Semalam Selasa petang aku bertolak ke SP, ada tok sedara meninggal di usia 89 tahun. Dengan keadaan aku mcam ni balik..mmg penatlah sesangat, dah lar dua2 tu lasak...Mujur dapat mc, so hari khamis br aku bertolak semula ke Klang. Hari ni baru masuk keje semula..Dalam bulan ni jugak, dah 2 kematian ahli keluarga terdekat kami. Semoga mereka ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.Amin.
Friday, November 28, 2008
Friday, November 21, 2008
Ulam-Ulaman
Hari ini, kita akan diperkenalkan dengan ulam-ulalman, yang kini ada diantaranya sukar lagi untuk kita mendapatkannya. Antara ulam-ulaman ini juga adalah salah satu daripada kegemaran has. Has memang kaki ulam, tak sahlah kalau makan nasi tak berulam, paling tidak pun, berulamkan...timun dengan sambal belacan.
**********************
'Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya"
So, apa motifnya has letakkan..Menara Rebung TM ni?..Ha...ha..kan menara ini diambil sempena corak pokok Rebung?..Selalu jugak kita dengar pepatah. Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. Maksudnya, kalau nak mengajar atau memberi pengajaran sesuatu biarlah dari muda, kalau dah tua dah tak berguna...susah hendak dibentuk lagi...Sama juga seperti buluh, masa dari rebung senang untuk dibentukkan?, tapi bila sudah menjadi buluh......sukar sekali hendak membentuk...Rebung adalah dari species buluh jugak..buluh hutan.Ianya tumbuh tepi-tepian sungai.....Tapi pernah ke tengok pokok rebung bagaimana rupa? Selalu kita tengok yang sudah diproses atau yang sudah dimasakkan?..Masak Lemak Rebung dengan Perut, Masak Lemak Rebung dan Ayam,Gulai Rebung dengan Daging...Kerabu Rebung...Hmm macam-macam lagi...
Menara Rebung Telekom
Inilah rupanya Rebung
Masak Lemak Rebung
Tentu pernah makan Sambal Petai dengan Ikan Bilis, Sambal Petai Udang. Haa tapi mcm mana rupa pokok petai?...Inilah rupa pokok petai..pokoknya tinggi. Petai pun ada banyak jenis petai... Hmm memang sodap sekali kalau dibuat Sambal. Selain dijadikan ulam samada mentah atau rebus, petai jugak kalau dibuat jeruk tu rasa dan baunya kurang sikitlah...Makan memang sedapp..tapi baunya yang taktahan tuuu..
Jeruk Petai
##################
Haaa...rasanya ramai yang belum pernah or menikmati buah ini..Buah apakah ini?.Ianya dipanggil Buah Kerdas ataupun sebelah utara memanggilnya Buah Genuak. Rasa buah ni sedap dan lemak. Memang sedap makan, tapi baunya tak tahannn..kuat sangat...bau..kuat baunya dari bau buah Jering dan buah Petai.....Pucuk bewarna hijau muda dan ada juga yang berwarna purle2 sikit dan ianya juga sedap dibuat ulam and normally buah ni makan sebagai ulam sahaja.....Hmm lama jugak ni.tak makan..
Ini bentuk buahnya yang belum dikupas kulit
Ini buah yang dah tua dan tunggu masa untuk bercambah. Buah ni..kalau dicampak ke tanah pun senang hidup.
Ini dah mula nak bercambah
#####################
Apa benda ini?.....Ha..ha..pernah dengar pepatah 'Tangkal Jering'?....Tangkal Jering, means liat or kedekutlarrr....Sebab apa dipanggil tangkal jering, sebabnya ialah..pokok or dahan tangkal jering itu sendiri memang liat dan sukar untuk dipatahkan. Maka, wujudlah pepatah Tangkal Jering yang membawa maksud yang lebih kurang dengan kejadian tankal jering itu sendiri.
Ini buah jering yang berlum berisi...kiranya masih baru-baru berbuahlarr...
Ini buahnya yang dah agak nak tua dan nak bercambah, see, kulitnya yang dah terbuka sendiri. Kalau ianya masih muda, buahnya akan terjojol dr dalam kulit dan untuk mengeluarkannya memang agak sukar perlu menggunakan pisau...dan isinya bewarna hijau-kuning muda-muda gitu. Buah jering ni, sedap kalau di buat ulam cicah dengan sambal belacan. Ada jering yang dah agak tua, diketuk dan direbus kemudian dimasak sambal dengan ikan kering...Hmm rasa pun boleh sedang jugak....
Ada juga dikalangan orang di sebelah Pantai Timur, menjadikan buah jering ni sebagai sumber rezeki. Iaitu menjual Jering Rebus. So far, has pun belum merasai bagaimana rasa jering rebus yang dimakan bersama kelapa....
################
Sebelah utara, ada yang panggil terung pipit ada juga yang panggil terung belanda. Dua-dua adalah sama sahaja, nama yang berbeza. Normally orang buat Sambal dengan Ikan Bilis atau dengan Udang. Fuhhh sedap tu......Tapi kalau direbus atau dibakar pun sedap untuk dijadikan ulam. Inilah antara ulam yang paling digemari. Biasanya pokok ni akan tumbuh sendiri, kadang-kadang buahnya dimakan burung dan burung menjadi agen penyebar utama pokok terung ni. So, disebabkan memang my favorite, kat kg MIL before ni diorang memang takpernah makan, sekali has masak kan sambal dengan udang, hmm tak cukup, so kat kg pun dah banyak, tak tanam tumbuh sendiri....so last week MIL balik kg, semalam dia dah balik bawakan...satu beg plastic terung ni...Hmm bolehlah masak sambal lepas nih....
Terung Pipit
Sambal Terung Pipit dengan Udang
##################
Dalam banyak ulam-ulaman, pokok Ubi Kayulah banyak sekali khasiat dan kelebihan-kelebihanya, dari pucuk hinggalah ke akar umbinya. Pernah tak anda menikmati, pucuk ubi kayu masak lemak atau ulaman, talam ubi kayu, ubi kayu rebus, bingka ubi kayu?...Tentu pernah kan?..Pucuk ubi kayu kalau kita nak buat ulam, hanya perlu rebus dan masukkan sedikit garam dan minyak, kemudian pucuk tadi bolehlah dimakan atau dicicah dengan air asam sebagai ulam. Seperti yang kita ketahui, zaman dulu-dulu, zaman perang dunia pertama dan kedua, atok-atok pastikan bercerita, makanan orang zaman dulu kala, inilah...Pokok ubi kayu ni.....Alhamdulillah, sekarang pun kita masih dapat menikmati kelebihan dari pokok ubi kayu ini.
Pokok Ubi Kayu
Bingka Ubi Kayu
Ubi Kayu Goreng...hmms sedap..inilah..funfries chip Malaysia...he..he.
Talam Ubi Kayu
Lemak Pucuk Ubi Kayu
################
Ini namanya Pucuk Putat, normally buat ulam sajala. Rasanya..kelat-kelat lemak sikit...Haa..makan dengan ikan rebus cicah air asam pun sedap jugak...
##################
Jus Mengkudu..tentu ramai yang tahukan apa khasiat Jus Mengkudu?..Sekarang dah banyak kat Pasaran. Jus mengkudu dihasilkan daripada buahnya, haaa..kat bawah ni lar, buah mengkudu. Tapi pernahkah anda menikmati 'Pucuk Mengkudu'?...Haaa.pucuk mengkudu ni, direbus dan letak sedikit garam nanti warna hijau tu akan bertukar jadi hitam. Kalau dimasak, gulai lemak campur ikan bilis fuhh..sedap sangat. Tapi sebelum tu, pucuk tadi dipotong halus kemudian direbus dah agak empuk, toskan. Ambil daun-daun yang direbus tadi masukan dalam gulai lemak yang dah siap ditumis bersama-sama ikan bilis tadi...hmm lama jugak tak makan nih...
Bunga apa ini?..Haa..haa.selama ini, mungkin ada yang hanya makan buah Betik, tapi bunga betik pun tak tahu bagaimana rupakan?...So, adakah boleh dibuat sebagai ulaman jugak?...Yea, bunga betik ni....kita rebus sekali tangkal2nya dan masukkan sedikit garam, rebus agak-agak empuk..tos lar...then buat sambal belacan atau dicicah dengan air asam pun sedap jugak. Rasanya, lemak-lemak pahit sikit...Tp kalau tak cuba tak tahu kan?
Apakah ini?.Inilah rupa 'Jantung Pisang'. Ini pun boleh dibuat ulam. Sedap jugak. Cuma perlu rebus dan kemudian makan dengan sambal belacanla...waaaa sedap tu.lama jugak tak makan nih...Tapi ada juga yang buat jantung pisang ni sebagai pencuk...Pencuk tu apa?..Lebih kurang macam kerabu lar, tapi ianya tak dimasak...mentah2lar.....Jantung pisang ni, buat kerabu dengan Kerang pun sedap jugakkk..
##################
Makan Peria tak?....Peria yang besar tu.digoreng berlada campur udang pun sodappp...then Peria yang kecik2 tu ada panggil Peria Katak....sedap direbus dan dibuat ulam, tapi kalau tak rebus pun sedap jugakk..makan mentah-mentah ....Biasanya orang-orang dalam berpantang, itulah ulam-ulamannyee..he.he...
Pernah Menikmati Ulam Raja?....Haaa. saper penggemar Ulam Raja tentu suka kan?..Tapi bagaimana rupanya.........?
Wednesday, November 19, 2008
Buahan Tropikal 2-
Sorong Papan Tarik Papan
Buah Keranji Didalam Perahu
Suruh Makan Dia Makan
Suruh Mengaji Dia Tak Mahu..
Pernah mendengar pantun empat kerat ini?...Pasti pernah dengar kan?..Jadi pernah merasai buah Keranji?..Haaaa..jangan cakap buah keranji itu hanya dalam pantun rakyat sahaja. Sebenarnya buah keranji itu, wujud, ianya adalah buah hutan yang kulitnya berbaldu warna hitam dan isinya warna coklat. Rasa?..Yea, rasanya masam-masam manis..makan sikit pasti nak lagii.....Jadi kat bawah ni la..buahnya......
***************************
This is another my favorite frutis nowadays....Dragon Fruit or in Malay 'Buah Naga'. Act. Buah Naga ni, hanya bewarna merah namun ada isi di dalamnya juga bewarna merah dan ada juga yang bewarna putih. Until now, has pun tak dapat nakmembezakan yang mana merah yang mana isi putih...Nanti kita tanyakan..pengusaha ladang Dragon Fruit dulu..yerrkk.... Pokok ini subur di lerengk2 bukit-bukit, so far kalau has balik ke Johor rumah MIL banyak di sekitar perjalanan pulang ke sana....Tumbuhan ini mudah subur dan berbungan cuma bila musim hujan ianya tak dapatlah dan produce bunganya, jadi bila musim hujan, buahnya pun kurangla.....Apapun..memang sedapp.kalau makan yang isi warna merah..nanti jari jemari..bibir semua akan kemerah-merahan macam pewarna...he.he..
Ini pula ladang dan pokok Dragon Fruit
****************************
Buah Mata Kucing
Buah Longan
Normally, buah Longan or scientific name it was called Dimocarpus Longan. Bentuk fizikal dan rasa sama seperti buah Mata Kucing, cuma yang membezakan buah longan dengan buah matakucing ni ialah saiz sahaja, yang mana buah mata kucing lebih kecil berbanding buah longan yang besar dan isi yang padat. Waa..this is my favorite fruits, lagipun senang nak dapat..selalu jerk ada tengokkkk
*******************************
Pernah menikmati buah Cermai?...Haa..buah cermai ni...rasanya masam jugak...sesuai untuk colek2 and jeruk lar. So saper penggemar asam-asam pasti menyukainya.
*******************************
Buah apa ni, sekali imbas macam buah rambutann...tapi isinya sedikit teball..
Aha, inilah buah Pulasan, sebab apa dipanggil pulasan, coz kalau nak makan kita perlu hanya memulas saja maka dapatlah menikmati isinya yang putih dan manis itu. Rasa, bentuk dan rupa nak seakan-akan rambutan, cuma yang membezakannya dengan rambutan ialah, Pulasan ni, kulitnya tebal dan berbulu kasar2 sedangkan kulit rambutan kan nipis dan berbulu halus..dan isinya juga tebal, rasanya saja lebih kurang sama..maniss sekaliii..
Lihat kulitnya yang sedikit tebal dari rambutan..
**************************
Buah apakah ini?...Aha..ini lah bentuk buah Asam Keping / Gelugur named saintific nyer..Garcinia Atroviridis Griff.nak sebut pun berbelit2lah lidahhh....Ini bentul asal sebelum diprosen untuk dijadikan asam keping/gelugur untuk masakan kita...actually ni pun dalam kategory herbs la..tp sebab ianya 'buah' so has letak la sekali dengan buahan kt sini...cuma nak membezakan antara Asam Jawa dan Asam Gelugur....Act. Asam Gelugur/Keping ni pun daun-daun nyer juga masam dan turut digunakan(pucuk2nyala) untuk masakan juga.
So, inilah hasilnya setelah dijemur dan boleh digunakan untuk masakan kita.
**************************
Zaman sekarang, teknologi semakin maju. Nak dapatkan asam jawa, tanpa biji pun sudah senang, apalagi dengan adanya teknology keluaran Adabi lar....Sampaikan husband has pun angkut bawa balik ke Saudi hari tu...sangat senang kan?...Tapi rasanya ramai yang tak tahu..bagaimanakah rupa sebenar Asam Jawa ni...Jadi mari kita..lihat..siapa yang kenaaaa.....
Asam Jawa Adabi
Ha..ini pulak rupa pokoknya berdaun kecil-kecil, daun ni pun rasanya masam jugak. Kalau asam jawa ni yang masih muda isinya akan kelihatan padat sekali bewarna hijau dan rasanya tentulah maasam sangat...boleh gaks nak wat colek-colek..he..he..
**************************
Buah Jentik
Buah apakah ini?...Wahh..isinya merah menyala...hmm terliur sekali kan?..Aha..inilah buah 'Jentik-Jentik'. Kenapa dinamakan jentik-jentik?...Haaa..nakmakan buah ni kena ada dan tahu teknik dia....so untuk mengeluarkan isi yangkemerah-merahan ini..kita hanya perlu menjetik saja ke buah berkenaan dan hasilnya..itulah..isinya yang merah-merah. Rasa?...Rasanya ..masam-masam manis...
**************************
Buah apa biji di luar?..Jawapannya...sebentarrr laggii...Tapi ini apa?..ini daunnyer...
Buah Gajus or Cashew.....see..inilah rupanya buah gajus. Yang merah ni kalau dah masak, ada juga bila masak warna kuning. Rasanya manis. Selalu dibuat masak lemak, masukkan buah gajus ni...ffuhhhh..sedap sangat....manis2 gitu...Tapi awas pada bijinya, kerana getahnya bisa merengsakan kulit...kalau orang yang kulit sensitipla....Dulu kecik-kecik ni, selalu kutip biji buah gajus dan bakar hingga kulit biji gajus ni memang terbakarlah...caranya letakkan biji2 gajus tadi diatas atap zink yang dah tak pakai...kemudian bawah kita nyalakanlah api..so biarlah biji ni membakar..meletik-letik or meletup-letup sehingga kering, dan kulit biji gajus ni jadi macam arang..so hasilnya kita dapatlah cashew yang kat pasar raya jerk tu, tapi kaedah manufactured tak taula pulak macam mana....
Subscribe to:
Posts (Atom)