Monday, April 16, 2012

Pak Teh Datang Rumah....

Assalamualaikum w.b.t,

Lamanya mama tak update blog, bukan malas padahal ada banyakk sangat ceriter yang yang dikongsi dan dititipkan di sini, cuma tak berkesempatan sahaja. Banyak aktiviti yang sebenarnya, cuma tiada kesempatan sahaja untuk dititipkan. Oklah kiter bercerita bab makan dulu. Semalam, Pak Teh iaitu abang mama datang ke rumah kiter setelah sekian lama mama tidak berjumpa dengan dia. Ingat last masa jumpa dia pun masa Hadirah berumur sekitar 9 bulan, but now Hadirah dah nak masuk 3 tahun dah. 

Walaupun keadaan rumah kita yang agak havoc sikitlah dek kerana kerja-kerja renovation yang baruu sahaja selesai, mama ngan ayah belum sempat mengemas sepenuhnya lagi. So kesempatan dah tak jumpa diorang tu, mama masak cuma Kari Ikan Senangin, Ikan Kembung Cicah Air Asam, Sotong Goreng Mix Kcg Buncis dan sedikit buah Anggur..itupun tak menyempat Pak Teh datang, dah hampir habis  buah tu....

Tunggu punya tunggu..tup..tup lepas Asar barulah dia menjengah ngak Mak Teh and anak dia yang nama Hazirah jugak....macam manalah mama tak perasan yang Mak Teh ada anak nama Hazirah jugak...tup..tup dah sama nama plak dengan baby...Hazirah Faqihah. 

So, macam-macam citerlah yang dicertikan Pak Teh petang tu,..sampaikan mama ngan ayah ni, memang rasa tak masuk dek akal sungguh apa yang diciterkan tu. Entahlah hanya Allah mama berserah, mudah-mudahan baiklah segala-galanya.

Disebabkan dah lewat, so minum petang, dengan goreng pisang dan air kopi O. Pak Teh bersembang kat rumah kita sampailah lepas Isyak barulah diorang gerak balik ke Ampang, KL. So sebelum gerak tu, lepas solat Maghrib diorang sempatlah makan dulu kat rumah ni.




Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

No comments: