Wednesday, August 11, 2010

Hari Pertama Puasa Ramadhan 1431H

Petang semalam dan pagi tadi punyer cerita. Balik dari office semalam dah dekat 5.30 lebih, so suruh my hasben drop me kat SSW..SSW tu pasar raya mini market lar lebih kurang cam tu lar. Maklumlah barang2 basah n kering dah kurang, so singgah la kejap, sementara dia balik ghumah solat dulu, coz belum solat. Mak aiii ramai tul orang, nak timbang ikan, sayur beratur punyalah panjang, then que nk bayar pun lagilah panjang, kaunter byk tp yg jaga sorang jerk mana nak isi brg dalam beg platic lagi...hmm..hmm..aku pun tunggu jerklah, akak kt depan aku ni punyalah beli banyak tul...gamaknya stok sebulankot..hi2..aku beli brg2 basah sikit jerk, kang beli byk2 tak termasak pun, kang membazir cam tu jerk.

Lepas balik dr SSW tu, hasben pun datang ambil, ingatkan dia gi amik budak-budak dulu, rupanya belum...then terus gi amik budak2 pulak...sampai ghumah dah dekat 6.30 lebih. Aku apalagi singsing baju sampai ke lengan terus masuk dapur.

Around 7.30 pm, baru selesai masak simple jerk, sayur kangkung, masak lemak cili api ikan tenggiri with belimbing buluh, ikan goreng. Dah..itu saja, masak banyak2 kami 4 perut jerk nk makan byk tak abis pulak kang membazir lagi. Ada lah lebihan masak lemak tu aku ngan hasben makan sahur. Lepas makan dan selesai solat, mengadap pula kain baju yang lum basuh, basuh dulu sok pepagi sidaii Sementara hasben gi tarawikh kat surau, aku tarawikh jerk sorang2 kat ghumah, dah ada anak2 kecik cam ni lah, susah nak gi berjemaah ramai2 orang, sorang melalak, sorang menjerit..betul2 mengganggu kekushukkan orang lain. Jadi hasben pun surh aku terawikh jek kat ghumah. Jam 10.30 mlm nk tidor, tp tk leh lelap plak..last2 ntah jam bapa aku tidur.

Alhamdulillah, jam 4.30 pg tadi aku dah bangun, panaskan nasi, lauk, goreng ikan masin sikit ngan sayur kobis dan kurma juga. Itujerk rezeki kami berdua pagi tadi. Syukur sangat-sangat. Rezeki kami memanglah tidak semewah mana, cukup sekadar untuk mengeyangkkan perut. Selesai makan, tugasku belum lagi selesai, selepas basuh semua pinggan mangkuk. Aku seterusnya masak pulak bekalan untuk anak-anakku2. Bekalan mereka hari ni, sup kentang campur fuchuk dan sooun, ikan masak lemak sikit, nasi putih dan bubur ikan untuk Hadirah itu jerk yg aku sempat masak. Dah selesai masak jemur pula baju yang basuh semalam dan ion baju nk gi kheje hari ni...Hmm semangat tul hari ni nak gi kheje. Selesai siapkan baju2 diorang dan bekalan dalam beg 7.30 am dah sampai rumah pengasuh, seterus aku ngan hasben gerak ke opis......Hmmm terpikir ntah apa citer petang nih nak masak. Biarlah simple dan alakadar, dari membazir dan membuang amalan syaitan itu. Hu3...



2 comments:

Diarihatiku1976 said...

wah.. bestnya lauk.. mlm ni nak buat gak ler.. ahakss

@hasney^-^ said...

hi...hmm simple2 jerk nih....ada budak2 kecik tk leh msk pedas sgt..