Friday, July 8, 2011

Jom Citer Pasal Kursus Ketrampilan Diri

Assalamualaikum w.b.t.

Lama rasanya tak updated blog ni. Macam-macam cerita sebenarnya untuk mama kongsi tapi tak sempat...sebok dengan checkup lah, kursus lah mcam-macam lagi.
 Antara peserta seminar yang hadir
Kiter cerita bab kursus dululah.....Pada 30 hb Jun lalu, Puspanita JLM mama ada menganjurkan Kursus Kesihatan dan Ketrampilan Diri. So macam-macam slot yang ada sepanjang seharian berkursus di Pusat Latihan di Pulau Indah tu. Ada antaranya tentang ketrampilan diri, tatacara pemakaian yang sesuai untuk sesuatu majlis, yang mana penceramahnya disampiakan oleh Pensyarah daripada UiTM dari Fakulti Office Management ( course mama dulu), tapi macam ingat-ingat lupa jerk  and macam fimiliar jerk nama Pensyarah tu.....mungkin tak mengajar mama kot....tapi pernah nampak agaknya. Tapi mama dulu kampus Manjung, Pensyarah ni pula daripada UiTM Shah Alam....hmm...

Sedikit Cenderahati buat TKP yang sudi merasmikan  seminar tersebut.


Cenderahati disampai oleh Y.Bhg. Datin Mastura kepada Ketua-Ketua Bahagian yang hadir


 Penggayaan tudung yang ditunjukkan oleh Farra Bagaikan Puteri


Lain-lain adalah tentang kecantikan, biasalah perempuan mana boleh lari dari penampilan diri yang nampak cantik. Jadi, pihak AJK ada menjemput consultant daripada Mary Kay, pernah dengar tak, ianya adalah produk buatan US. Selain daripada tu, pihak AJK juga ada menjemput Farra Bagaikan Puteri untuk memberi penerangan tengan koleksi tudung/abaya yang digayakan beliau hari ni. Sapa tak ingat Farra Bagaikan Puteri?..Angkat tangan...hi3...Farra ni sekarang dah bertudung, cantik dan manis sekali. Dressing dia pun dah ala-ala minah arab dah...memang nampak elegan dan memenuhi ciri-ciri wanita muslimah lah...Tapi tak larat tu, baju-baju yang dijual memang mahalll ler tak mampu mama nak beli. InsyaAllah, masih banyak koleksi lain di luar sana yang menutupi aurat dan mampu untuk dibeli, yang penting menutup aurat bukan harga yang menjadi persoalannya. Walau apapun, nak beli biarlah ukur dulu baju di badan kan?..Tengok kemampuanlah.....



Selain daripada tu, tentang perawatan resdung, then model lelaki yang dipilih untuk membuat rawatan resdung. Memang scary kalau tengok 'ulat-ulat' yang terhasil selepas rawatan dijalankan.





Upacara penyampaian cenderahati kepada semua wakil-wakil consultant yang memberi ceramah pada seminar tersebut



Peserta mengambil peluang bergambar dengan Farra Bagaikan Puteri...hi3

Dalam kursus tersebut, dijemput juga consultant daripada Penang. Beliau ada mengajarkan tentang cara-cara untuk membuat lulur sendiri di rumah. So lepas ni mama bolehlah try. Semua bahan-bahan yang mudah dapat dan berada disekeliling kita. Antara bahanya ialah, beras wangi, beras pulut putih/hitam, yogurt, fresh milk, kayu manis, bunga lawang/bungan cengkih( nak bagi wangi)....semuanya kisar kering dah simpan jerk..nak pakai baru bancuh dengan air. So, antara rajin dengan tak rajin jerk. Lulur mama yang sedia ada kat rumah tu pun, seminggu sekali jerk pakai, itupun kadang kalau teringat baru lah nak berlulur kalau tak...hmmmm terbiarjerklah...hi3.

Majlis pada mulanya dirasmikan oleh TKP Jabatan mama, tak sangka pula dia pun nak hadir. Sebab pada sebelah pagi ada juga slot untuk lelaki sama. Kursus tamat sekitar jam 5.30 petang.







No comments: