Wednesday, July 13, 2011

Menanti dan Terus Menanti

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni, dah genap 38 minggu + 4 hari, tapi masih lagi tiada apa-apa tanda-tanda untuk bersalin. Setakat sakit-sakit belakang tu biasalah. Esok ada 'checkup' lagi untuk kesekian kalinya dan ambil darah sekali, so harap-harap hb dah naik lagilah, kalau tak, mama pun risau jugak.

Minggu depan 22 Julai 2011 tarikh sebenar 'due date' mama, tapi kalau masih lagi tiada apa-apa tanda, 22 Julai tu kena pergi HTAR pula untuk  set tarikh baru untuk kemasukkan wad. Tapi harap-harap kali ni takderlah lagi 'induce'. Tapi pengalaman lalu, induce ker normal ker, sama jerk sakitnya....bila induce tu, kontraksi dia 5 minit..5 minit jugak......dari 5 minit....masa tu bertambah-tambahlah, cuma dia mempercepatkan buka jalan jerk. Masa bersalinkan Hanani dulu pun, masuk dalam tempoh dua jam dah bersalin selepas kontraksi yang kuat begitu juga dengan Hadirah dalam tempoh dua jam dah bersalin padahal 

Hadirah memang induce sebab terlebih hari, manakala Hanani pula sakit kontraksi biasa, itupun dalam labor room dua jam juga baru lahir. Entahlah orang cakap, induce sakit lebih daripada sakit normal, tapi pada mama, sama ja sakit dia cuma tengok jenis penerimaa badan seseorang kot, ada yang induce sampai dua kali pun jalan still lum buka, tapi mama masa Hadirah dulu, sekali induce jerk. Jam 7.00 pagi induce, then, jam 10.00 pg macam tu kontraksi bermula, sekitar jam 12.30 t.hari mama dimasukkan ke labor room, then 2.30 petang, Hadirah pun menjengah ke dunia.  Tapi dalam ketiga-tiga anak mama, bersalinkan Hananilah yang paling mudah. Mudah atau susah, mama terpaksa bertarung nyawa untuk anak-anak mama. Semua anak-anak mama, mama sayang dan berharap agar menjadi anak yang soleh dan solehah.

InsyaAllah, walau apa jua keadaan mama perlu tempuhi dan menanti saat-saat kelahiran 'baby' baru kita. Paling lambat pun penghujung bulan ini, maka mama selamatlah untuk berpantang selama sebulan ni di bulan Puasa. Tahun depan adalah tahun untuk mengganti. Mudah-mudahan Allah berikan kekuatan untuk mama menempuhi semua ini. Amin.

Coretan:

No comments: