Wednesday, August 20, 2008

CERITA ZAMAN KANAK-80's& 90's


Bercerita zaman kanak-kanak erm.mcm2 ragam dan pelbagai suka duka yang ada. Has lahir dan besar sekitar tahun 80's so zaman tu tau jerklah kanak2 apa yang paling best. Rasanya usia seangkatan has mesti masih ingat kan kenangan cartoon, JEM, SMURF, THUNDERCATS, KESATRIA BAJA HITAM, GABAN, MASK RIDER, WOODY WOODPECKER , CHIPMUNKS, VOLTRON, TRANSFORMERS, COMBATT, SAMURAI, MISS COMET...Paling best bila ingat kembali citer, MOERO ATTACK- cerita tentang pasukan bola tampar wanita, so ceritalah kt saper2pun yg sezaman tu, mesti akan bercerita, ponteng sekolah agama, semata2 nak tgk citer MOERO ATTACK tu...hmm memang penangannya kuat sgt...since that, minat sangat main bola tampar..hu.hu.hu

Dulu bila jerk, bulan pose(ms sekolah rendah la). sepanjang kelas tepi kaki lima tu masing2 ada group..main batu serembat(orang utara panggil 'batu selambut')he..he... mana ada internet zaman tu nak layan, abis sangat cikgu bawa gi bilik TV tengok rancangan pendidikan...hmmm kadang2 naik muak..coz asyik2 ulang citer yg sama..ha..ha...Permainan yang glamour masa zaman ni, itulah..rounders, batu serembat, congkak, palang besi, kayu tiga, tuju kasut. Main tak ingat dunia, petang tak balik2 last2 kena kejar mak bawa hanger..apa lagi lari lintang pukanglah balik umah...Hmm semua tu telah dilalui, masih terpahat di ingatan, cuti sekolah....kawan ngan orang besar2...br standart satu tapi kawan ngan org standart 5,6...suruh mak masak cakap nak pergi berkelah......padahal bawa makanan tu makan kt bawah pokok jerk ramai2...erm..sedap sket...

Then, ada satu lagi program kat sekolah tu, Minum Susu Kotak..hmm kalau dapat tu..wah.wahh rasa best sangat, then satu lagi, paling tak best, bila nurse datang sekolah, kena inject then part yg paling takut...kena 'greasing gigi'..fuhhh..itu semua yg kecut perut tu. Time tu.masing2 bawa satu kole org utara panggil bahasa buku..gayung...tp rasanya bukan gayunglah..cuma cawan plastik..yg best warna warni tu..ada merah, biru..kuning. Then duduk kt tepi longkang masing2 diajar cara gosok gigi yang betui...Part paling tak best tu lah..kena greasing gg.

Dulu ada Rancangan Makanan Tambahan(RMT)...has tak dapat makan tu, coz anak sorang and ayah pun bolehlah sederhana jerk. RMT tu bagi pada yang kurang berkemampuan dan adik beradik ramai jerk. So, has n d gang dapat makan tu, time bila tau..time hujan..so ramai budak2 tak datang sekolah..apalagi, has n d ganglah.....yang belasah RMT tu..iyerklah kan dari bazir mcm tu jerk..Lagi satu, dulu 20 sen dah boleh beli bihun sepinggan(ala pinggan pun kecik jerk). Favorite has, makan bihun campur laksa until now..erm..tak tau..rasa dia lain sket sedap sangat. Masa tu 20sen dah dapat beli bihun campur laksa tu...air cawan kecik gak..br seposen besar sket 2osen...hmm kenyanglah. Ramai kawan2 sekolah rendah yang lost contact..tp masih ada lagi yang sentiasa dihubungi, most of my friend jadi cikgu...aku jerk jadi cikge..huu..huu...erm..entahlah..satu tak minat .lagi satu coz tak da rezeki kot...Zunaidah, cikgu, Nani cikgu, Dikyah cikgu, Rafidah cikgu, Hanif accountant bank, nasrul pun accountant bank, Shah lawyer, Hisham keja kat spital...Rosharida jurutera elektrik, ruzina bussinesswomen,...hm lain-lain...zhawati, safina, mashitah, harnita, siti salmah, azroe, hasbullah, hasfazaidi, farizan, faizalsham khalid.erm..ramai lagilah.


nanti sambung lain....

2 comments:

Syarida said...

Tak sampai tahap jurutera la intan..Kita kerja biasa-biasa je. Tak sampai tahap jurutera pun...

@hasney^-^ said...

Hi3..x per aku up sket...juru lar jugak..aku apa ada...hi3. hangpa semua pandai..pandai..