Semalam, hari penat sedunia, mana tidak dengan kerja kat opis menimbun, bos dah masuk opis, setelah seminggu dia di London hadiri satu mesyuarat kt sana. Masa dia tak ada, memang mama free ler sesangat takder sapa2 nak ganggu. Bila bos dah masuk opis, tau-taujerklah macam-macam hal lahhh...Dengan surat masuk keluar yang berlambak-lambak, dengan nak jawab surat-surat lain lagi, dengan telefon berdering-dering lagi, dengan nak siapkan 'claim', overseas and localnyer 'claim 'sebelum mama cuti panjang, memang busylah. At last mama dah kepenatan sangatdah, 'sharp' jam 5.30 turun ke bawah untuk solat, lepas tu terus balik rumah.
On the way balik rumah, call ayah, bagitau mama tak larat nak masak dah malam ni, so singgah kedai jap, beli Yong Tau Fu Sup kegemaran. So semua-semua makan tu jerk semalam. Dah sampai rumah dengan kerja rumah pulak. Mana dengan pinggan menimbun anak-anak mama/ayah makan bukan nak reti nak basuhkan. Dah tu kain dua raga nak berlipat, dengan baju satu machine nak dijemur. Badan rasa tak larat sangat. Lepas makan semua mama lepak kejap. Lepas solat, barulah mama angkat jemuran yang dah kering tu then, jemur pula baju-baju dalam machine tu, sambil menunggu Isyak masuk sempatlah mama habis lipat baju-baju yang beraga tu. Biasalah kan, memang nampak banyak, yang banyaknya baju anak-anak mamalah. Tapi kejap jerk boleh habiskan sambil santai-santai dah habis dua raga. Lepas solat Isyak cadang nak basuh pinggan.
Bila dah selesai solat, rupanya Ayah dah basuh semua pinggan-pinggan dalam sinki tu. Alhamdulillah, jazakallah hukhoiro ayah yerk, kerana sudi tolong mama. Sangat-sangatlah berterima kasih pada ayah. Ayah pernah cakap, kan bagus, kalau balik jerk kerja, mama boleh rehat, santai-santai, makan dah siap terhidang, rumah dah siap kemas, anak-anak dah siap mandi dan sebagainya.
Tapi itulah, mimpi hanya mimpi jerklah.Ayah memang nak carikan 'maid' untuk mama, tapi itulah bila memikirkan 'problem' maid-maid persekitaran mama, risau jugak nak amik maid, biarlah mama buat kerja, masak semua sendiri, anak-anak hantar jerk kat rumah orang jaga. Sebab setakat ni, ibu/nenek yang jaga anak-anak mama takderlah apa-apa masalah. Bila memikirkan nak senang semuanya, ramai lagi kawan-kawan sekeliling mama pun hidup macam mama jugak, balik rumah letak jerk handbeg terus sinsing lengan masuk dapur. Awal-awal pagi dah bangun masakkan untuk anak-anak, tambah-tambah ada anak-anak yang agak besar, masak dan tinggalkan kat rumah, nanti boleh pandai-pandai makan sendiri jerk. Jadi, kalau orang lain anak ramai, mampu settledkan semua kerja-kerja rumah, apakah mama yang punyai tulang khudrat yang sama juga tak mampu lakukannya. Lagipun, kalau kita dengan rela hati dah ikhlas semuanya pahala untuk mama juga, tak kemana pun, cuma penat lebih sikitlah.
Tapi, malam tadi, cuba lelapkan mata tak boleh-boleh. Gelisah semacam, perut memulas-mulas, rasa macam nak buang air besar, tak der pulak tapi memulas-mulas, dengan baby gerak tak henti-henti. Tapi at last mama tertidur waktu mana pun tak sedar. Terjaga pun dah jam 6.45 pagi, tapi mata tak boleh buka sangat, sebab semalam tu tidur mcam, tidur-tidur ayam jerk. Esok due date mama, nampak gaya kalau tak deliver on the due date, mungkin doktor akan bagi lagi tempoh 7 hari kat mama, tengoklah esok macam mana, lagipun esok pagi ada appointment kat HTAR. Apapun result tunggu esok. Kalau terpaksa 'induce' pun induce lah, lagipun sampai bila baby nak duduk lama-lama dan perut mama, nak tak nak dia kena keluar jugak. Tapi kalau ikutkan EDD masa first scan, EDD kat situ pada 29 Jual 2011, means kalau add more 7 days, memanglah dapat tarikh 29 Julai tu, maknanya Jumaat minggu depanlah. Tak tahulah kan semua kuasa Allah, mama serah dan bertawakal sahaja padanya. Bila Dia nak bagi dan tak nak bagi semuanya ketentuanNya, mama hanya berserah, yang penting Allah permudahkan segala urusan mama dan kelahiran baby nanti selamat semuanya.
Coretan:
No comments:
Post a Comment