Thursday, August 26, 2010

Ingat Orang Je Ke Nak Raya..Kereta Pun Nak Raya Juga..Hi3


Hi..itulah, org sebokkan nak raya, kereta pun nak raya. Tahun ni InsyaAllah, hari ni dapatlah kereta baru kami Exora..seakan-akan di ataslah gambarnya, tapi yang kat atas ni Exora Prime punyer..lebih elegant sikit. Kereta Waja lama kami pun dah pun nak di tolak kat USED CAR...dia kira amik bayar habis loan kat bank lar, kami cuma top up sikit jerk. Esok nak balik kampung bolehlah my mil tengok dulu, sebab tahun ni beraya kat Utara. Kesempatan cuti Nuzul Al-Quran 27 Ogos aku cuma amik cuti jerk hari isnin so sambung cuti sampai 31 Ogos Merdeka Day.

After balik dari Segamat baru lah nk tinted kereta disamping pasang tv kat dalam exora tu lagi pun budak-budak tak bising sangat diorang boleh layan tv jerk. Maklumlah perjalanan as usual lah mmg jauh almost 5 hingga 6 jam kalau ikut highway Pluss tapi kalau ikut jalan dalam mmg sakit sikitlah almost 7-8 jam, penat toksah nak cerita lar. Hu3. InsyaAllah ada duit lebih tu cadang nak belikan ayah motor baru. Doalah yerk, mudah-mudahan impian ni tercapai.

Syukur Alhamdulillah juga, coz tahun ni dapat duit raya RM500 tu, itupun dah bersyukur sangat-sangat leh top up apa yg lum ada. Biasalah aku tiap-tiap tahun ada 3 mak ayah, so semuanya kena pergi.
Nanti kalau kereta exora dah ada pic akan dimasukkan kemudian.


Wednesday, August 25, 2010

Yang Mana Jantan Yang Mana Betinanya....Hi3

Hmm tak sangka komputer pun ada jantan dan betina...hari ni gi jenjalan kat blog AdamHawa sekali terjumpa lar tentang nih....so kalau korang nak cuba then nk tahu komputer or labtop korang jantan ker betina..gi sini..hi3 SINI












sekali mine punyer....kluar sora jantan lar...' I Love U'...hi3..mcm2 erk..kalo korang nk try gi blog kat atas tu click perkataan SINI  tu..Selamat Mencuba...tengok akan kejantinaan komputer korang.

Thursday, August 19, 2010

Cerita Ramadhan 8

 Hotel BlueWave

Yesterday, my family and I had an invitation fm Baycorb company berbuka di BlueWave Shah Alam, it's a normal for every year. Bertolak dari rumah around 6.30..but when we reach at Bandar Klang, mak aii jammed giler...kat flyover Persiaran Sultan Ibrahim tu, So, semput-semput tu sampai gaks lar kat hotel dah dekat 7.10 mlm. Rupanya, pekerja2 kat  flyover tu dok pasang lampu tak abis2 lagi....Hi geramm gaksla, bukan apa letih dah semput2 kat dalam keta. Hu..mujuq pose kalau tak ada yang pakat kuar keta kena smashed...Dowang ni pun fikirlah, hang wat keje time peak hours kenapa?,  tambah2 orang semua pakat nak balik nak kuar dr Klang samada balik rumah atau sebagainya kan dah menyesak kat flyover baru tuh..

(Ni lar flyover baru Persiaran Sultan Ibrahim) pic dr pak google

Kali ni, makan kat level groundfloor jerk, oklah lepas berbuka semua, Hadirah makan wip potato bukan main pulun lagi makan. Lepas aku ngan hasben gilir2 solat Maghrib turun bawah semula makan sambung lagi(pic mmg tk sempat nk snapp). Lepas makan dalam jam 9.00 lebih kami pun bertolak balik . Hadirah kepenantan makan ,dah tidor sampai rumah. Hani ngan Hakim mmg suker sgtlah, macam2 diorang nak makan.

Sampai rumah, rehat kejap, tup2 dah jam 10.00 lebih. So lepas solat Isyak jerk aku terus keboommm mmg tk leh wat Solat Terawikh dah, mata tak boleh buka sangat dah mengantok sesangat-sangat. ....Tup...tup........

-
-
-
-
-
-
-
-

TAK JAGA SAHUR...............hahhhh amik...hari ke 9 dah tak jaga untuk bersahur, mmg kunci jam pada 4.30 pg, tapi tak dengar langsung, cuma perasan hasben kejutkan jerk, tp sayup2 jerk...Sekali dah terjaga jam 5.40 pg. Apalagi terus lompat terjun dr katil, masa  apa tak fikir dah, kejut hasben semula, rupanya dia pun dah tidor balik...Hu..amik2....Tp mujuq lar ada lagi 5 minit, sempatlah aku bancuh nescafe dan milo kemudian kami telan2 jekr kurma. Aku sempat jamah kurma 3 bijik jerk disebabkan tak leh nak kunyah sangat coz mulut dan kena ulser(akibat kurang air).....Hu...amikkan..saper suh tak jager....hari ni perut aku jam 12.00 t/hari tadi dah berbunyi...bunyi...........Aduhaiiiiiiiiiiiii...mintak-mintaklah leh sampai ke petang hingga berbuka...Wahai perutku..janganlah kau meragam ya, kasihanilah diriku..Hu...Susah kan kalo pewot sensitif nih.....Mmg tak leh silap langsung...Kalo tak..hahh..amikk..


Malaikat Kecil

 Untuk renungan bersama, mari kita hayati cerita di bawah ini.

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!



Think Deeply Before Buying Anything Cheap!

Just sharing the information. Be careful before buying anything cheap

Be cautious of hair bands at open markets around the city – they are probably from China since they are purchased in bulk very very cheap !!!!

Take a good look before buying hair bands in future – specially like the following kind…..




These Hair bands were made from used condoms and threads.









BEIJING (AFP) - Used condoms are being recycled into hair bands in southern China threatening to spread sexually-transmittable diseases they were originally meant to prevent, state media reported Tuesday

In the latest example of potentially harmful Chinese-made products, rubber hair bands have been found in local markets and beauty salons in Dongguan and Guangzhou cities in southern Guangdong province, China Daily newspaper said.

'These cheap and colorful rubber bands and hair ties sell well ....... threatening the health of local people,' it said.. Despite being recycled, the hair bands could still contain bacteria and viruses, it said.

'People could be infected with AIDS, (genital) warts or other diseases if they hold the rubber bands or strings in their mouths while waving their hair into plaits or buns,' the paper quoted a local dermatologist who gave only his surname, Dong, as saying. A bag of ten of the recycled bands sells for just Rs.5, much cheaper than others on the market, accounting for their popularity, the paper said.

A government official was quoted as saying recycling condoms was illegal. China 's manufacturing industry has been repeatedly tarnished this year by a string of scandals involving shoddy or dangerous goods made for both domestic and foreign markets.

In response, it launched a public relations blitz this summer aimed at playing up efforts to strengthen monitoring systems.

Check your kids hair bands and make sure they do not put them in their mouth while trying to plait or tie their hair
.

See below for Chinese Slippers now being sold in Walmart in the US . Hopefully, they are not yet in India ....

REMEMBER THE PAINT ON KIDS TOYS

?

This is very true as I heard it in news from one of our localradios here that our govt has to be extra careful on these cheap imports from china.. These includes clothes, food, toys, slippers and even glasses because the Chinese are using some strong but cheap chemical in their manufacturing process. Cheap is becoming expensive and at the same time fatal.

















Tuesday, August 17, 2010

Kisal Rasul: Pemuda beribu bapa babi

Jom renungkan kisah ini untuk pengajaran dan pedoman buat semua.Sumber dipetik dari email. Mudah-mudahan kita semua kelak menjadi anak yang soleh dan solehah demi kesejahteraan bersama ibu dan ayah kandung kita.


NABI Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina.
Di atas bukit itulah baginda akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tiada pada nabi lain.


Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?" Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Selepas beberapa hari dalam perjalanan, Nabi Musa sampai ke tempat itu dan dengan pertolongan beberapa penduduk, Baginda bertemu dengan orang itu. Selepas memberi salam, Baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke bilik dan melakukan sesuatu di dalam sebelum keluar dan membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?” kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.


Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Selepas itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.


Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid," jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu," Kata Nabi Musa.


"Wahai tuan hamba," kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua-dua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka melakukan dosa besar, Allah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh. “Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. “Hari-hari aku berbakti kepada ibu bapaku seperti mana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka babi, aku tetap melaksanakan tugasku.


"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia sebenar tetapi Allah belum memakbulkan," tambah pemuda itu lagi.


Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa, “Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti kerana berbakti kepada ibu bapanya. “Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami." Allah berfirman lagi yang bermaksud: "Oleh kerana dia berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di neraka, Kami pindahkan ke syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke neraka pindah ke syurga. Ini hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.


Walau bagaimana buruk sekali pun perangai ibu bapa kita, itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.


Doa anak yang soleh akan membantu ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan ibu bapa di alam kubur.


Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak kepada ibu bapanya ialah dengan doanya supaya mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.




Monday, August 16, 2010

Kisah 4 dan 5 Ramadhan

Cerita Ramadhan ke 4 dan ke 5. Hari cuti biasalah time ni lah baru nak menunjukkan dan menajamkan skill masakan yang ada hi3.

Hari Sabtu tu, masak takderlah meriah sangat, maklumlah banyak kerja2 lain nk dibuat, basuh, lipat baju sapu and mop lantai. So hari Sabtu tu sekadar masak, ikan percik dan sayur kobis jerk serta buah melaka color merah you, mana tidaknya, malas dah nk gi kedai cari daun pandan, kalo dok kampung leh lah tanam keliling, ni ghumah taman, tanah pun tak dak, pokok daun kari pun tanam dalam pasu jerk


Cerita Hari Ahad 15 Ogos, meriah sikit, jam 4 ptg dah mula kupas bawang dan segalanya. Cadang nak masak kurma ayam, sebab santan lum ada, so tupis dan renihkan dululah rempah kurmanya sementara tunggu hasben gi beli. Dia balik dari kedai katanya, semua kedai yang biasa pegi tu santan dan habis...............Apa ..habis, takkanlah habis...so dia kata nanti dia beli santan segera jerklah. So belilah santan KARA  yang segera. Dah masak ayam kurma campur kentang dan bawang besar tu. Waktu berbuka tu dah makan hmm ok gaks not bad dari santan segar yang biasa beli. Selain kurma ayam aku masak sambal kering ikan bilis campur terung dan petai, ayam percik dan agar-agar milo. Sebelum tu, tengah nk potong-potong agar tu, nak kasi jiran, Hakim dah beia-ia makan puas bertepis tangan ngan dier. Hasben plak offer diri nak masak mee goreng, aku tengah golek2 kepenatan dalam bilik sambil layan Hadirah dia dok menggoreng plak.

Pagi tadi pun tak terjaga, dah jam 5.00 baru bangun, mujur sempat panaskan kurma ayam dan nasi. Hasben plak request telur goreng, kejap jerk sempat laa goreng jugak. Milo aku habis disebabkan buat agar2 ptgnya, so pg tadi kikih tin milo...Hu.3.sadis tul, maklumlah pewot ni sensitif, tak leh sangat minum minuman yang berkafien nih, kang tak pasal kena lagi gastic tuh. So pagi tadi dah amik duit, petang kang kena singgah jugak Econmart beli barang kering lain dah kehabisan tuh. Pagi tadi, pun cuma sempatkan bekalkan anak2 nasi putih dan kurma ayam tu jerk beserta bubur ikan tenggiri mix kentang untuk Hadirah.


Friday, August 13, 2010

Pengorbanan Seorang Ibu


Tulisan di bawah ini adalah diambil dari sumber yang dinyatakan di bawah untuk renungan bersama. Kasih ibu sampai ke syurga. Walaupun aku tidak pernah dapat merasai belaian kasih sayang ibu kandung, namun bukan bermakna aku tak mengasihinya namun keterbatasan waktu dan jarak membuatkan kasih sayang itu walaupun pernah menjauh tapi aku telah cuba untuk mengembalikannya. Meskipun saudara sendiri sering berkata-kata dibelakangku, namun hati dan perasaanku tidak pernah sikitpun mereka peduli. Namun mendoakan kepada ayah dan ibu kandung tidak pernah terputus.  Biarpun mereka ibubapakandung ku namun kasihku pada mereka hingga ke syurga.  Namun ibu bapa angkatku juga adalah segala-galanya tidak pernah sedikitpun aku lupa akan kasih  sayang dan pengorbanan mereka.


**************************


 ( sekadar gampar hiasan)


Kalau nak kira mak aku la harta yng paling mahal, palig berharga, tak de nilai yg boleh disamakan dengannya. aku cukup rapat ngan mak aku, dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. cukup memahami... abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu, pernah kami kena pelangkung dengan dia sebab lambat mandi pagi nak p sekolah. sejak hari tu aku dah kurang sket ngan abah. apa-apa masalah aku ngadu ngan mak. mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah. mintak duit belanja. kena buli ngan kawan, semuanya mak. ngan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani. abah pepagi lepas hantar kitorang p sekolh dia p ladang, tengah hari atau petang baru balik.

Abah akan rehat kekadang tidur kat pangkin bawah pokok moktan tepi umah. macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena. masa tu kekadang aku rasa ngapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu org susah abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak ngan kuih tepung bungkus. pkul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasik . 

pepagi lepas hantar kitorang p skolah abah singgah letak nasik lemak ngan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen kuih tepung bungkus 15 sen. kekadang tu aku bawak gak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu. aku dpat duk ngan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokesional temerloh. tapi tetiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak, keras tengkuk aku duk makan nasik kawah, ikan jeket ngan sawi balak kat asrama. petang jumaat balik kampung sampai umah terus cari nasik . 

Mak setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan plaklin (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh ngan kacang botol, sambal belacan lada besar. tu je favored aku, ada set tu... mamang makan tak ingat punya. kekadang tu mak masak kari ayam cair. kalau kena yg tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik . duk asrama 2 taun lepas spm aku kerja sementara kat tekam resort, nama je resort sebenarnya aku kerja dalam ladang gak banci pokok. gaji rm400. tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. hari ambik gaji tu seronok bukan main macam-macam dah plan nak beli barang. benda yang paling aku teringan masa tu, pancing guna mesin. dapat duit terus p pekan beli, ingat lagi... harga pancing tu rm75 satu set.

Balik rumah petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak, bayar balik duit minyak moto yang aku mintak kat dia tetiap ari p kerja. menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. aku ingat lagi masa tu dia kata "ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak ma, alhamdullillah dapat dah ma merasa duit anak-anak". aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran p uitm (masa tu masih ITM) shah alam jurusan elektrik panggilan pertama. masa tu aku baru balik keja, siap mandi, pastu makan. mak masak sedap tengah hari tu. tengah makan mak cakap "haa.... makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni", aku tanya ngapa. mak kata ada surat kat depan. dan dan aku p ambik baca. melompat aku masa tu. aku tunjuk kat mak. dia kata dia dah baca tadi. berair mata mak masa tu, kata dia... lepas dah anak ma 2 orang, tinggal 2 lagi tu tak tau macam mna. perbelanjaan aku masuk itm masa tu abg sulung aku tanggung. masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ. 

Masa aku part 4, mak bersalin adik perempuan. kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. sebab sebelum ni kami 4 beradik lalaki. abah la orang paling gembira dah lama dia nak anak perempuan. adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. abah dah tak macam dulu. sesekali aku balik abah, aku tengok abah yang mengasuh adik lebih dari mak. syukur pda tuhan harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu. setahun lepas adik lahir mak sakit. tapi tak de la teruk sangat, cuma p klinik je. lepas sebulan lebih sakit mak tak sembuh. abah bawak pegi pada pakar kat hospital mentakab. diarang ambik semple darah. lepas seminggu diorang panggil p hospital semula, dah dapat keputusan. ya Allah, mak disahkan kena barah payu dara. doktor kata, untuk selamat mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan.

Bermula dari hari tu kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate. mak tetiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risukan adik perempuan yg masih kecik, apa nasib adik bila dia tak de nanti. aku cukup tak tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. "mie... nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu je. mie.... kain batik ma ada 3 lai yang baru dalam almari, nanti orang datang bukak ambik". air mata memang tak leh tahan. sampai masa mak terpaksa operate jugak. doktor kate kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. masa tu aku ambik cuti seminggu dengan dekan. balik kampung kena jaga adik. lepas operate mak dah mula jadi lemah kesian sangat aku tengok doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak trlampau lemah. lepas 2 minggu mak kat spital. dia dah beransur baik. abah bawak balik. mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa. tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu mak pengsan tiba-tiba. abah bawak p hospital jengka. 

Bermula hari tu...keadaan mak makin hari , makin teruk.seminggu mak kat spital. kemudian doktor bagi balik, keadaan mak elok sket, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duk umah, pas tu abah terpakasa bawak mak p hospital semula, sebab keadaan mak terlalu lemah, mata tak bleh bukak, dah tak bleh bercakap, mak tak makan sejak balik umah. masuk makanan mak muntah. doktor kata penyakit mak dah teruk, kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. sebab tu mak tak boleh makan. selama di spital mak hidup dengan air dan ubat saja. sayunya aku tengok muke mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. tapi masa tu mak boleh bercakap. satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. tak pernah dia sebut yang dia sakit. kami berbual macam biasa. macam tak de apa-apa boleh buat lawak, gelak lagi. walhal aku tau yang dia menanggung sakit yang amat sangat.

Doktr ada terangkan pada kami adik beradik macam mana nak jaga org sakit barah. doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. penglihatan akan kabur, di sebabkan paru-paru mak dh rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit. seksanya mak. tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik. semakin hari keadaan mak semakin teruk .... aku ambik keputusan untuk cuti satu sem. abg di jepun pun balik. hati mak dah mula membengkak. perut dia buncit macam di pam. berkilat dan boleh nampak urat. mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. dan masa tu juga pemikiran mak dah tak berapa normal. dia tak kenal dah orang yg pegi melawat dia, kecuali kali anak-anak dia. ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. mak kata ada habuk penuh atas kepala aku jadi dia nak sapu buang. masa tu jugak merambu air mata aku. walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia. hampir 3 bulan mak kat spital jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana . semua misi, doktor dah kenal. selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalnya walaupun kami lelaki jururawat kat situ dah tak kesah. memulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. kami jumpa doktor dan ketua dia jururawat, mintak kebenaran sebab kami tak de adik-beradik pompuan kemudian mak perlukan org tunggu 24 jam,sebab bila mak kejang kena ada org urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.

Akhirnya mak kami bawak balik ke umah. sebab mak kate dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia suami dia. mintak ngan doktor, doktor benarkan. doktor kata mak dah tak de harapan. bila mak sampai rumah. suatu keajaban berlaku, mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. cuma mata dia ja masih kelabu. dia makan, kami bagi semua makanan yg dia suka, apa yang dia sebut kami cari. kami ambik semua baju baru mak kami pakaikan pada dia. mak sembang ngan semua orang, mintak maaf ngan semua. mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia smakin membesar. lebih kurang seminggu mak kat rumah. mak nazak. hari tu pagi sabtu. nafas mak tersekat-sekat... masa tu mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. kita kena letak telinga kat mulut dia baru dengar. tengah hari tu kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu, seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat. kami sekeluarga berbincang. tanya pendapat orng tua dan buat keputusan, agaknya hari ni sampailah masa tamatnya penderitaan mak sekian lama. 

Kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. kami adik-beradik dan abah pegi pada mak. kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum. "ma... emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa emie pada ma, dari hujung rambut sampai hujung kaki. emie mintak halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum" banyak lagi aku nak sebut pada mak tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. kami kucup dahi mak.... kami cium tapak kaki mak. air mata mak mangalir. kami letak adik tepi mak. bagi mak cium adik. sayunya aku tengok. air mata mak mengalir bila tengok adik. kesian adik lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. tak dapat merase kasih sayang mak. mak bisikkan sesuatu pada abah. air mata abah mengalir. nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. abah kucup dahi mak. Kemudian dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. aku terpaksa, kami terpaksa. kami syangkan mak. taknak seksa mak. tak lama mak sesak nafas. abah ajar mak mengucap.


Allahhuakbar seksanya menuju kematian,
Innalillahiwainnahiro-jiun..... ibu tercinta pergi buat selamanya.........

Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini..... linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.

INGAT.... IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI, JIKA TIADA. MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU.

KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG.... AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU MINTAK AMPUN.
JANGAN TUNGGU HARI RAYA JE...TAKUT TAK SEMPAT.

AKU... HANYA MAMPU MENGUCUP BATU NISAN MAK DI PAGI SYAWAL.

bila makan kuih tepung bungkus ... aku akan ceritakan pada wife aku, 'sebab kuih ni la abg boleh pegi sekolah dan kuih ni lah yang membesarkan abg adik beradik

**nota penulis : shahdunya rasa bila baca cerita nie...kepada semua yang singgah ke blog saya nie...kopipes la citer nie ke blog korang..sharing is caring.....salam ramadhan...

sumber:   SINI


2nd Day Pose 1435H

Semalam, lepas balik keje, singgah PARAM (Pasar Ramadhan) jerk, itupun beli sup daging campur, ikan rebus air asam dan kuih tako. Then balik rumah masak nasi dan goreng sayur jerk sikit. Lepas makan dan solat maghrib aku kat rumah meneruskan routin harian, angkat jemuran dan basuh baju, sementara hasben bawa Hakim gi solat Terawikh kat surau berdekatan.

Selepas solat Isyak dan Terawikh aku pun mula sinsing lengan masak untuk sahur dan bekalan untuk anak2 esoknya. Sempatlah masak lemak telur campur sooun dan kentang, sayur kacang pis campur carrot serta udang dah potong pagi tadi baru goreng. Dalam 10.30 mlm nak tidor tpi mata tk leh lelap2 gak, agaknya dah biasa tidor lewat, tu mata tk nak tidor awal..last2 ntah jam baper aku terlelap.

Pagi tadi, mmg kunci jam 4.30 pagi, tup..tup lagi 5 minit dah nak masuk jam 5.00 pagi, apalagi terus bangun dan panaskan nasi dan goreng ikan masin dan sayur yg dah potong2 tu serta panaskan juga masak lemak telur.

Lepas sahur, biasalah routin tak habis lagi, lepas cuci pinggan manggkuk semua, jemur baju lagi kemudian ion baju yg nak pakai gi keje hr nih. Hari ni macam awal sikit,hantar anak-anak gi rumah pengasuh pun takder yg meragam, Easya jerk ada wat hal sikit ntah apa tak kena, tp lepas ayahnya dukung masuk umah pengasuh barulah ok. Teruskami bertolak ke opis, tpi ngam..ngam ho gaks aku thumbprint jam 8.00 pg, lambat seminit dari semalam. Hi3.



Wednesday, August 11, 2010

Hari Pertama Puasa Ramadhan 1431H

Petang semalam dan pagi tadi punyer cerita. Balik dari office semalam dah dekat 5.30 lebih, so suruh my hasben drop me kat SSW..SSW tu pasar raya mini market lar lebih kurang cam tu lar. Maklumlah barang2 basah n kering dah kurang, so singgah la kejap, sementara dia balik ghumah solat dulu, coz belum solat. Mak aiii ramai tul orang, nak timbang ikan, sayur beratur punyalah panjang, then que nk bayar pun lagilah panjang, kaunter byk tp yg jaga sorang jerk mana nak isi brg dalam beg platic lagi...hmm..hmm..aku pun tunggu jerklah, akak kt depan aku ni punyalah beli banyak tul...gamaknya stok sebulankot..hi2..aku beli brg2 basah sikit jerk, kang beli byk2 tak termasak pun, kang membazir cam tu jerk.

Lepas balik dr SSW tu, hasben pun datang ambil, ingatkan dia gi amik budak-budak dulu, rupanya belum...then terus gi amik budak2 pulak...sampai ghumah dah dekat 6.30 lebih. Aku apalagi singsing baju sampai ke lengan terus masuk dapur.

Around 7.30 pm, baru selesai masak simple jerk, sayur kangkung, masak lemak cili api ikan tenggiri with belimbing buluh, ikan goreng. Dah..itu saja, masak banyak2 kami 4 perut jerk nk makan byk tak abis pulak kang membazir lagi. Ada lah lebihan masak lemak tu aku ngan hasben makan sahur. Lepas makan dan selesai solat, mengadap pula kain baju yang lum basuh, basuh dulu sok pepagi sidaii Sementara hasben gi tarawikh kat surau, aku tarawikh jerk sorang2 kat ghumah, dah ada anak2 kecik cam ni lah, susah nak gi berjemaah ramai2 orang, sorang melalak, sorang menjerit..betul2 mengganggu kekushukkan orang lain. Jadi hasben pun surh aku terawikh jek kat ghumah. Jam 10.30 mlm nk tidor, tp tk leh lelap plak..last2 ntah jam bapa aku tidur.

Alhamdulillah, jam 4.30 pg tadi aku dah bangun, panaskan nasi, lauk, goreng ikan masin sikit ngan sayur kobis dan kurma juga. Itujerk rezeki kami berdua pagi tadi. Syukur sangat-sangat. Rezeki kami memanglah tidak semewah mana, cukup sekadar untuk mengeyangkkan perut. Selesai makan, tugasku belum lagi selesai, selepas basuh semua pinggan mangkuk. Aku seterusnya masak pulak bekalan untuk anak-anakku2. Bekalan mereka hari ni, sup kentang campur fuchuk dan sooun, ikan masak lemak sikit, nasi putih dan bubur ikan untuk Hadirah itu jerk yg aku sempat masak. Dah selesai masak jemur pula baju yang basuh semalam dan ion baju nk gi kheje hari ni...Hmm semangat tul hari ni nak gi kheje. Selesai siapkan baju2 diorang dan bekalan dalam beg 7.30 am dah sampai rumah pengasuh, seterus aku ngan hasben gerak ke opis......Hmmm terpikir ntah apa citer petang nih nak masak. Biarlah simple dan alakadar, dari membazir dan membuang amalan syaitan itu. Hu3...



Tuesday, August 10, 2010

Sesat Dalam Rindu



Ku resah mencarimu dengan akal
Dengan bersama sifat-sifat pinjaman
Kau ku rasakan semakin menjauh
Tersesatlah aku dalam rindu mu

Ku satukan firasat mencari mu
Dan ku terlontar di penghujung alam
Kau masih tidak dapat ku jejaki
Betapa malangnya nasib ku

Kerana mu ku tinggalkan segalanya
Sendiri aku terpedaya
Punya akal dan firasat yang tidak ke mana
Hanya jalan yang sengsara

Zahir musnah bagi yang mimpi
Zahir ada rahsia mencari
Lalu ku selami di dalam diri
Dibawa arus nafas ku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup pasti mula cinta

Engkau kasih ada di sini
Engkau kasih ada menanti
Kau kasih aku jua kasih




Salam Ramadhan

Muslimin dan Muslimat,

Dikesempatan ini, has ingin memohon sejuta kemaafan seandainya  ini adalah Ramadhan yang terakhir buatku. Mudah-mudahan kita mendapat seribu rahmat di bulan yang mulia ini. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua teman-teman yang samada terus menerus mengikuti blog ini ataupun secara tidak sengaja terjah ke sini.

Renungan bersama:

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Sekiranya ummatku mengetahui apa yang ada pada Ramadhan itu, sudah pasti mereka akan sentiasa mengharapkan agar semua bulan yang lain menjadi Ramadhan" (Maksud Hadis).


Thursday, August 5, 2010

Kisah Ainul Mardiah


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia yakni isteri yang solehah akan menjadi ketua kepada bidadari-bidadari di syurga kelak.


Bermulanya Kisah Ainul Mardhiah  disini....

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. 

Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata...akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
( sekadar gambar hiasan)


Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih






Gastric Attact Me Again

Semalam, again one more time kena gastric. Start after buka pose terus dan merengek2 kat pewot...Aduhai, sampai 4.00 pagi jugak rasanya baghu leh tidor, tp tidor pun tidor2 ayam jaa..Last2 tak terjaga jugak, hari ni again masuk lewat opis. So, kalau dikirakan hampir 24 jamlar tak leh tidor. Tu lar, dah cakap pisang tak leh makan, aku balun jugak, sebelum ni kena serang masa minggu hadir kursus kat Pulau Indah tu. Itupun kena serang sebab lunch hour, makan pisang. Hu3  betullah pisang ngan makanan pedas  memang tak boleh ambil  langsung. Siap kena serang nanti. Aku plak nafsu kalau ikutkan semua nak makan, especially yang pedasla,  walaupun dah cuba pantang makan pedas2 dan makanan lain yg berangin namun nampaknya tak jalanlah. Tapi rasanya, Gaviscon ker  haper macam tak membantu sangat dah aduhai..aduhai. 

So, my dear self, ingatlah jagalah pemakanan tu kalau tak nak penyakit lagi. Nampaknya bulan puasa is coming soon, so waktu ni rasanya leh practice tak makan makanan2 pedas dan seangkatan yang menyebabkan gastrik ni melanda lagi.


Jom layan lagu nih,  my favorite song ever.

SURATAN- Slam

Segar Di Ingatan
Sejarah Luka Yang Berlaku
Terpahat Kenangan
Cerita Cinta Ku Pada Mu

Tiada Duanya
Biar Berjuta Tidak Sama
Indahnya Cinta Mu
Setulus Budi Mu Pada Ku

Telah Ku Terima
Suratan Takdir Yang Esa
Cinta Manusia
Suka Dan Duka Di Tangannya
Sedalam Renungan
Moga Terjawab Persoalan
Apakah Salah Ku
Di Mana Silap Mu

Sudah Lumrah Kehidupan
Tidak Lepas Kesalahan
Cinta Yang Menjadi Korban... Kesilapan
Saat Yang Silih Berlalu
Masa Tak Akan Kembali
Semua Telah Berlaku Kita Insafi

Maafkanlah Sayang
Segala Kesilapan Ku
Tidak Terniat Sekali Melukai Dirimu
Ku Pohonkan Doa
Semoga Kau Berbahagia
Tempoh Hidup Ini
Jalanan Berduri
Nama Mu Biarkan Abadi... Di Sini

Mudah-Mudahan Bersama
Keadaan Yang Berbeza
Di Alam Cinta Yang Kekal... Selamanya









Wednesday, August 4, 2010

My All



Salam and goodday,

Esok Puspanita akan ke IKS Sabak Bernam. Hasrat hati nak pergi, tapi memandangkan urusan dengan Yang Esa belum lagi selesai rasanya tangguhlah dulu kot hasrat dan keinginan hati tu.  Even though the things to deal with Allah can't finished until end of life but still can't allowed myself to go there. Just to remind myself again...not to go there.

Song of the day....I love this song years and years ago. Just love the melody and no story behind.

I am thinking of you
In my sleepless solitude tonigh
If it's wrong to love you
Then my heart just won't let me be right
'Cause I've drowned in you
And I won't pull through
Without you by my side


I'd give my all to have

Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight

Baby can you feel me ?

Imagining I'm looking in your eyes
I can see you clearly
Vividly emblazoned in my mind
And yet you're so far
Like a distant star
I'm wishing on tonight


I'd give my all to have

Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight

Give my all for your love

Tonight


 




Monday, August 2, 2010

SONG OF THE DAY

SOLEDAD

If only you could see the tears in the world you left behind
If only you could heal my heart just one more time
Even when I close my eyes
There's an image of your face
And once again I come to realise
You're a loss I can't replace

It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me

Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad

Walking down the streets of Nothingville
Where our love was young and free
Can't believe just what an empty place
It has come to be
I would give my life away
If it could only be the same
Cause I can't still the voice inside of me
That is calling out your name


Time will never change the things you told me
After all we're meant to be love will bring us back to you and me
If only you could see

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me

Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad



Course in ILPPPL.

Luckily, I'm back right now. Fuhh after the whole last week had Eng. Course in ILPPPL. Ha..ha..I feel afraid to telling here. Anyway, the tutor is Pn. Syarifah Nadiya Abu Bakar from Infobase Creation Sdn.Bhd. She's quite soft spoken and very friendly.  One more thing abaout her, she's so pretty like Iranian woman. Actually, her family came from somewhere in Acheh. Even thought,for the first day, everyone  feeling shame and afraid to talk each other but after two days everything had changed and everyone need to speak in English for the four days.

My group named is WAKAWAKA  and the CRY WAR are..Laporpoooo...Watakunsii...Hi3..sounds funny. Ok, I'll put here some photos to pictures the Eng. Course. 

This is my group. Actually, this photo was taken by Mr. Huzaini after end of the course. It's photo session. From behind and left:  Mr. Zizam,(act. his frm another group)  Hakam Adli (from East Region), Amy Norazrol (IPL), Mr. Nazri and Mr. Nazri both from South Region.
In front left:  Hasni, Puan Nadiya and Pn. Arfah.


Puan Nadiya and me


 

 Why Amy looks bored?Mr. Hakam feels funny, Mr. Nazari and Mr. Nazri feeling nothing maybe thinking something else...Hu3

 Puan Arfah also in my group


 The Bachelor's...hi3...Left, Amy NorAzrol with Mohd. Hakam Adli Mohd. Shamsuddin or bajet Clark Kent...hi3...don't angry Mr. Hakam..yea...This guys both are in my group.

 This one, much more clear rather than mine, I took from  Kak Arfah FB...thanks kak Arfah.
Does anyone eager to know them..aaa..Dont ask me...ask to them..hi3....

Why Mr, Nazri you look so serius..hi3...but Mr. Nazari his a cool man.

Puan Salamah, taking her certificate 

Amy taking his cert.

Hakam's turn taking his cert.

It's me while taking the cert.

Puan Derwina Azla, I really love her name. She's also got as good presenter during public speaking.

Mr. Mohd. Noor being chosen as a  good presenter by Pn. Nadiya for his cooperated.

Love this photo.  I took from Kak Arfah FB.


Anyway, I really enjoyed and got many friendly friends during the course, but the knowledge are very useful.  

Thanks and see u again.