Wednesday, November 24, 2010

Cerita Menu dan Blood Test

Pagi ni seawal 5.15 pagi mama dah bangun, bimbang apa yang dihajatkan nak masak takut tak sempat dek kerana jam berputar terlalu pantas kini.  Pagi ni hajat memang nak masak kurma daging, malam tadi dah rebus jadi takderlah ambil masa lama sangat nak masak. Selesai masak kurma, tumiskan sup telur campur sooun. Selain, sayur buncis + carrot+fishcake+telur dan sambal ikan bilis. Semuanya mama masak dengan kuantiti yang agak banyak jugalah untuk dibahagikan kepada 6 perut yang perlu diisi.

 Sementara menunggu sambal masak dengan api yang kecil mama berhenti dulu untuk mengadap Illahi seketika. Azan subuh berkumandang tepat jam 5.45 pagi di kawasan rumah kita ni. Setelah selesai segala-galanya barulah sambung masak semula dan isikan bekalan ke dalam bekas masing-masing. Satu set untuk anak-anak mama, satu set untuk bekalan mama dan ayah dan lebihnya mama tinggalkan untuk Acu Akie di rumah. Satu bekas kecil mama bekalkan kurma untuk kawan mama di pejabat memandangkan daging korban tersebut yang mama dan kawan mama sama-sama dapat dari korban Kelab Jabatan mama ini.

Lebih kurang 7.45 ayah pergi hantar anak-anak mama ke rumah ibu, sementara mama bersiap untuk ke pejabat. Tapi mama hampir terlupa rupanya hari ini ada blood test . Sampai di klinik lebih kurang jam 8.10 pagi, seperti biasa keadaan sesak, tapi sebab untuk blood test  cuma perlu ambil nombor  ke bilik blood test saja. Sampai situ, mama dapat no giliran 47, padahal waktu tu baru 9 orang berlalu...Aduhai ni mungkin lambat la lagi. Lebih kurang 10 minit kemudian, ada sorang makcik tu letakkan kembali no gilirannya sebab tersalah ambil. Kebetulan mama berada berhampiran dengan no giliran tersebut jadi mama tukarkan saja. Alhamdulillah no tersebut adalah 14, jadi tak lama selepas itu giliran mama pun tiba.  Masa ambil darah, pembantu jururawat tersebut dengan tak sengaja telah tumpahkan darah dalam picagari sebelum memasukkan ke dalam botol tapi mujur baki yang ada tu masih cukup untuk diisi di dalam botol-botol kecil untuk di hantar ke makmal. Selepas  mama hantar ke makmal lebih kurang jam 8.25 pagi mama pun gerak ke pejabat dengan ayah yang setia menanti di luar.


 Coretan:


No comments: