Thursday, January 31, 2013

Ulang Tayang Ke Cameron Highland Selepas 3 1/2 Tahun

Assalamualaikum w.b.t,

Ni cerita minggu lepas, minggu cuti yang hampir 5 hari. Kebetulan, minggu tersebut ramai yang bercuti disebabkan Cuti Thaipussam dan bersambung pula dengan Cuti Maulidur Rasul. So, kitaorang pun ambil kesempatan tu pergilah anak-anak makan angin...wah..kembung perut gitu...hi3.

Pada asalnya, ajak MIL, dia mulanya memang teringin sangat nak pergi dah lama ngajak, so tak der masa yang sesuai. So kali ni ngajaklah sekali lagi....tup-tup dia pulak tak dapat pergi, coz ada kerja merewang kat Kg. Jiran dia nak adakan kenduri kahwin pada hari Sabtu tu. Disebabkan jadual kami nak pergi hari Jumaat, so dia pun tak dapat nak ikut juga kali ni. Tak mengalah mak, InsyaAllah, kita plan next time. 

Disebabkan lambat sangat booking hotel, at last, aku dapat juga Hotel Budget kat Brinchang, kalau rate biasa cuma RM70-80, tapi disebabkan Cuti Umum tu, harga jadi sekali ganda, kira oklah ada yang sampai RM300 pun ada utk semalam utk King Double Bed, tapi hotel yang kami dapat nih, bolehlah, King Double Bed, disebabkan kami ni 6 orang, so satu katil 3 orang hi3. Bilik kecil jerk macam apartment, dahlaa tingkat 4 termengah-mengah jugaklah aku ni, anak-anak selamber jerk berlari2 naik ke bilik. 

Kitaorang sampai ke atas lebih kurang jam 2.00 ptg, singgah makan kat food court kah bawah depan Hotel tu dulu, yang tak boleh aku ingat sampai sekarang. Punyalah sombong betul makcik yang niaga tu...sampai at last kami sudah makan nasi, air tak sampai2 ke meja..last2 lepas bayar terus kami chow....jenis mamak makcik ni, tapi sombong ya amat. Laki aku geleng kepala jerk..ikutkan hati, nak letak duit chow jerk..sebab suruh kira makan pun terkial2, dekat 1/2 jam baru nak datang, padahal tengok dia macam buat2 sebok ke sana ke mari jerk...hu3..Memang kedai ngko kami dah takkan jejaklaaa itulah pertama dan terakhir. Orang, kalau nak berniaga, berhemah dengan pelanggan, senyum. Customer pentingkan layanan, walaupun masakkan ngko tu belum tentu sedapp....tapi kalau lah gini macam, hmmm tak lama ler....Mungkin dia sombong coz ramai orang hari tu, memang tak dinafikan ramai sangat hari tu masing-masing berbondong2 ke Cameron.

.....Bekalan beg untuk setiap orang....

Lepas check in, petang tu, kami turun semula nak cari makan. Kat bawah sekitar dekat dengan Balai Bomba tu memang ada pasar malam. Mak aii, orang berduyun2 ke pasar malam. Kami pun sama berbondong2, mula hubby nak naik kereta, dah sampai halfway, jammed tak gerak, sampai kat Petronas dropped kami kat situ, dia gi cari parking semula, lepas tu berjalan je laaa...

Macam-macam yang dibeli kebanyakkan makanan ajela, malam tu, boleh dikatakan semua kami di tangan masing-masing menjinjit barang, kecuali si baby jerk..dah terkulai tidur atas pangkuan ayahnya. Yang lucunya tu, beli jagung manis, sampai dua tiga tempat beli jagung, jumpa murah beli...lepas tu jumpa lagi murah beli lagi...last2 sampai dekat RM30 beli jagung je, balik aku edarkan kat jiran2, dan kawan kat opis.

- Gambar 3 1/2 tahun yang lepas, Hakim berumur 4 tahun dan Hanani 2 tahun-


Malam tu, masing-masing tidur awal, kepenatan, baby terjaga nak makan, lepas makan sambung tidur balik. So tengah malam mataku dah berkelip kelip terjaga, rasa macam tidur puas sangat. Pagi lepas subuh, siap-siap semula, tapi lebih kurang jam 9.00pg terus check out, makan nasi lemak kat bawah. Hmm boleh tahan jugak nasi lemak rendang ayam dan sambal udang makcik tu. Angin dan udara yang nyaman sampai ke tulang....sejuk sangat, anak-anak memang siap sedia dibekalkan dengan jacket masing-masing.

- bergambar di Tanah Rata-


 - Menikmati Teh Laici di Bharat Tea-




Lepas sarapan, kami turun semula ke Ladang Teh ( Bharat). Sambil menghirup udara segar kat situ, sambil minum Teh Laici satu teko pun dah RM24.00 memang buat duit betul campur ...Sadin Puff dan juga Cheese Cake Oreo...semua sekali total dekat RM40.00. Takperlah 3 tahun sekali pun...Last datang sini, masa tu preggy Hadirah 5 bulan. Now after 3 years, kami datang lagi, lepas ni boleh buat acara 3 years kot datang Cameron...Hi3. Lepas minum teh dan bergamar-gambar, cadang terus nak turun balik ikut Simpang Pulai, sambil tu nak singgah kat Rose Farm dan juga Ladang Strawberry. At last, singgah Ladang Strawberyy jerk belikan strawberry, itupun aku, Hadirah dan Hakim je yang turun, yang lain-lain tunggu dalam kereta, sebab ramai sangat orang, so tak jadi nak pluck strawberry, beli kat atas je laaa... Lepas beli nak teruskan perjalanan, dah stuck, jammed giler, so hubby tukar plan, at last balik ikut Tapah jugak. Sampai rumah sekitar jam 6.00 ptg.

Menikmati Straberry Coklat itupun dah balik rumah...hi3



No comments: