Wednesday, June 16, 2010

HAPPY BIRTHDAY ANAK-ANAKKU DAN ANAK2 JEMAH



Bulan June, bulan ini lah kelahiran semua anak-anakku. Fareez Hakim, Hanani Farisya dan Hadirah Farhana. Kehadiran mereka amatlah bermakna sekali di dalam hidup kami sekeluarga. Pejam celik..pejam celik..rupanya masing-masing dah berumur 5,3 dan 1 tahun. Actually, Hakim lahir pada 8 June 2005, dah seminggu berlalu, sementara, Hadirah lahir pada hari ini iaitu jam 2.45 ptg  malam setahun yang lalu, sementara, Hanani pula lahir pada 17 Jun 2007 jam 9.45 mlm  3 tahun yang lalu.





Wajah terkini Hadirah Farhana yang berumur 1 tahun....dah pandai berjalan semasa umur 11 bulan, sekarang ni, dah pandai berlari...semua orang dia panggil 'Ayah' termasuk diriku..hu3...lain-lain perkataan 'nah, nak', itujerk setakat ni yang pandai.....

Ini jua wajah-wajah anakku terkini yang sekarang masing-masing berumur 5 tahun dan 3 tahun... (actually pic ni ambil dua bulan lepas). Macam2 pandai..pandai bergaduh lagilah ..dua2 nih...boleh tahan akan kenakalan mereka.


Wahai anak-anak mama, Mama sentiasa doakan kalian agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah untuk mendoakan mama dan ayah di akhirat kelak. Semoga hidup kalian setiasa dilimpahi RahmatNya dan diberkati hidup dan dalam apa jua perkara. Sesungguhnya mama dan ayah amat menyayangi kalian semua...






Tak lupa jua, Auntie Has nak wish 'HAPPY BIRTHDAY'  buat anak-anak Jemah....kawan blogger...Jemah..anak-anak kita sebaya lar..An Nur share birthday date dengan Hanani, Ni dia, link Jemah yang very d vouge tu..he..he.. VirusPadu.


(17 Jun 2009 - Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang Pertama An-Nur  yang share birthday date with my daughter Hanani - pic AnNur with Jemah)


- Selamat Ulang Tahun girl yang ke 3.... ni AnNisa sebaya Hanani..


(pic celok dr jemah blog)

2 comments:

viruspadu said...

terima kasihhhhhhhhhhhhhhhh buat special entry ni

:)

muah muah muah

HasNeY said...

he.he..sama2 jemah.mmg nk buat, sekali terlepas pandang, bukan apa memandangkan anak2 jemah sebaya anak akak..dah tu salah sorang share birthday date lagi..tu yg best tuuuu..