Wednesday, August 29, 2012

Coretan Perjalanan Raya di Kedah hingga ke Johor

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, tahun ini kami beraya di Kedah. So perjalanan balik dari Klang sekitar jam 3.30 petang, dan highway pun boleh tahan jugak banyak kereta tapi sampai di Sg. Perak singgah solat Asar sahaja dan beli makan sikit kemudian teruskan perjalanan ke Sg. Petani. Waktu berbuka pun singgah hentian(x ingat) itupun makan n minum dalam kereta jer dengan air mineral dan kurma. Lepas Sg. Perak jalan tenang sahaja tak banyak kereta dan akhirnya kami sampai di Sg. Petani sekitar jam 9.00 malam. Syukurlah mak dah masak lauk pauk tinggal nak ngap saja...hi3..tapi sebelum tu singgah sebelah Kelab Cinta Sayang tu beli KFC budak..budak tak boleh lepas dengan KFC.

Raya pertama di Sp, itupun tak sempat kemana-mana, tok Jah tak larat sangat, hari raya cuma masak, kari daging, ketupat dan mee rebus. Itupun jiran sekeliling dah serbu sampai nak keluar beraya pun tak sempat. Petang sekitar jam 4.00 barulah kita semua gerak ke Machang Bubuk rumah Tok Long ( Abang Tok Jah) yang dah lama jadi single father sejak Mak Long meninggal 10 tahun lepas dia tinggal dengan anak-anak dara saja.Gambar--gambar kita layan lepas ini...




Kita beraya di Sg. Petani sehingga raya ke lima ( Khamis) baru gerak ke Johor. Bertolak dari Sp jam 6.00 pg, singgah solat sebelum bukit Merah dan teruskan perjalanan ke Klang, ikut jalan dalam saja, lama ayah cakap tak ikut jalan dalam, so mama as usual mengikut perintah jerk....maklumlah kiterkan co pilot jerk..ha3...Sampai Klang lebih kurang 12.30 t/hari.  Makan dan mandi manda dulu baru gerak sekitar jam 3.30 ptg, so sampai Segamat dah hampir jam 7.00 malam.

Masa, kita sampai tu, Aunty Morrie, kawan Tok Mak ada kat sana, so sempat la bergambar dengan family dia ...padahal Aunty ni duduk dekat dgn rumah kita jerk di Klang je sebelah rumah ibu yang jaga anak-anak mama dulu....

Kita beraya di sini sehingga hari Isnin(mama masih cuti) so Isnin baru gerak balik jam 9.00 pg sampai Klang jam 2.00 ptg. Ayah pun masuk keje semula sekitar jam 3.00 ptg..maklumlah 'bos'..hah..hah..bos laa sangat...

Jom kita layan antara gambar raya yang sempat mama rakamkan....untuk kenang..kenangan.

 Our Family pic Raya 2012..theme cacar merba jerk...hi3

 My sweet hunny bunny mama..the only boy

 Lovely son and daughter

 Little gurls - Faqihah

 My gurls




 Tok Ayah & Tok Mak dengan anak-anak2nya..kaya anak lelaki...tapiiiiiiii



Kaya jugak dengan cucu-cucu perempuan....1 boy vs  7 girls


Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri Buat Semua ....


Assalamualaikum w.b.t,

Alahai lamanyer tak menjengah blog ni..entahlah, sejak akhir-akhir ni , mama jadi malas nak updated blog, padahal macm-macam perkara dah terlepas untuk dicoretkan disini. Olehlah demi menghidupkan kembali blog mama ni yang dah lama usang ditinggalkan tuannya, mama ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua kengkawan yang sudi dan tak jemu-jemu bertandang di blog yang seumpama hidup mau mati tak mau...hi3.....Semoga jalinan ukhwah kita akan terus berkekalan. InsyaAllah kami akan pulang ke Kedah pada hari Sabtu ini disebabkan ayah kena bekerja jugak hari Jumaat ni. Kita akan berada di Kedah sehingga raya ke 4 dan raya ke 5 akan bergerak ke Segamat, Johor. Doakanlah semoga perjalanan kita diberi kelancaran dan terlindung daripada segala musibah. Amin.



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com