Tuesday, December 14, 2010

Macam-Macam Hal

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni seperti biasa, mama masak yang simple- simple saja. Menu kita hari ni, Ikan Tenggiri Masak Kicap Mix Carrot and Potato (resepi baru bukan seperti biasa mama masak), resepi dari Kak Hanieliza,  Sambal Ikan Pari Kering dan Sup Sayur Kundur campur Udang, lain-lain cuma buah-buahan sedikit yang mama sempat beli di Ekomart semalam. Selesai semuanya, ayah seperti biasa hantar anak-anak mama ke rumah 'Ibu', mama kemudian bersiap untuk ke pejabat sementara menanti ayah balik dari rumah ibu. .

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapalah mama ni suka sangat masak, tak penat ker, awal-awal subuh hari dah bangun, blender cili, masak itu masak ini. Sudahlah tidur lewat malam, awalnya dihabiskan dengan kerja-kerja rumah yang lain. Padahal mama juga bekerja dan bukannya surirumah. Tak penatke ataupun nak kaya cepat?.

Hi3....Mama sendiri nak tergelak dengan persoalan-persoalan ini. Sebenarnya tujuan mama masak sendiri dan membawa bekalan ke pejabat serta bekalkan untuk anak-anak mama juga  bukanlah sebab nak kaya cepat mahupun tak penat.  Siapa kata tak penat, penat memang memenatkan, mana ada orang sanggup bangun seawal jam 5 atau 4.30 pagi semata-mata untuk memasak, lainlah bagi mereka yang kerja tukang masak, kantin sekolah dan masak untuk menjual yang lain-lain.

Tapi mama rasanya ianya suatu ibadah, mama lebih suka anak-anak atau ayah makan hasil dari air tangan mama, orang cakap apa, air tangan ibu lebih berkat lagipun kebersihannya lebih terjamin daripada kita makan kat luar. Dengan keadaan ekonomi sekarang, semua barang-barang makan mahal, rasanya  lebih jimat kalau mama masak sendiri cuma perlu modal dan kudrat saja. Nak kaya, mana lah ada orang yang nak kaya cepat sampai sanggup ikan perut. Mama tak perlu kan kekayaan dunia, tapi yang penting kaya kasih sayang pada anak-anak mama dan kasih sayang dari ayah yakni suami mama tercinta.

Ada yang tanya kenapa tak pakai saja 'Maid' ataupun orang gaji. Cakap memang tak semudah yang disangka. Dengan keadaan situasi dan sejarah--sejarah kawan-kawan mama sendiri, mama sendiri takut untuk menggajikan seorang 'maid'.  Namun, InsyaAllah dalam perancangan, itupun setelah mama mengenalinya agak sudah lama, dan dia pun selalu datang ke rumah jiran (Nenek), mama dan ayah dalam perancangan untuk jadikan dia 'maid' di rumah, paling awal pun tahun depan. Namun, mama tetap usulkan pada ayah, kerja-kerja menjaga anak-anak ( sementara mama ayah pergi kerja) serta kerja-kerja rumah lain mungkin akan dilakukannya. Namun kerja atau hal-hal memasak, mama tetap dan akan selamanya menggalas tanggungjawab tersebut.

*****************************
Dalam perjalanan hari ini, sebenarnya bukanlah hari ini sajalah malahan sejak minggu lepas lagi, ada sebuah lori tayar 6 tersadai di tepi jalan utama berhadapan dengan sekolah Menengah Tengku Zarina Pelabuhan Klang. Sudahlah tiada kon atau apa-apa tanda yang menunjukkan ianya rosak dan tersadai di situ yang mana boleh mengundang bahaya kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain, terutamanya yang berisiko tinggi seperti penunggang motosikal.  Mama dengan ayah semalam semasa melalui jalan tersebut pun hampir-hampir tersondol lori tersebut.

Jadi tiba saja di pejabat tadi, tanpa ragu-ragu lagi. Sebelum ada nyawa yang melayang, mama terus menghubungi Balai Polis yang berhampiran dan membuat laporan berkenaan dengan lori yang tersadai tersebut. Pegawai tersebut Lans Kopral......cuma memberitahu dia akan menghantar pegawai untuk membuat pemeriksaan.  So, harap-harap balik kerja nanti sudah ada tindakan kepada lori tersebut.

Coretan:



No comments: