Wednesday, November 3, 2010

Kes Kanak-Kanak Hilang

PERHATIAN untuk yang ada anak-anak kecil, anak2 yang aktif berlari ker sana ke mari while mama and papa sebob dok shopping. So baca article di bawah ini sebagai peringatan untuk diriku jua dan rakan2 di luar sana. Sememangnya, aku pun hampir kehilangan anak ke dua aku suatu ketika dulu dah pernah diceritakan di dalam blog sebelum ini. Jadi pembacaan di bawah juga quite important for those who have children, for those will be tak untuk diri sendiri pun untuk anak-anak buah, kakak abang etc.




"Assalamu'alaikum wbth.

Semoga saudara sekalian dalam rahmat dan inayah Allah.

Saya ingin berkongsi sedikit peristiwa mencemaskan yang berlaku kepada seorang rakan saya bar-baru ini.

Pada malam Jumaat 29/10/2010, rakan saya dan isteri hampir-hampir kehilangan anak lelakinya yang berusia setahun lebih di Jaya Jusco AU3 Keramat, KL.

Menurut rakan saya ini, peristiwa berlaku sekelip mata. Anaknya berjalan sentiasa di hadapan beliau dan dalam jangkauan tangannya. Cuma ketika di kawasan pakaian, anaknya ini dengan pantas berlari masuk ke celah-celah pakaian. Rakan saya ini cuba menangkap, tetapi terlepas. Beliau kemudianb segera masuk ke celahan pakain itu mencari anaknya tetapi tidak berjumpa. 

Peristiwa ini berlaku dalam jangkaan berberapa saat sahaja. Beliau dan isterinya yang sedang sarat mengandung cuba mencari di kawasan sekitar, namun gagal. Habis semua pakaian diselak dengan bantuan beberapa orang pekerja JJ. Pihak pengawal keselamatan juga dimaklukan dan mereka mengarahkan semua pengawal mencari dan mengawal ketat kesemua pintu keluar. 

Selepas lebih kurang hampir dua jam, anaknya kemudian dijumpai di kawasan permaian kanak-kanak, keseorangan dalam  keadaan ketakutan.

Berdasarkan rakaman CCTV, anaknya itu telah dibawa ke tandas oleh seorang wanita persis warga asing (Indonesia). Wanita itu dipercayai cuba menukar pakaian atau penampilan anak rakan saya itu. Usaha itu gagal kerana tandas penuh. Beliau kemudian kelihatan cuba untuk membawa kanak-kanak itu keluar tetapi gagal kerana setiap pintu keluar telah dikawal ketat oleh pengawal. Beliau juga dilihat membawa kanak-kanak tersebut ke serata tempat di dalam JJ... mungkin cuba mencari jalan keluar.

Alhamdulillah, berkat doa dan tindakan pantas semua pihak terlibat, usaha jahat wanita itu gagal dan beliau meninggalkan kanak-kanak itu dikawan permaianan tanpa mengapa-apakannya.

Peristiwa ini benar-benar menjadi pengajaran kepada rakan saya itu, dan juga saya yang biasa melepaskan anak-anak bermain di JJ sambil berjalan-jalan... 

Semoga peristiwa ini  juga dapat menjadi pengajaran kepada kita semua agar sentiasa berusaha untuk lebih menjaga/mengawasi anak-anak,dsb, berwaspada serta bertawakal kepada Allah. Dia yang maha melindungi... Wallahu'alam.

Faris H.
SPM92"

The above story reminds me in 2001 when my frens and I pergi berbuka puasa di KLCC, memang dah somewhere in KLCC tu lar, sekali terjumpa seorang budak lelaki nangis-nangis. Mungkin kehilangan arah punca. Tanya mama & papa mana, dia gelengjerk dah tak boleh cakap dah. Lepas tu kami bawa budak tersebut ke infomation center dekat-dekat situ jerk.Memang sedih tul, kalaulah budak tu pun hilang macam manalah keadaan ibu bapa dia. Semua cerita tersebut cukup beerti untuk aku. Semoga ianya jadi iktibar untuk kita bersama forever and ever.









No comments: