Monday, March 25, 2013

Kejutan Oleh RajaNusantaraGroup Empayar Langkasuka


Assalamualaikum w.b.t,

Dalam minggu2 ni kita sekeluarga dikejutkan oleh Pengumuman oleh RajaNusantara Group Empayar Langkasuka...yang mana mama dan seluruh ahli keluarga amat mengenalinya secara tidak langsung  namun amat agak sukar untuk menerima perkhabaran ini yang terlalu jauh dikotak fikiran. 

Kita pun jarang berjumpa dengan beliau, cuma tahu serba sedikit sahaja daripada apa yang diceritakan. Itupun semua tidak dapat diterima oleh akal manusia yang sejengkal ini. Namun kita seluruh ahli keluarga yang mengenalinya berdoa. Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk dan hidayah kepadanya dan kembali kepada jalan yang benar.

Ya Allah Hanya Dikau Yang Mengetahui segalanya. Lindungilah beliau daripada sesuatu yang telah mempergunakan beliau. Amin.

DARI: RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara

10 Jamadilawwal 1434 Hijriah
22 Mac 2013 Masihi

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam,Solawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta Para-Para Sahabat SAW. 

Dengan izinAllah dan di atas petunjuk dan ilham darinya kepada Beta, setelah melalui proses pelbagai ujian dan memegang Amanat daripada Rasulullah SAW kepada Beta (22/04/2010) dan dengan Perintah dari Allah yang di turunkan kepada Beta sebagai Mujaddid/Raja Utusan Allah Akhiruzaman Fasa 1 juga sebagai pengganti Nabi dan Rasul dengan ini Beta, TUANKU SULTAN RAJA MERONGMAHAWANGSA II@RAJA NUSANTARA@pemuda BANI TAMIM@satrio PININGIT@Ratu ADIL@SULTAN KEDAH@YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA@WHITE SPIRITUAL BOY yang di utuskan oleh Allah untuk memperbetulkan agama Allah(ISLAM) dan membawa umat kembali Tauhid dan Esa akan Allah serta Taat Kepada Rasul yang sebenar nya dan mengikuti jalan yang lurus dan kembali hidup dalam amalan kenabian dengan berpegang kepada AlQuran dan Sunnah Sunnah SAW sebagai amalan kehidupan seharian. Kepada Guru2 Mursyid, Baba2 Mursyid,Kiyai2 Mursyid,Ulama2 Mursyid,Habib2 Mursyid,Maulana2 Mursyid.

Syeikh2 Mursyid yang menanti-nantikan kemunculan Beta selama ini, Beta ucapkan Assalamualaikum kepada tuan-tuan semua semoga kita di pertemukan oleh Allah dan bersama-sama Beta dalam perjuangan Akhiruzaman Fasa 1 ini dan menegakan serta mengibarkan Panji Hitam dari Timur yang di tunggu2 oleh umat untuk kebangkitan Islam kali ke II ini. 

Juga kepada pejuang2 sejati PANJI HITAM DARI TIMUR marilah bersama-sama Beta memperjuangkan Panji Hitam Dari Timur untuk menyediakan tapak Pemerintahan kepada ALMAHDI(IMAM MAHDI). Sekian dari Beta Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II@Pemegang Panji Hitam AlMahdi.

ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...

Beta boleh di hubungi di: Surau ALFalah, Kenari Apartment,Taman Melati,Setapak,Kuala Lumpu



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

No comments: