Thursday, January 29, 2009

Vacation to Cameron Highland 23-25 Jan 2009



I'm back!!!! after almost a week on leave...hmm cuti-cuti Malaysia lar....hajat nak gak gi cuti ke Bandung, tp disebabkan, tak cukup masa...so cuti-cuti Malaysia jerklar dengan hubby and anak-anak. Pegi mana?..ala dekat jerk..last2 pegi Cameron Highland...Fuhh lama tul tk pegi..last has pegi after finish final xm...19.4.2001....lama tak?..kiranya dah hampir 9 tawon lar...now anak turn to two so baru dapat kesempatan pegi semula.

Kitaorang tak sewa mana2 resort or hotel, my cousin kasi free apartment dia kat sana?..so about 3 days and two night gaks la kt sana.....

Shoppin?..shoppin pun tak banyak, ada beli cenderahati wat teman2 kt opis sikit...then, beli bantal2 bentuk strawberry untuk budak2 tu..and lain2 biaasalah...shoppin tea and sayur sikit...Benih sayur pun beli gaks..he.he......ooppss lupa pulak..yang paling penting...has beli 3 pokok bunga ros then bawa balikke Sungai Petani, bagi mak jaga, mak has ni babb bunga2 mmg dia suka jaga..so bagilah dia jaga dulu..then, beli benih sayuran untuk MIL, dia pulak mmg suka tanam sayur2an and cili etc.

Tapi sekali sekala pergi ke Cameron ni mmg rasa nak pegi lagi...sejuk?..hmm tak tau nak cakaplah...pg n malam sejuk sesejuk mcm kt Genting gaks la....tp kalau siang tu kurang...hembusan bayu angin tu..sejuk mencengkam ke tulanggg.....Last time aku pegi siang hari, so rasa mcm tk sejuk sangat la....tp mujurlah...anak2 dibekalkan dengan banyak baju2 lengan panjang..kalau tak..kesian jugak..kesejukan...Kalau malam jangan cakaplah...sian kt budak...tp dowang bukannya heran sangat...tp tu lar, kita yang risau takut dowang demam......

So, 3rd day, kitaorang turun, ingat nak singgah jap kat Strawberry Farm...hmm hujan punya la lebat..nak tunggu lama-lama...risau pulak..tanah runtuh..itupun..masa kitaorang tiba..dr Kg Raja nak ke Brinchang tu pun, tanah runtuh sana sini, cuma dah dibersihkan jerk.tp kesan tanah runtuh tu mmglah..ada saja sampai ke Ringlet(kawasan teh). 3rd day tu terus turun ke Sungai Petani. Rindu betul ngan family kat sana....so dapatlah tok jah n awan melepaskan rindu ngan cucu2nya....Then, hari Rabu baru kitaorang bertolak balik ke Klang, so hari ni la aku br masuk keje...so pic ...tunggguu...will be uploaded...later.





Monday, January 19, 2009

A Million Thanks to My Lovely Hubby


My hubby just came back a few days ago. Hmm puas gaksla menunggu kt airport last Friday, jam 3 baru dia kuar, aku tiba kt airport tu early one hour lar...he..he..punyala excited nak jumpa hubby....Wei..saper tak rindu laki oiiii..dah 4 bulan pun, kami tak berjumpa anak2 pun rindu jugak, tapi disebabkan aku dah tak nak balik umah so aku gi sorang jerk la aiport tu jemput my hubby.

Ingatkan tak banyak dia membeli belah kat sana, rupa2nya satu beg besar tu..barang2 yg dibawa dari sana jerkla...baju2 untuk hani, buah2 kurma, gajus n kacang pistachio... lain lain?..itujerklah disamping barang2 lain kiriman teman2 rapatnya. For me?..hmm jangan tak percaya..tak sangka pulak...aku menerima hadiah yang istimewa sangat...sebuah notebote mini HP and handphone Nokia N79, baru tuu...ingatkan masa dia masih lagi kt o/sea dia just gurau2 jerk ngan aku, rupa2nya betul...notebook tu oklah, tapi handphone tu, aku pun dh pesan, tak yah belilah..membazir jerk, skrg phone Sony Ericson pun masih baru, baru jerk setahun setengah aku pakai...he..he..hmm rupanya dibelikan betul2. So, saper yang nk tolak, rezeki dah depan mata kan?..Grabb jerklaaaa...he..he....


Inilah mini HP notebook keciljerk saiznyer..kiranya kecil lagi lah dari diari..

Alhamdulillah, bertuah anak2 mama, masa hakim lahir mama ada phone baru juga masa tu mama dapat phone Nokia 6670, then after 2 years, ayah belikan mama Sony Ericson, baru jerk setahun setengah pakai...now anak mama coming soon, ayah belikan mama Nokia N79 pulak. Alhamdulillah, rezeki murah macam ni, tak boleh selalu membazir, pernah jugak pesan pada 'ayah' tak yah beli lar...tp itular dia..dia cakap kt sana leh dapat murah jerk...lgpun dapat elaun lebih katanya..hmm laki aku ni memanglah..kalau bab soal boros tu serah padanya lar....tp aku?.He.he..kadang2 boros gaks, borong nk mencantikkan hiasan kt umah jerk...he..he..Anyway mu lovely hubby, thank you so much, sesungguhnya pemberian ini amat bermakna sekali, dan mama akan hadiahkan padamu seorang permata hati yang tiada gantian dan tandingannya..InsyaAllah...

Pic h/phone akan diupdate kemudian.....shhhhhh





Thursday, January 8, 2009

A Gift for New Year





Yesterday, I went to clinic, wanted to confirm age of my baby inside. Ooops... this is a great new year, when I've being informed n confirmed that I was pregnant for our third child. So, Hakim and Hani will soon get a new sibling and we add more family members..Girl or boy not really sure for this time, coz it's almost 4 months. InsyaAllah, kalau seperti jangkaan dr. my third child due on 10 June 2009. If, he come early than that day, maybe will sharing with his brother hakim that birth on 8 June 2005 and hani, birth on 17 June 2007. Anyway late or early they will share with the same month, June 3 in one
.



Pic atas: masa ni usia kandungan dlm 2 months lar
This pic: Aku scan semalam kt klinik: see yang bulat tu kepalanya, then yg memanjang tu, betis baby lar..he.he..teruja ms aku tgk pic ni, baby bergerak sana bergerak sini, masa doktor tengah scan...


Sebenarnya, this time also was not planned by husband or me. Maybe dah rezeki kot, kalau ikutkan memanglah tak nak lagi untuk tempoh terdekat ni, maklumlah hani just setahun setengah jerk, dah tu, genap dia 2 years, dia akan dpt adik pulak, then hakim goin to 4 years. Hmm penatkan?..So sesiapa yang mengenali daku..tahulah bagaimana keadaan aku, ngan kesorangan disini bersama anak-anak, sementara suami jauh diseberang lautan...tup-tup pregnant pulak...Kalau fikirkan mula-mula memanglah tension sangatt bila mengenangkannya, tp nak wat cam mana, dah rezeki, Allah bagi, nanti ditolak, kalau nak pulak Dia dh tak nak bagi, masa tu mungkin kita yg akan menyesal. Lagipun, kesian jugak kat baby ni kalau aku tiada keikhlasan hati untuk menerimanya. Alhamdulillah, segalanya aku harungi dengan tenang. Hanya Allah tempatku mengadu untuk dipermudahkan segala-galanya. Inilah dugaan buat diriku sementara suami masih lagi diperantauan. Sesungguhnya anak-anak adalah penyambung segala-galanya. Merekalah peninggalan kita jua sebagai bekalan di akhirat setelah pemergian kita nanti. Hanya doa-doa anak-anak yang soleh dan solehah sahajalah yang akan sampai pada ibu bapanya di akhirat kelak.Tak guna duit setinggi gunung dan sebesar lautan kalau tidak digunakan sebaik mungkin sebagai 'sedekah jariah' pengganti doa anak-anak dan apajua kesenangan dan kesusahan semuanya adalah ujianNya semata-mata untuk menguji sejauh mana keimanan kita.



Tuesday, January 6, 2009

SEJARAH PALESTINE DAN ISRAEL

Untuk makluman semua, sejarah ini petik dr wordpress Leokid'slife, untuk tatapan dan perkongsian bersama. Link asal: http://leokid.com/sejarah-palestin/

Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.
Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.
Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.

Sejarah Awal

Kita susuri sejarah tanah Palestin tersebut, sehingga membawa kita kepada kisah Nabi Musa. Kisah inilah yang menjadi sejarah kepada terbentuknya Bani Israel. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.
Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.
Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.
Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.
Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.
Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)
Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.
Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.
Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.
Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.
Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.
Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”.
Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.
Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,
“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”
“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”
“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”
Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.
Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.
Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah.

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti - sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.
Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu - “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”
Lord Curzon menjawab - “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam.
Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.
3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.
Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.
Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama - Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.
Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 - sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.
Di mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.
Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.
Fikir-fikirkan.