Wednesday, November 19, 2008

Buah-Buahan Tropical

Kita semua tahu, Malaysia mempunyai or kaya dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan kaya dengan pelbagai jenis buah-buah tropika. Kalau kita sebut betik, rambutan, manggis, durian semua pasti mengenali....tp andainya kita sebut buah remia(bhs utara) or means Kundang, Rambai, Buah Rotan, Buah Salak, Buah Nipah, Buah Setoi (bhg utara) or means buah Setol, Buah Kuinin, Buah Bacang. Rasanya rata-rata remaja zaman sekrang apatahlagi anak-anak kita yang lahir di zaman Milleniuem ni pasti rasa pelik apakah semua jenis-jenis buah tu..Terlalu sukar sekali untuk kita mendapatkan buah-buah tersebut di zaman ini.


******************************
Waaa..so wierd, buah apa ni?..Ini buah nipah. Mungkin ada yang tahu....or kenal Buah Nipah...tapi ada tak yang tahu Nira Nipah?..Jomm..kita tengok macam mana diorang ambil Nira..



Buah nipah ni, kulitnya keras dan bersabut jadi nak mendapatkan isinya kat dalam tu..kenalah pakai Parang....bila dibelah dapatlah isinya yang warna putih jernih rasa seakan-akan isi kelapa tapi lagi manis dari isi kelapa..erm..sedappp..lama tak rasa...Has ada sejarah hitam tatkala utk menikmati buah ni, masa tu umur dalam 10-11 tahun la, dengan cousin, has guna parang besar gaks la tak padan ngan badan has yg kecik masa tu...bila jerk hentak ke buah nipah ni..terus terkena jariii..alamakkk..mujurr tak putus.cuma terkena isi kat ibu jari..so terkopaklaa..darah apalagi...mencurah2.....apalagi..terus tak jadi makan..lari naik atas umah....atok..atok..tangan kakak berdarahhh..hmm ingat lagi masa tu atok letakkan apa tau....kopi + gula..katanya nk hentikan darah.........so dah darah henti barulah letakkan minyak gamat..tak pergi klinik punn..tapi baik sendirilah.sekarang parutpun masih ada lagiii...Lepas tu hasrat nak makan dah terbantut....mujur atok tolong belah kulitnya..dapatlah juga nikmatinya...


Ha, inilah caranya untuk mendapatkan Nira Nipah, lihat, botol diikat pada pangkal batang buah Nipah itu, potong sedikit pada pangkalnyer tu..jadi Nira tadi akan mengalir ke dalam botol tersebut. Rasanya manisss..tapi kalau dibiarkan lama-lama akan jadi masammm




**********************************



Buah Remia (Kundang)


Ada sesetengah masyarakat di sebelah utara panggil ni buah Remia he..he..So sebelah Selatan pulak memanggil buah Kundang. Buah ni amatlah masam jugak,kalau masih muda dan bewarna hijau, tapi kalau sudah kuning keemasan tu rasa masamnya kuranglah...Normally..orang yang suka 'menyicah' amat menggemari buah ni. Bijinya kat dalam color purple2, then kalau tergigit.kelat rasanya, nak tahu rasa kelat macam mana...cubalah gigit..he..he..

Ini pun species buah Kundang jugak, tapi sebelah utara kalau tak silap panggil buah Staq..bunyi kt ujung tu dengung sikitt...he..he...rasanya sama jerk..manis dan masam, tapi....awas kalau makan banyak nanti getahnyer tu..rasa melekit2 kat lelangit..he.he..

************************


Buah bacang


Buah bacang, ni sedap juga rasanya, manis dan masam-masam. Sedappp sangat kalau dibuat sambal belacan kemudian hirisan buah bacangni ditumbuk sekali, fuuhhh...boleh habis berpinggan2 nasik nih...


**************************


Buah Kelubi

Adakah anda pernah menikmati buah kelubi? dan tahukah bagaimana sebenar rupanya?.Selalu kita cuma hanya mengenali buah kelubi yang dah siap dijerukkan di pasar-pasar raya kan?..Jadi hari ini, has ingin berkongsi semua untuk mengenali buah Kelubi dengan lebih dekat. 16 tahun yang lalu buah Kelubi, kat kg has, bapa saudara memang buat bisness jeruk kelubi, berbalang-balang dan bertong-tong kelubi, orang kampung dan termasuk has balik sekolah ambil upah mengopek(kupas) kulit buah kelubi ni....Hmm bukan senang, salah kupas, mahu terluka jari, kulit dia pun agak tajamlah jugak. Tapi di sebelah utara memang kaya dengan buah-buahan ini, rasanya amatttlah maasam sangat, so saper yang minat nak 'menyicah' orang utara ckp means 'colet-colet' lar....Selain di buat jeruk.

Ini rupa isinya, dan mempunyai biji yang keras(kalau tua) dan lembut (kalau muda) yang bewarna putih.

Ini pulak, batang pokok kelubi tadi, tengok berduri2kan?..So kalau nak ambil pun memang banyak risiko lah, kadang-kadang tebuan pun suka bersarang pada dahan or daun2 pokok kelubi ni....


*********************

Buah Nona


Normally, kita selalu dengar orang cakap..Nona manis...ha..itulah...actualy, Buah Nona ni rasanya memang lemak-lemak manis gitu...sekarang mana nak dapat...susah jugakkan?


*************************

Biskut Buah Rotan

Aha, ini biskut buah rotan, jangan fikir biskut ni dinamakan biskut buah rotan disebabkan dihasilkan dari isi2 buah rotan tadi, tidak sebenarnya, ianya diambil sempena bentuknya seakan-akan buah rotan.



Buah Rotan

Inilah rupa buah rotan, selalu kita makan, biskut buah rotan jerk kan dan tengok hasil2 rotan yang dijadikan perabot, sebenarnya, rotan ni sama species di dalam hutan belantara yang berduri, kulitnya sama seperti kulit buah Salak dan Buah Kelubi. Rasa buah ni, kelat dan masam manis...sedap gakla kalau makan byk2...makan sikit takpuas, coz isinya kecil2 sangat......tapi sekarang, jangan mimpilah nak dapat kan?.




Buah Rambai- Buahnya rasa masam-masam manis


************************



Buah Salak


Buah Salak, inilah isinya setelah dikupas kulitnya, rasanya ada manis, kelat dan juga masam..tp enak sangat....

Salak- Jenis lain...




No comments: