Thursday, December 20, 2012

Assalamualaikum w.b.t, Dah masuk tahun hijrah yang baru pun....dan lagi berberapa hari sahaja dah nak meninggalkan tahun 2012 dan mama masih tak berhijrah..hijrah...hu3..apasal tahap kemalasan melampau2 nih...ditambah kerja-kerja opis dan rumah yang tak pernah habis......agaknya kalau habis..means end lah of this world...ha..ha..gara gara terhasud dengan org yang percaya Ramalan Kitab Maya....hu3...Hmm takder maknanya, kita as a Muslim tak boleh percaya akan ramalan-ramalan macam tu. AlQuran dan Hadith telah tersurat dan tertulis bagaimana kiamat akan berlaku, jadi kita hanya berpegang kepada kedua-duanya untuk meningkatkan keimanan kita pada Allah. Kalau jadi sesuatu pun mungkin kerana peralihan cuaca, biasalah bumi dah tua lagi pun setiap tahun adalah musim tengkujuh banjir dan hujan di sana sini. Ingat ya anak anak mama jangan percaya pada Ramalan berpeganglah pada AlQuran dan Hadith nescara hidupmu akan bahgia..

Banyak perkara yang dah berlaku hmm past is past, so kita kena fikirkan macam mana nak tingkatkan kehidupan dan amalan pada Yang Esa. InsyaAllah..tahun depan anak-anak mama akan berada di Tahun dua dan juga pra 6 tahun. Kelengkapan belum mencukupi, semalam disebabkan mama tak larat nak masak....hu3..apakah makna tak larat nih...hu3....mesti korang ingat apakah ada lagiker?.....hu3..berharaplah sangat.......InsyaAllah kalau ada dan rezeki dari Ilahi. So kesempatan malam tadi just belikan kasut jer sorang sepasang.....hujung minggu ni baru beli beg dan kelengkapan lain.  Minggu depan dah nak balik Segamat lagi, ada kenduri pulak...hu3..penuh jadual mama.

 
Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Wednesday, August 29, 2012

Coretan Perjalanan Raya di Kedah hingga ke Johor

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, tahun ini kami beraya di Kedah. So perjalanan balik dari Klang sekitar jam 3.30 petang, dan highway pun boleh tahan jugak banyak kereta tapi sampai di Sg. Perak singgah solat Asar sahaja dan beli makan sikit kemudian teruskan perjalanan ke Sg. Petani. Waktu berbuka pun singgah hentian(x ingat) itupun makan n minum dalam kereta jer dengan air mineral dan kurma. Lepas Sg. Perak jalan tenang sahaja tak banyak kereta dan akhirnya kami sampai di Sg. Petani sekitar jam 9.00 malam. Syukurlah mak dah masak lauk pauk tinggal nak ngap saja...hi3..tapi sebelum tu singgah sebelah Kelab Cinta Sayang tu beli KFC budak..budak tak boleh lepas dengan KFC.

Raya pertama di Sp, itupun tak sempat kemana-mana, tok Jah tak larat sangat, hari raya cuma masak, kari daging, ketupat dan mee rebus. Itupun jiran sekeliling dah serbu sampai nak keluar beraya pun tak sempat. Petang sekitar jam 4.00 barulah kita semua gerak ke Machang Bubuk rumah Tok Long ( Abang Tok Jah) yang dah lama jadi single father sejak Mak Long meninggal 10 tahun lepas dia tinggal dengan anak-anak dara saja.Gambar--gambar kita layan lepas ini...




Kita beraya di Sg. Petani sehingga raya ke lima ( Khamis) baru gerak ke Johor. Bertolak dari Sp jam 6.00 pg, singgah solat sebelum bukit Merah dan teruskan perjalanan ke Klang, ikut jalan dalam saja, lama ayah cakap tak ikut jalan dalam, so mama as usual mengikut perintah jerk....maklumlah kiterkan co pilot jerk..ha3...Sampai Klang lebih kurang 12.30 t/hari.  Makan dan mandi manda dulu baru gerak sekitar jam 3.30 ptg, so sampai Segamat dah hampir jam 7.00 malam.

Masa, kita sampai tu, Aunty Morrie, kawan Tok Mak ada kat sana, so sempat la bergambar dengan family dia ...padahal Aunty ni duduk dekat dgn rumah kita jerk di Klang je sebelah rumah ibu yang jaga anak-anak mama dulu....

Kita beraya di sini sehingga hari Isnin(mama masih cuti) so Isnin baru gerak balik jam 9.00 pg sampai Klang jam 2.00 ptg. Ayah pun masuk keje semula sekitar jam 3.00 ptg..maklumlah 'bos'..hah..hah..bos laa sangat...

Jom kita layan antara gambar raya yang sempat mama rakamkan....untuk kenang..kenangan.

 Our Family pic Raya 2012..theme cacar merba jerk...hi3

 My sweet hunny bunny mama..the only boy

 Lovely son and daughter

 Little gurls - Faqihah

 My gurls




 Tok Ayah & Tok Mak dengan anak-anak2nya..kaya anak lelaki...tapiiiiiiii



Kaya jugak dengan cucu-cucu perempuan....1 boy vs  7 girls


Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri Buat Semua ....


Assalamualaikum w.b.t,

Alahai lamanyer tak menjengah blog ni..entahlah, sejak akhir-akhir ni , mama jadi malas nak updated blog, padahal macm-macam perkara dah terlepas untuk dicoretkan disini. Olehlah demi menghidupkan kembali blog mama ni yang dah lama usang ditinggalkan tuannya, mama ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua kengkawan yang sudi dan tak jemu-jemu bertandang di blog yang seumpama hidup mau mati tak mau...hi3.....Semoga jalinan ukhwah kita akan terus berkekalan. InsyaAllah kami akan pulang ke Kedah pada hari Sabtu ini disebabkan ayah kena bekerja jugak hari Jumaat ni. Kita akan berada di Kedah sehingga raya ke 4 dan raya ke 5 akan bergerak ke Segamat, Johor. Doakanlah semoga perjalanan kita diberi kelancaran dan terlindung daripada segala musibah. Amin.



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com




Wednesday, April 18, 2012

Ruang Makan Utama

Ruang Makan Utama Setelah Pengubahsuaian...sebenarnya tak banyak yang berubah cuma di cat semula dan susunan perabot sahaja di susun semula. Ini belum dikemas sepenuhnya lagi, sebab reno baru sahaja selesai dan belum sempat kemas sepenuhnya.

 Gambar Sebelum
 -budak-budak pulak jadi model..hi3...

Gambar Selepas
 






Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Reno Ruang Tamu/ Bilik Air - Sebelum dan Selepas


Assalamualaikum w.b.t,

Syukur ke hadrat Illahi, akhirnya siap juga setelah mengambil masa lebihkurang hampir 3 minggu untuk menyiapkan 'renovation' rumah kita.  Penghujung bulan Mac lalu, rumah kita mula buat renovation oleh ayah kawan mama, setelah nak menunggu Tok Wan Li dari kampung mengambil masa lagi agak lama, jadi mama dan ayah memutuskan untuk mengupah ayah kawan mama sahaja untuk membuat 'reno' di bahagian ruang, tamu, bilik utama dan penambahan bilik air di bilik utama.


Gambar-gambar berikut sekadar untuk berkongsi 'dekorasi',.
 Warna:  'Orange/Dark(Black/Brown)/Red. Dah inilah hasilnya....

@@>~~RUANG TAMU~~<@@
~~ SEBELUM ~~



~~ SELEPAS ~~

Ruang Tamu

 













@@>~~~BILIK AIR BILIK TIDUR UTAMA~~~<@@

~~SEBELUM~~

Sebenarnya,  disebabkan rumah ni design lama jadi bilik air utama tiada, jadi ianya diadakan saja.

Warna/Tema: Htam & Putih

~~SELEPAS~~










Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Monday, April 16, 2012

Syukur Atas NikmatMu Ya Allah.

Assalamualaikum w.b.t,

Syukur Alhamdulillah, hari ini mama diberi kesempatan untuk bernafas lagi di muka bumi Allah ini. Hari ini jugalah genap umur mama yang ke 33 tahun. Mama juga bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik, punyai suami yang solleh dan juga anak-anak ramai yang dambakan mereka agar menjadi insan yang soleh dan solehah. Impian mama hanya satu. Ingin lihat kita bahagia di dunia dan akhirat kelak. Ya Allah, aku bersyukur padamu, namun kau tetapkanlah imanku agar jangan lalai dan taksub akan hal duniawi.

Kepada semua kengkawan yang 'wish' Selamat Hari Lahir terima kasih mama ucapkan, semoga doa-doa kalian akan dimakbulkan dan sama-sama kita akan ke Jannah nya Allah.  Amin.


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: ""Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih
(Surah Ibrahim 14 : Ayat ke 7)








Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Pak Teh Datang Rumah....

Assalamualaikum w.b.t,

Lamanya mama tak update blog, bukan malas padahal ada banyakk sangat ceriter yang yang dikongsi dan dititipkan di sini, cuma tak berkesempatan sahaja. Banyak aktiviti yang sebenarnya, cuma tiada kesempatan sahaja untuk dititipkan. Oklah kiter bercerita bab makan dulu. Semalam, Pak Teh iaitu abang mama datang ke rumah kiter setelah sekian lama mama tidak berjumpa dengan dia. Ingat last masa jumpa dia pun masa Hadirah berumur sekitar 9 bulan, but now Hadirah dah nak masuk 3 tahun dah. 

Walaupun keadaan rumah kita yang agak havoc sikitlah dek kerana kerja-kerja renovation yang baruu sahaja selesai, mama ngan ayah belum sempat mengemas sepenuhnya lagi. So kesempatan dah tak jumpa diorang tu, mama masak cuma Kari Ikan Senangin, Ikan Kembung Cicah Air Asam, Sotong Goreng Mix Kcg Buncis dan sedikit buah Anggur..itupun tak menyempat Pak Teh datang, dah hampir habis  buah tu....

Tunggu punya tunggu..tup..tup lepas Asar barulah dia menjengah ngak Mak Teh and anak dia yang nama Hazirah jugak....macam manalah mama tak perasan yang Mak Teh ada anak nama Hazirah jugak...tup..tup dah sama nama plak dengan baby...Hazirah Faqihah. 

So, macam-macam citerlah yang dicertikan Pak Teh petang tu,..sampaikan mama ngan ayah ni, memang rasa tak masuk dek akal sungguh apa yang diciterkan tu. Entahlah hanya Allah mama berserah, mudah-mudahan baiklah segala-galanya.

Disebabkan dah lewat, so minum petang, dengan goreng pisang dan air kopi O. Pak Teh bersembang kat rumah kita sampailah lepas Isyak barulah diorang gerak balik ke Ampang, KL. So sebelum gerak tu, lepas solat Maghrib diorang sempatlah makan dulu kat rumah ni.




Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Friday, March 23, 2012

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t,

Setelah seminggu cuti persekolahan, Hakim baru menjejakkan kaki ke sekolah semula pada Selasa lepas di sebabkan gara-gara tangan kirinya yang terseliuh akibat terjatuh. So semalam baru Ustazah dia bagi report kad markah keseluruhan ujian 1 tempoh hari. Mama bersyukur sangat-sangat, sebab anak mama ada banyak peningkatan berbanding ketika tadika dahulu. Kalau masa tadika dahulu dia banyak main dan suka kacau kawan-kawan. Tapi bila melihatkan keputusan peperiksaan dia kali ini memang banyak peningkatan. Syukur Alhamdulillah, Walaupun keputusan tidaklah cemerlang % peratus, bukan kedudukan no. 1 yang mama harapkan janji dapat memberi keputusan yang terbaik memadailah sambil kita sama-sama amalkannya.

Ingat, apa yang kita belajar bukan hanya semata-mata untuk mendapat no. 1 di dalam kelas, sebaliknya yang baik itu perlulah kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah, mudah-mudahan peperiksaan sekolah rendah pun Hakim mampu lakukan yang terbaik. Mama amat memahami anak mama, dan mama tahu sejauh mana kemampuan Hakim. Mudah-mudahan Hakim akan menjadi seorang anak yang solleh,  berjaya di dunia dan akhirat dan begitu juga untuk anak-anak mama yang lain juga, Hanani, Hadirah dan Hazirah.



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Thursday, March 15, 2012

Hari Kedua - Jalan- Jalan Ke Tamasek @ Singapore

Assalamualaikum w.b.t,

Hari kedua perjalanan kita di Singapore pergi ke Esplanade/ Patung/ Merlion Park. So pagi tu kita ada sedikit senaman sahaja selain mengambil gambar beramai-ramai dan acara bebas lain. Kemudian pergi shopping lagi di Mustafa Center dan juga ke Geylang. (Melihatkan Geylang tidak ubah sebiji macam lebih kurang kat Pekan Rabu Alor Setar. Sementara ' Mustafa Center' ni pula lebih kurang macam Maideen kat KL tu jerk.  Mostly barang-barang kat sini pun dari Indonesia sahaja, jadi mama tidaklah sangat shopping giler-giler, sebab terkilan dan rasa lebih baik shopping di negara kita sahaja. Sekadar beli cenderahati itu ada la sikit-sikit buat teman-teman di pejabat.

So jom kita layan gambar-gambar hari ke dua di Singapore:

 


 Bergambar beramai-ramai bersama semua ahli rombongan ' Geng Surau'.


Menikmati ice -cream setelah penat berpossing-possing.

Tengah hari kita balik semula ke rumah penginapan, mandi solat dan makan, seterusnya gerak kembali ke Malaysia. Macam-macam insident yang berlaku melibatkan Hakim, dah orang gerak barulah dia sebok nak terkucil, so terpaksa la pulak Pakcik Bus tu pusing-pusing cari 'toilet'. Sampai kat Check Point Singapore, dia plak nk terkucil lagi, dah tu terpaksalah potong 'que' orang depan, mama apa lagi berkejaranlah sambil dukung baby, mujurlah orang yang depan barisan kita tu, pun sama-sama ahli rombongan, so selamba jerk potong 'que'. 

Sampai pulak 'checkpoint Tg. Pelepas', passport ada 6 tapi orangnya cuma 5 orang, hah sudah, rupa-rupanya Hadirah sudah hilang, mama dan anak-anak mama menunggu sementara ayah berlari terus ke dalam cari Hadirah, rupanya, salah sorang abang yang jugak ahli rombongan kita sudah tarik Hadirah hampir nak masuk ke dalam bas sudah. So ayah berlari dukung Hadirah semula ke 'checkpoint'. Huh..mmg kecut perut jugaklah, dah la sekarang ni senang-senang jerk orang 'kidnap' anak-anak kecil ni. 

Semua selamat naik bus dan tidur sahaja. Singah solat di Yongpeng dan nak naik bus, Hakim tertinggal pulak jaket dia, so pergi naik balik kat tempat makan tu,...rupa-rupanya ayah dah bawa jaket tu dulu ke dalam bus, sebab sebelum tu mama masih menunggu anak-anak mama yang  belum siap makan. Sampai di Klang sekitar jam 1.00 pagi pada 12 Mac 2012, so mujurlah mama dah apply cuti awal-awal jadi bolehlah rehat-rehat sahaja di rumah. 




Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

Wednesday, March 14, 2012

Jalan - Jalan ke Temasik 9 hingga 11 Mac 2012

Assalamulaikum w.b.t,

Sudah sekian lama kami sekeluarga tidak bercuti kemana-mana. Alhamdulillah kebetulan, Geng Surau tempat kita semua mengaji ada buat rombongan Jalan-Jalan ke Temasik  aka Singapore pada 9 hingga 11 Mac 2012 yang lalu. So, kita sekeluarga ambil kesempatan tu ikut serta dalam rombongan tersebut.  So ini antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan dengan pelbagai gelagat melayan kerenah anak-anak mama.

Hari Pertama:

  Pagi- pagi hari pertama jejak ke Temasik dah menjejak kaki ke Mount Faber, Singapore antara gunung yang ada di Singapore ini.







Menunggu bas untuk naik lagi ke atas, tapi akhirnya berjalan juga hingga ke atas puncak, mujurlah anak-anak mama tak buat perangai sangat. Sampai di puncak kita semua bersarapan pagi.










Selepas bersarapan, kita turun semula  dan tidak sah la kalau tak ke Sentosa Island.....Lawat USS tapi kat luar jerklah..tak kuasa nak masuk dalam tu dengan budak-budak ni....

Coretan Perjalanan: