Semalam, 1 Dis 2010, mama dan tiga orang pegawai Bahagian mama ni, ke Batu Gajah, Gopeng Perak, kerana melawat salah sorang officer kematian ayahandanya. Itupun dah bertolak hampir jam 11.00 pagi dari pejabat. Mulanya, nak ambil kereta pejabat, sekali driver pula tak ada kerana bawa kakitangan lain ke Menara KL, at last, drivernya officer mama kat opis ni jerk.
Sampai kat R & R, Tapah kami rehat dan solat dulu, baru teruskan perjalanan, tak der la sesat mana, cuma ikut jerk arah signboard Batu Gajah, melalui Kelly's Castle aje. Sampai memang jenazah sudah pun dikebumikan sekitar jam 11.00 pagi tadi. Mama terus jumpa dengan Cik Hafizah, memang mama agak rapat dengan dia di pejabat, mama dan dia sama-sama berpelukkan, tapi mama pun control tak nk nangis depan dia, padahal mama ni mudah sgt jatuh air mata, tapi tak nak tengok dia menangis mama pun cuba control sehabisnya, tapi hampir2 jugak menitis bila dia ceritakan bagaimana kembalinya ayahandanya dalam sekelipan, tak sampai satu minggu ayahandanya sakit akibat tekanan darah tinggi melampau dan darah beku di kepala.
Kami semua tak lama di situ lebih kurang 45minit saja. Sekitar jam 3.45 ptg bertolak semula ke Klang ni, perjalanan balik agak mencabar sebab hujan turun dengan lebat, sepanjang perjalanan ada dua tiga kemalangan terbabas dan tersondol, tapi rasanya tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Sampai Klang, mama minta En. Hafisol turunkan mama dekat dengan Petronas kemudian kita semua ke JJ pula....ada sesuatu di sini...........
Coretan:
No comments:
Post a Comment