Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Skuad Harimau Muda-Sea Games 2011

Assalamualaikum w.b.t

Ucapan Tahniah buat skuad Harimau Muda 2011 pada sukan Sea 2011 di Indonesia, buat dua tahun berturut-turut memenangi 'ibu' segala pingat bagi acara bola sepak membaham skuad Garuda (Indonesia) dengan kemenangan Penalti 4-3 ( Setelah terikat 1-1 sama pada game penentuan tersebut).

Walaupun mama tidak menyaksikan sangat game semalam( kerana menghadiri kelas di surau) tapi sekurang-kurangnya gembira dengan pencapaian sukan bola sepak negara yang menyumbangkan pingat ke 59 buat Kontingen Negara.  Syabas Harimau Muda, sekaligus melenyapkan keegoan seluruh pelosok rakyat Indonesia yang  segelintirnya sombong dan egois dan tiada semangat kesukanan. Ia juga menunjukkan, bahwanya kita bukan 'maling' ya, tapi itu sudah ketentuan Illahi yang pingat itu hanya untuk skuad Harimau Muda dan hadiah buat rakyat Malaysia.



Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

1 comment:

Dalila Hamid said...

pemain indon siap dok baca jampi mentera kemain... at last kalah jugak....smlm tgok smpai terloncat2..hhee