu menghasil empat buah tilam bayi. Bagi tilam bersaiz King dan Queen, Sandora mengambil masa setengah hari.
Kata Sandora, ada juga pelanggan yang merungut bahawa produk yang dijualnya mahal, namun Sandora ada pandangannya sendiri.

MENURUT Musinah waktu yang paling baik memproses buah kekabu ialah pada awal pagi.


"Hari ini kekabu sukar untuk peroleh, jadi kita terpaksa menjual pada harga yang berpatutan. Saya tidak rasa kekabu mahal, kerana ia berbaloi dengan wang yang dilaburkan dan tahan lama," ujarnya yang memiliki kedai sendiri di Jalan Iskandar, Kampung Bukit Kapar, Klang.

Bagi mengetahui sama ada bantal kekabu yang dibeli menggunakan kekabu tulen atau tidak, Sandora menasihatkan supaya tidak membeli dengan kuantiti yang banyak.

"Bantal kekabu apabila dijemur dan diketuk dengan rotan akan gebu semula kekabunya dan jika ia panas dan dimasukkan dalam plastik, plastik tersebut akan berpeluh.
"Persaingan perniagaan ini memang sengit. Namun, jika kita menjual dengan jujur dan memberikan produk berkualiti, pasti ada pelanggan tetap," katanya yang mendapat bekalan kekabu gred A dan B melalui pembekal dari Negeri Sembilan.

Dek kerana sukar mendapatkan bekalan kekabu, Sandora bercadang untuk menanam sendiri pokok kekabu dalam masa dua tahun akan datang bagi menampung bekalan kekabu.

Ditanya apakah kelebihan bantal kekabu? Jelas Sandora : "Ia lebih selesa dan sejuk berbanding serat sintetik atau span yang menyebabkan pengguna berasa panas atau berpeluh di kepala.

"Selain itu, tilam kekabu juga baik untuk mereka yang mengalami sakit belakang kerana gentiannya lembut dan semula jadi."

Kepada mereka yang berminat untuk membuat tempahan bantal atau tilam kekabu, Sandora boleh dihubungi melalui talian 019-360 3810 atau layari laman web www.infantiahouse.blogspot.com.

Sumber: Kosmo 2322012

Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Cubalah Pukul Anak Separuh Mati...

Assalamualaikum w.b.t,

Ini peringatan untuk diriku juga dan buat kengkawan semua khasnya.

Ibu cubit anak dijel

MELAKA – Tindakan seorang ibu yang mencubit tangan anaknya sampai lebam kerana malas menukarkan baju mangsa menyebabkan wanita itu dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu ke atas Maszuridah Kuming, 34, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mengikut pertuduhan, Maszuridah yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai makan di sini didakwa menyebabkan anak lelakinya yang berumur lima tahun mengalami kecederaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh pukul 9 malam pada 20 Julai 2011 di sebuah rumah di Batu 7 1/2, Bukit Rambai di sini.
Maszuridah didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.
“Saya menjaga empat orang anak, saya turut menanggung keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan selain anak bongsu saya yang berusia enam bulan masih menyusu badan,” kata Maszuridah


Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Tuesday, February 21, 2012

Gambaran Kiamat

Assalamualaikum w.b.t.



Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 
- Pemimpin yang adil. 
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:  Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.  

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Monday, February 20, 2012

Kenangan Tinggal Kenangan

Assalamualaikum w.b.t,

Melihatkan kawan mama 'syarida' bercerita tentang handphone dan kenangan, mama pun terpanggil untuk berkongsi sama. Yang mana disebalikknya pelbagai cerita suka dan duka.  Dulu masa zaman study, mama memang tak pakai pun telefon. So kalau nak telefon Tok Jah, mesti pondok telefonlah tempat mama mengadu..hu3...pakwe?..pakwe mana ada..tak ada siapa-siapa pun masa study 'lone ranger' hi3...shhhhhhhhhh...biarlah rahsia......

Ni lah, pondon telefon zaman 90's dulu...pondok telefon ni jugaklah, aweks..blok C bertenggek-tengek bergayut ngan pakwe-makwe masing-masing....hi3..ni contoh jerk yerk..tapi memanglah banyak berjasa...sebelum mama terjun ke dalam bidang kerjaya yang sebenar dan miliki handphone sendiri.



Masa dulu, mama datang KL ni nak interview sorang-sorang jerk, memanglah takut sangat, sekitar tahun 2001 selepas jerk tamat pengajian kat UiTM Perak.  Disebabkan, mama bukanlah senang sangat, Awan masa tu dan sekarang pun masih kerja biasa-biasa saja, dan tiada apa yang luar biasa padanya, so Awan bekalkan mama telefon ni lah... Iyerklah masa tu, Awan bimbang sangat nak lepaskan anak dara dia sorang-sorang turun KL ni, so nak tak nak dibelikan jugaklah handphone, nak kata murah tak jugaklah masa ni, telefon mahai oo...telefon ni pun sekitar RM185 kot, tapi sekarang kalau RM50 pun orang dah tak nak kan? tu tak termasuk  harga sim card, so sim card tak silap masa tu harga sim card Maxis pun sekitar RM125. Ya ampun mahal giler kan, sekarang ni, orang beli pakai buang jerk....cukup tempoh 3 bln tak top up dah kena beli baru..nombor dah orang lain pakai. 

Nokia 3310

So, lepas kerja lebih kurang setahun, inilah telefon pertama yang mama beli dari hasil titik peluh duit mama sendiri. Mama punya color blue black tu, walaupun ianya ada dalam pelbagai warna. So mama ditemani kawan mama masa tu kami sama-sama beli dekat Low Yat KL. Harga telefon ni masa tu sekitar tahun 2002 kalau tak salah mama RM500 gitulah. So telefon yang first sekali tu, mama kembalikan pada Awan...tapi akhirnya tinggal sejarah, coz Awan dah tercicirkannya di dalam 'lubang jamban' aka mangkuk toilet laa...hu3.

 Nokia 6670
Selepas pakai Nokia 3310, tu sekitar tiga tahun lepas tu, mama masa ni pun dah kahwin dan tengah 'pregnant' kan abang Hakim sekitar tahun 2005la.  Disebabkan mama memilih skim pencen maka dapatlah keluarkan duit KWSP yang dikumpul selama tiga tahun semuanya. So,  mama belikan telefon ni sorang satu dengan ayah.  Lama jugaklah telefon ni mama pakai sebelum tukar ke telefon baru. Sekarang  telefon ni, mama punya dah bagi pada Tok Jah, tapi sebab 'button' dia kecik sangat, Tok Jah susah nak guna, so dia bagi pada Tok Cu ...( Adik Bongsu Tok Jah).  Telefon ni, banyak kenangan jugaklah, sebab ianya telefon bercamera pertama yang mama miliki. So, tahun tu juga abang Hakim dilahirkan, jadi banyak gambar abang Hakim diabadikan dalam telefon tersebut, tapi ayah mujur dah transfer ker hard disk sudah.

Sony Ericson K770-Cybershot

Ni pula telefon Sony Ericson K770, ni lah first time mama bertukar dari Nokia ke telefon jenis lain, kalau tidak, memang Nokia tetap utuh dihati. Sebabnya Nokia ni tahan lasak, walau jatuh berderai macam mana sekali pun, kalau di pasang kembali tetap boleh on seperti biasa. Sony Ericson Cyber Shot ni, mama suka sangat, inilah first time ayah belikan mama telefon, itupun setelah dia berada di Arab Saudi sekitar tahun 2007. So tahun ni jugaklah Hanani dilahirkan maka banyak sekalilah gambar diabadikan dalam telefon ni. Telefon ni masih ada sampai sekarang, tapi tak boleh nak guna sebab problem bila nak charge tak mau masuk, bateri dah tukar, wire charger pun mama dah beli yang baru tapi still tak boleh juga. So mama simpan jugak sehingga kini. 
 





Nokia N79
Nokia memang bestlah, pada tahun 2009 ayah belikan pula Nokia N79 ni,  masa ni kelahiran Hadirah. Telefon ni cantik jugak, ada 3 casing yang boleh tukar-tukar, hijau, merah dan kelabu. Buat masa sekarang mama ada kalanya pakai jugak telefon ni, itu pun kalau mama tukar line umobile ke dalamnya. So,telefon memanglah banyak, ni semua kerja ayah lah, masa dia kat Arab tu selalu sangat beli telefon, so sampai tak tahu nak pakai yang mana dah. Hu3...nak jual sayang coz banyak sentimental value nyer.


 Nokia N95

Telefon Nokia N95 ni sebenarnya ayah pakai, tapi memang best sangat-sangat sebab dia ada 8GB. So movie pun boleh simpan dalam ni. Sementara ayah dah pakai telefon Samsung Galaxi sekarang ni, so mama pakailah telefon ni, tapi sekarang tak pasti tercicir mana apapun yang pasti memang ada dalam rumah lagi, anak-anak mama selalu guna telefon nni layan citer Upin n Ipin. 


 Samsung Galaxy S2

Disebabkan ayah pun dah bertukar kepada telefon Android, mama pun nak juga, so ayah cadangkan mama ambil telefon Samsung Galaxy S II ni, memang best telefon ni, jatuh ker macam mana pun memang tak bercalar. Oleh kerana, ada sikitlah duit lebihan dari beli rumah hari tu, so mama belilah telefon ni satu, dari terbuang duit ke arah benda-benda yang tak bermanfaat kan. Lagipun dua-dua labtob mama dah rosak, so susah nak online ker apa-apa kat rumah, asyik nak kena pinjam Pak Cik punya jerk. So dengan adanya telefon Samsung ni, senang sikitlah mama nak check personal email or email jabatan,  fb dan berwassap dengan bos mama jerk, wassap free aja dengan mana-mana talian pun. Nak donwload game pun senang, anak-anak pun dah pandai mendownload game ke telefon mama ni, pantang lepa sikit. Skrg ni mama dah tukar password phone jenis lain so susah sikit anak-anak mama nak main game. Hi3

Buat masa sekarang semua telefon-telefon di atas tu, ada yang tersimpan dan ada juga yang mama dah let go.

Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com