Friday, July 8, 2011

Minggu ke 38 dan bila-bila Masa Saja

Assalamualaikum w.b.t

6hb lalu, mama ada  temujanji dengan doktor di HTAR, biasalah bahagian O & G.   Pergi jam 8.00 pagi, tapi penyudahnya jam 2.00 petang baru habis. Dah tak larat sangat, dengan mana pinggang sakit-sakit ya amat, so minta mc kat doktor, mujurlah doktor jenis memahami, so mama dapatlah MC satu hari hari tu. Alhamdulillah, minggu ni baby dah berusia 38 minggu, ikutkan dah boleh bersalin, tapi tanda-tanda tu belum ada lah setakat ni, sakit-sakit pinggang jerk.

Masa checkup tadi, kedudukan baby pun dah bawah sangat dah, cuma menunggu hari yang betul-betul sesuai. InsyaAllah mudah-mudahan mama dapat bersalin normal juga kali ini. Walaupun dah tiga kali pengalaman, tapi debaran tu tetap ada.....hu3.  Masa scan, doktor cakap baby, uri semua ok, berat baby pun dah naik ke 2.39 kg. Hmm rasa-rasa keluar nanti lebih dari tu kot, macam kakak Hadirah dulu, doktor buat final scan, berat baby cuma 1.9, sekali keluar hahh 2.73kg, boleh tahan jugaklah. Alhamdulillah, setakat ni mama sihat sahaja, then HB pun dah naik sikit dari 8.2 dah ke 9.3, harap-harap next week ambil lagi ujian hb boleh naik lagilah before mama deliver.

Syukur Alhamdulillah, juga, kuantiti ubat untuk thyroid juga telah diturunkan, kalau sebelum ni mama makan 3 biji sehari then diturun ke 2 biji, sekarang doktor cakap mama cuma perlu makan sebiji jerk sehari. Ujian darah dah semakin baik. Tapi lepas bersalin nanti rawatan thyroid perlu di teruskan sebab kadar metabolisme semasa mengandung dan selepas mengandung adalah lain, kemungkinan dos ubat  akan ditambah semula untuk mengimbangkan kadar iodin dalam badan mama.

Barang-barang baby juga dah siap packing dan dah diletakkan satu tempat. Beg untuk emergency pun mama selalu bawa di dalam kereta tu, no more riding with ayah, dah tak larat nak nak membonceng....kebas punggung...Mama rasa tak nak cuti, tapi kalau tak deliver juga within this or next week, before due date on 22nd of July mama mungkin kena admit wad, so dua hari sebelum tu cadang nak apply cuti lah, rehat-rehat kat rumah jerk.
Buat semua-semua teman yang membaca di ruangan ini, doakanlah agar semuanya di permudahankan. ...Mohon maaf andai ada bicara yang terguris disini Mudah-mudahan kita akan bersua kembali selepas pantang nanti on  September 2011.

Coretan:




Glitter Text @ Glitterfy.com

No comments: