Monday, March 15, 2010

Kemalangan di Kulim -Detik2 Cemas Ibu Mengandung Diselamatkan.


KULIM HI-TECH - Seorang wanita yang sarat mengandung, berusia lingkungan 30an, cedera apabila kereta Proton Wira yang dipandunya dirempuh oleh sebuah kren yang datang dari arah bertentangan.

Menurut mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu berkata, sebelum kejadian berlaku, beberapa kenderaan sedang berhenti di lampu isyarat berhampiran Balai Bomba Kulim.

Dia ternampak sebuah kren turun dari arah bukit dalam keadaan laju lalu merempuh lima kereta yang ada di lampu isyarat itu dan menyeret sebuah kereta Proton Wira ke dalam parit.

“Kejadian berlaku terlalu pantas. Saya nampak, sebuah kren turun dari arah bukit dengan laju dan menghasilkan bunyi yang kuat seperti mengalami kerosakan brek. Kren itu kemudiannya hilang kawalan dan terus merempuh lima buah kereta berkenaan.

“Saya nampak kren itu merempuh dan mengheret sebuah kereta Proton Wira ke dalam Parit. Pemandu kren yang cemas dengan kejadian itu melarikan diri,” katanya.

Mangsa yang tersepit di bawah kren cuba dikeluarkan oleh anggota bomba tetapi gagal.

Bomba terpaksa menggunakan sebuah kren lain untuk mengangkat kren yang terlibat dalam kemalangan itu untuk membolehkan orang ramai menarik keluar kereta mangsa yang terperosok di bawah perut kren terbabit.

Hampir satu jam usaha mengeluarkan mangsa tersepit dijalankan dan akhirnya mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaannya. Mangsa dibawa ke hospital Kulim untuk rawatan.

Satu jentera bomba dari Balai Bomba Kulim Hi-Tech dan dua ambulans dari hospital Kulim terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa itu. 

 

Detik-Detik Cemas

.......................................... 



















2 comments:

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

Nauzubillah, hishh.. takoot tengok..
Alhamdulillah, ibu pegen x ape² kn..

HasneY said...

itulah, leily, mula tu takut gaks tgk, tp sebab ibu tu takder apa2 itu yg berani tepek kat sini...itupun minta dari tuan punya blog dulu..dah dia izinkan itu yg nk share kt sini tuh...Apappun syukur sgt ibu pegnen tu tk apa2.