Thursday, April 16, 2009

HAPPY BESDAY..HAPPY BESDAY..HAPPY BESDAY..










Hmm pejam celik pejam celik..hari ni...dah mencecah angka 30's hasneyy oii.....begitu pantas berlalu..erk...kejap jerk.....begitulah juga makin angka meningkat tu bermakna makin pendeklah umur kiter....Ya, Allah Ya Tuhanku. Aku bersyukur di atas nikmat kesihatan yang kau berikan. Limpahkanlah aku pula dengan pelbagai kekayaan, kaya anak-anak yang soleh dan solehah, dan kaya dari segi budi bahasa. Namun janganlah engkau terlalu melimpahkanku dengan kemewahan dunia, sesungguhnya kadang-kadang ianya adalah ujian besar untuk hambaMu ini dan janganlah Engkau lalaikan aku di atas segala nimat yang kau berikan. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala onak dan duri kehidupan.


Alhamdulillah, di hari istimewa ini juga, aku akan menyambut kepulangan suami tercinta, alhamdulillah, kontraknyer di Arab Saudi sudah tamat. InsyaAllah, namun andainya ditakdirkan rezeki kami lagi di Tanah Haram itu kau perkenankanlah..Amin..

Esok, aku akan bercuti, dan pulang ke Segamat untuk menjemput Hakim. Hmm rindu tak tertanggung rasanya pada putera sorang ni, walaupun banyak ragam dan kerenah dalam melayani kehendaknya, namun kadang-kadang berjauhan macam ni, rindu-rinduanlaa pulak..Okey sayang...wait for me..

7 comments:

~ KAK RAQYN ~ said...

Happy Besday.. Semoga selamat dlm segala keadaan ok..

Mrs Azuhaizat said...

Happy Birthday and welcome to the 30's club..hi..hi. Semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia dunia akhirat..

Y@ZeD@ said...

Happy birhday kak has...

======= said...

huhuhuhu.. next year 30 will be mine.. hehehehhehehe..
selamat hari jadi n dimurahkan rezeki

Unknown said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

@hasney^-^ said...

Salam semua,

Syukran..syukran di atas besday wishes, sorry hari ni baru line clear after almost 4 days bercuti.he..he.cuti2 suka2 jerk...sempena sambut kepulangan suami tercinta.

@hasney^-^ said...

Anak Pendang- Syukran dan terima kasih di atas kunjungan anda. InsyaAllah ana exchange link nanti..