Assalamualaikum w.b.t.
Semalam, Pak Long dan keluarganya sekali bermalam di rumah kita. Balik kerja semalam, mama pun tak sempat nak masak apa sangat, sekadar goreng mee saja. Lepas Maghrib, kita kemudiannya kelam kabut gerak ke surau seperti biasa ada pengajian setiap Isnin dan Khamis. Balik dari surau dah hampir jam 10 lebih. Akibat kepenatan mama tidur awal malam tu, tapi nama jerk tidur telinga masih dengar2 orang bercakap, tidur2 ayam gitu. Biasalah mata mama ni selagi jam tak menunjukkan angka 12 memanglah susah nak tidur.
Esoknya ( hari ni), rasa badan berat semacam. At last bangun jam 5.30 sudah. Memang kelam kabutlah sikit. Lepas tanak, nasi dan sempatlah masak menu hari ni Ikan Bawal Masak Tauchu dan Sup Sawi serta Sambal Ikan Bilis semalam yang masih elok mama panaskan.
Lepas mandi dan solat sekitar jam 6.30, baru mula menggosok pakaian untuk ke pejabat hari ini. Selalunya gosok disebelah malam. Tapi semalam agak kepenatan sehingga mama terlupa yang baju belum 'ion'. Hu3. Pak Long anak beranak pun kelam kabut juga, kejutkan sorang-sorang bangun. Sebab diorang kena gerak awal ke pejabat PakLong di Sepang, sementara Mak Long ada urusan dengan sekolah barunya di Puchong dan permohonan kuaters di Putrajaya. Sebab diorang pun nak keluar awal-awal, mama dah tak sempat nak buatkan 'breakfast' lagi.
Lunch tadi balik rumah kejap. Disebabkan semua lauk pauk dah ada, memang mama dengan ayah makan kat rumah saja hari ini. Sementara tunggu ayah balik dari Solat Jumaat mama terlelap sekejap. Lepas Solat Zuhur baru mama dan ayah gerak semula ke pejabat.
Alhamdulillah, sempat juga mama sampai ke pejabat hari ini.
Coretan:
No comments:
Post a Comment