Tuesday, February 17, 2009

Kiniku Hanya Bertemankan Permata Hati.

Semalam, setelah sebulan bercuti, suami ku kembali semula ke Jeddah untuk menyambung tugasnya yang belum selesai. Bermula detik itu aku kini hanya bertemankan anak-anak pengubat kerinduan dan kesunyian tatkala hubby jauh dari pandangan mata. Hani, masih tidak mengerti apa-apa, namun Hakim mengiringi kepulangan ayahnya dengan airmata. Sebelum hubby check in, dia hantar kami anak beranak and father n mother in law hantar ke kereta semula. Bila hakim tengok jerk ayah dia tk masuk ke dalam kereta, mulalah dia meraung2. Hmm biasalah aku hanya mampu memujuk..'ayah work ok, nanti ayah balik semula la' pujuk aku. Alhamdulillah, sampai dipertengahan jalan akhirnya dia terlelap sampai ke rumah, mana tidaknya, jam waktu itu menunjukan 12.30 t.malam. So hampir jam 1.30 pagi. kitaorang tiba di rumah.

Aku meraung????..hmm takkanlah nak guling2 bagilah hakim sorangjerkyang meraung-raung. Aku, mungkin meraung pada sekelumit hati ini, rasa sungguh berat untuk melepaskan insan tersayang pergi, lebih-lebih lagi ada sesuati yang berlaku dalam hidup kami sebelum ini. Namun apakandaya, demi tuntutan tugasan suami yang belum selesai, aku menggagahi diri untuk melepaskan hubby pergi walaupun dalam hati berkata'janganlah pergi'. Hubby juga ada memujukku, bahawa dia akan pulang semula ke sini dalam bulan Mei ini, sebelum kehadiran cahaya mata kami yang ketiga.

Sayangku, ketahuilah bahawa betapa ayang menyayangi dan menyintaimu sepenuh hati, tiada satu apapun di dunia ini yang dapat menandingi kasihku padamu walaupun ku tahu bahawa kasih pada Illahi itu adalah kasih yang sejati, namun izinkan aku yang hanya pinjaman didunia ini untuk mengasihimu sepanjang hayat dan andai diizinkanNya semoga di akhirat kelak kita akan bersatu lagi.

3 comments:

D'Qis Ent said...

salam... cutela permata hati tu... :) jom singgah blog saya nk

@hasney^-^ said...

hi..D'qis..so leh exchange link..

dakgilachoc said...

sabar kak...insyaAllah tak lama tu...maybe ada rezeki dia kat malaysia nti..24jam dpt bersama..hehe..