Tuesday, August 25, 2009

Awal2 Pose dah MC

Hampess tu..awal2 pose gastric dah melanda aku...dah lama tk melanda ..ni dia datang balik..tup2 ..ubat standby pun dah abis..farmasi pulak tutup..(Ahad)..so out of stock....Last2 nak tak nak aku gi klinik swasta jerk..dapatlah MC..coz dr yg merawat aku tu dah tau..mmg dah dalam rekod dier....tapi kalau gi klinik krajaan..lagilah hampessss...rasanya kalau dah nak mampusss pun belum tentu lagi leh dpt MC tu...itulah sebabnyer..aku boikot sket nak gi klinik kerajaan ni...dah ler ramai nak mampus..servis pun hmm tau2 jerklah..malas nak citer jerk....(itulah, dah tau tk cukup kakitangan naper laaa tk amik org keje ramai2 erk...padahal..kat luar nun beriban2 dok cari keje)...hmm mcam-macam laaa...

Tapi alhamdulillahla, mujurlah aku leh tahan pose..kalau tak..kena pecah gak pose....adusss..itu yg paling tak best tu....
Hari ni masuk opis, bos plak tak der...dia pun tak sihat..demam2 aku tengok..hopefully he's getting well..camner tu..nak gi London lepas ni 2 weeks plak tu..anak dia Konvo...

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan al Mubarak


Alhamdulillah, tahun ini kita antara yang masih bertuah di alam fana ini, diketemukan sekali lagi dengan bulan segala bulan, iaitu bulan seribu rahmat buat semua. Pasti semuanya akan berlumba-lumba di bulan ini mencari keberkatan dan keredhaan Yang Esa. InsyaAllah, esok kita akan mula berpuasa, pagi esok juga mulalah untuk kita bersahur. Masih terpikir2 lagi apa yang nak dimasak untuk aku dan suami, hakim for sure tak bangun nyer, tapi kadang2 dia bangun jugak, takperlah nanti besar sikit mama ajarkan Hakim puasa yerk....

So, kepada kengkawan semua, Salam Ramadhan, mohon maaf dan silap sekiranya, ada coretan2 yang mengguris dan terhiris perasaan. Kepada kengkawan di perantauan tu, yang dah start berpuasa hari ini, selamat berbuka puasa lah petang nanti yerk.....

Oklah..love you all....ummmwaaahhh..

-hasney-

Wednesday, August 19, 2009

DIARI SEORANG LELAKI

Please read this, i got it from forwarded email. It's your husband in this category?..Think about it...But. I think this is really interesting diary especially for all husband out there...
So, kepada sang suami seperti ini, terima kasihlah di atas penghargaan anda..Sesungguhnya kami wanita amatlah berharga buat kalian....Itulah sebabnya..Syurga Itu Di Bawah Telapak Kaki Ibu...

DIARI SEORANG LELAKI

Teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi
hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak
berambil,anak- anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang
camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak
bermandi,;;; masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang
tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi
tiada jawapan masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak
berbasuh,periuk tidak bercuci.
mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk
ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam .lelaki
itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat
isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak sakit
ke?"..tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas "kenapa
teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil
meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas
isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg
mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah
tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering
menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya
merungut kepenatan kadang-kadang. .....NAH, HARI INI SAYA TIDAK
MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......


"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek
atau mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia
akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

Best baca sampai abis!!!. It's true. To share..Dari Ilham seorang lelaki..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik
porak peranda. Memang
true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu
pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at
times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madam takde kat rumah,
alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh
belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal.
Pendek kata,FreeeDoMmmmmla h!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's
Gone",aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk,
no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and
that, no one to criticise. Everything will be smooth.... Tapi, masuk
hari ketiga, I felt something is missing.. Lebih-lebih
lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak
carik yang baru.. Colgate gigi dah abis,tak tahu kat mana dia stock
up. Air suam dah abis, malas nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula
terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun,wajahnya yang
dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati.
Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang
ikhlas,forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu
mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun
jadik tak best.

Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel
jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry
basket dah makin bertimbun ngan baju kotor,
fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai.

Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak
dimop...Everynite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling
blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata
sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah
terasa separuh pengsan.

Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita
sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah
isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..

So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia
buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa
ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best
fren kita,sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia
masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja
rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang
paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok
bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja
rumah lagi....penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang
wanita...tak rela!!!

So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you ..

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak
sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi
serba tidak kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah,
hidup bagaikan dah tak bermakna.Memanglah, mula-mulanya emak keluar
rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure
24hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott
peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh
bergegar isi perut. Silap gaya , tingkap pun boleh tercabut...
And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!!FreeDoMmm mmm! !! Can do
whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah
kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh
bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk,
boleh ponteng solat!!


But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa
kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah
jadik sesepi-sepinya cam "haunted
village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang
seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa leteran itu, semunya
seperti MATI.... Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not
challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak
membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very
the monotenous,then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah
memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.. Pendek kata,
biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga.
Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.
Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA &
ISTERI in our life!!
Sekian terima kasih.

Tuesday, August 18, 2009

Perkembangan Hadirah

16 June 2009: 2.73 kg
16 ogos 2009: 5.kg


Alhamdulillah, 16 Ogos lepas Hadirah dah mencecah usia 2 months. Hmm cepat sungguh masa berlalu kan..rasanya masa pregnant hari tu panjanggg sangat...tup2..dah bersalin and now Hadirah dah pun 2 months. So, aku bawa dia inject 2 months nyer kt private jerk, coz malas nak menunggu lama2 kt klinik kerajaan tu...tahu2jerklah..skrg ni musim penyakit H1N1 menjadi2...tp kalau nk pergi utk inject baby tu..dekat jerk kt umah, tp disebabkan malas nk tunggu lama-lama, melayanglah gak duitkt private around 95 hinggit sekali injet..tp merangkumi 3 jenis ubatlaa tu..InsyaAllah next month ada appointment lagi......Masa timbang Hadirah terkejut gaks aku, tup2 berat dia dari masa lahir hari tu around 2.73 jerk..tup2 after 2 months dah 5 kg...Inilah keberkatan minum susu ibu....kot..



Masa Hakim jerk aku bawa dier rawatan kt klinik kerajaan, tpi masa Hani ulangan kat klinik swasta gaks, sampai umur setahun setengahlaa...itupun saranan MIL gak, dia yang beria2 suh gi private...tak salah katanya abiskan sikit..hmm so aku pun mmg terpikir dah..so mmg ada lah spend untuk diorang dalam bab2 ni..so, here are pic Hadirah terkini yang montel2 tu..aku pun geram2..abang dier lagilaaa geram..but now we're cannot share this moment with my lill girl Hani, coz she now living with MIL at Segamat..InsyaAllah...during this Merdeka Day we'll meet her...I really miss her so much...Oooops...nak citer pasal Hadirah...citer pasal Hani plak yang kuar..sorry erk..

Monday, August 17, 2009

BONUS 22 OGOS NI

Waaa..dengar tajuk sure gempak erk..hi..hi..mesti fikir 'BONUS..BONUS..BONUS' jerk erk...mentanglah2..hari raya nak menjelma tak lama laie...Act, I'm writing about 'bonus ramadhan'. Yup, Ramadhan is a bonus for all muslims. Ni laa bonus yang kiter akan dapat tiap2 tawon...tak kirahlah company kecik ker besar ker..company bankruptcy ker...or apa2 yang seada dengannya. Syukur Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan kali ini, alangkah bertuahnya kiter, jadi untuk itu, sama-samalah kita ramai2 mengimarahkan surau dan masjid untuk bertawarih...eh..eh..silap pulak...bertarawih...upin ipin yang cakap bertawarih tuh...hi..hi...But, as usual, kenalah has tarawih kat umah jerk lah..dah ada baby ni..saper yang nak tolong jaga...hu..hu...Semoga diberi KETEKUNAN DAN KESABARAN di dalam menjalani ibadah puasa.So, kepada kengkawan semua, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN BULAN SUCI LAGI MULIA yang berkemungkinan jatuh pada 22 OGOS ni..

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Islam Comments


PLEASE CLIK THE BELOW ADDRESS...

AWARD LAGIIII

Semalam terkezut juga....tak disangka..sangka..cempedak jadi nangka...clear watar no boya..he..he...bukan apa aih..tak der kena mengena ngan mana2 boya..cuma nak habaq mai jaaa...sue bagi award..thank you so much sue, ...so, has pun nk share gaks laa this award ni....so...it's goes to tak lain dan tak bukannnnnnnnn..jeng..jenggg..jeng..(drumm plzzz

@>---ATIE, MCDA, INTAN, AINIL, IDA, JULISA-LONDON---<@

then saper2 yang rasa nk amik award ni..amiklah...free punn...

Friday, August 14, 2009

When Im being Tagged

Coz, I'm not busy as well, so as usual menjengah ler ke blog kengkawan.....especially kawan aku sorang ni kt Jerman nun....dalam dok membaca tag yang dier wat terkejut beruk aku...mana taknyer....when I'm being tagged by her....hmm oklah my dear fren...oklah has trylah jawab tag tu yerk..


Tag 1 adalah berkenaan Photo Profile blogger


1. Terangkan maksud gambar itu


Ni gambar anak-anak aku.

2. Kenapa pilih gambar itu ?
Aku suka sangat pic ni, coz dalam banyak2 pic, ni la pic yg mendapat kerjasama anak2ku berpossing...tp yang best tu..rasa macam..alahai sayangnyer..dowang ngan adik dowang nih...

3. Tag ini akan ku sumbangkan kepada
Nora
Ainil
Intan-kalau belum kena taggedlaa
Ida

Hmm..go to the next tag pulak;

WHAT IS THE MOST IMPORTANT THING IN YOUR LIFE?
of course my family and money also

WHAT IS THE LAST THING THAT YOU BOUGHT WITH YOUR OWN MONEY?
Food and everything- .

WHERE DO YOU WISH TO GET MARRIED?
no more wish ~ married already.

HOW OLD DO YOU THINK YOU WILL BE PERMANENTLY OWNED BY UR LOVE?
hopefully until end of my life

ARE YOU IN LOVE?
yup, I'm always in love-family

WHERE WAS THE LAST RESTAURANT YOU HAD DINNER?
last month at RFC Restaurant, Sungai Petani

NAME THE LATEST BOOK THAT YOU BOUGHT?
Majalah Wanita

WHAT IS YOUR NAME?
Siti Norhasni

DO YOU PREFER YOUR MOTHER OR FATHER?
I prefer both

NAME A PERSON THAT YOU REALLY WISH TO MET IN REAL LIFE FOR THE FIRST TIME?
Bush-Sebab nk kasi penampar..geramm dia la perosak dunia act...hu..hu...


CHRISTINA OR BRITNEY?
- both tk minat..hu..hu

DO YOU DO YOUR OWN LAUNDRY?
Yup....sometimes it's my hasben job..coz he's jobless now

THE MOST EXCITING PLACE YOU WANT TO GO?
Arabbb dah sampai...so next place I want to go to Korea..hu..hu..tak tau naper nak pegi sangat sana...eventhough it's hard to find 'halal' food.

CAMERA OR MP3 OR HP?
of course HP..coz on HP it have everything...camera...and mp3 org kata..3 in one laaa..

POINT OUT 5 THINGS ABOUT THE PERSON WHO TAGGED YOU
1. Suharti- Kawan kecik2 aku
2. She's so cute kdg2..dulu mcm kelam kabut sket..he.he..(betul ker tie?)
3. seorang yang periang
4. kelakar kadang2
5. teringin nak jumpa kembali

3 THINGS I SAY TOO OFTEN?
1. 'ini yang mama tk suka nihhh...permulaan untuk membebel la tu.. :)
2. jangan bagi mam naik antuuu...(especially kt anak2 aku larr)
3. suka hatilah.....-only for my hasben .

BOOK I'VE RECENTLY?
jarang beli buku..ada pun majalah jerk..tp ada dua tiga buah buku target nk beli nihh

4 SONGS I COULD LISTEN TO OVER AND OVER AGAIN?
1. I'm Yours - Jason
2. Lagu2 Hindi- Yang terpilih jerk laaa..coz banyak..hu.hu..
3. Nur Kasih- In Team
4. Lagu Korea- Drama My Girl, Full House and Boys over Flower

THINGS THAT I LEARNED LAST YEAR?
1. hidup berdikari tanpa suami disisi - ni since last 2 years lagi..hu..hu
2. berjimat cermat
3. rancang sebelum bertindak...

8 PEOPLE TO TAG?
cian erk..saper yang rasa tk kena lagi...ok lah..its goes to..buatlah bila2 senang nooo...

1. Nora-
2. Ainil
3. Intan
4. Ida

Bekalan Hadirah

Alhamdulillah, setiap anak yang dilahirkan itu, masing-masing telah tertulis rezekinya. Jadi janganlah takut untuk melahirkan anak ramai-ramai. Namun dalam pada itu kesihatan diri perlulah juga dijaga, makan kena betul dan sebagainya.


Inilah stok susu bekalan Hadirah.


Syukur Alhamdulillah, mengandung kali ini, aku dikurniakan susu yang banyak untuk bekalan Hadirah. Memang berazam untuk menyusukan badan Hadirah selama mana yang boleh selagi termampu. Sebenarnya penyusuan ibu ni, banyak sangat kelebihannya antaranya ialah dapat mengecutkan rahim, dapat mengelakkan kanser payudara, baby akan dapat antibodi yang banyak yang mana menyumbang kepada kesihatannya, selain itu dapat juga menjimatkan kos. So, atas sebab itulah ianya menjadi keazaman untuk aku terus menyusukan Hadirah tanpa mencampurkan susu tepung biasa lagi. Jadi atas research dan pengalaman teman-teman aku dapat mengumpul susu untuk bekalan Hadirah setiap hari ditinggalkan tatkala aku bekerja.

Ok, untuk itu, has nak share tips ngan korang camner nak menghasilkan susu yang banyak. Inipun has kutip dari pengalaman dari research yang dibuat. Masa dalam pantang hari tu memang sampai demam coz 'bengkak susu'. So, orang cakap letak kobis untuk legakan bengkak susu tu, tapi depends la...sesetengah orang letak kobis, susu boleh kering...so has memang tak praktickanlah....Disebabkan nipple dah pecah then baby cannot sucking, so sebabtulah bengkak susu tu menjadi-jadi. Untuk itu, has dapatkan sejenis ubat kat farmasi...tak ingat plak apa nama ubat tu...dalam tiup kecil jerk sebesar kelingking...tapi hage dier mak aiii dekat RM50...tapi memang berbaloi la...coz when we put the cream on our nipple then baby can sucking without wash the cream. Within one to two days my nipple goin back to normal....Ok, back to our story how to produce more milk. First thing, what i'm doin, 2 hours before pump your breast. drink plain water as much as you can, but kalau kiter minum susu lagi bagus...Selain itu, makan banyak buah kurma dan lain2 seperti sayur carrot putih untuk produce our milk. Alhamdulillah, so far I'm really satisfied...Tapi kalau sesaper yang ada tips2 lagi bagus untuk bsfead ni bolehlah share sekali yerk....Bagi kengkawan yang baru nk bfead tu...you may start from now....has pump pakai normal jerk....(used my finger) he..he..coz dah try pakai yang baterynyer tapi tak tahan sakittttlaaa..hu..hu..lagi laju used my finger.....Ok, selamat mencuba selepas nih....

Perginya Tak Kembali..

PERGINYA TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa

Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Pernah mendengar atau menyanyi lagu ini....lagu yang menjadi siulan ketika dulu.......namun kini ianya menjadi kenyataan...

Semalam Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kematian personality Nasyid popular iaitu Ustad Asri vocalis kumpulan Nasyid Rabbani. Kini lirik lagu Nasyid yang dilagukan kini menjadi kenyataan. dan kita akan merindui suara yang mendayu-dayu itu. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan keluarga Ustad Asri tabah menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya kita masing-masing hanyalah pinjaman semata-mata di dunia ini, tiada yang kekal melainkan Allah Yang Esa.

Tuesday, August 11, 2009

Dah Masuk Keje Daaa..

Inilah wajah-wajah my new baby....



Alhamdulillah, hari ini, aku kini dan seterusnya memulakan rutin harian aku. Yeaa...I'm back to normal now..kheje..kheje ...kheje.....setelah 2 bulan menghabiskan masa berpantang dengan anak-anak tersayang. Act. aku masuk keje semalam, cuma hari ni jerk berkesempatan menulis di blog aku nih...biasalah first day masuk keje pun, surat menyurat bersepah2 gak..nk kena sort out apa yang patut, even my bos at Vietnam now, bu
t kheje still aku kena kheje, banyak benda yang ditinggalkannya..hu..hu..tapi takper pelan..pelan kayuhlaaa...kang bulan pose lagilah penat kan?...Ok, pasal keje let it be kejap..so back to my story....act. bercerita pasal aku bercuti panjang tu..tak derlah sangat apa yang nak di story moreykan....Seperti yang telah diceritakan dalam entry yang lepas yang lum sempat aku sambung tu, ni baru nk continue tu...after bersalin kat Sungai Petani, about 10 days kat sana, aku ngan anak beranak pun balik ke Kelang kejap, then keep moving to Segamat, so aku berpantang kt Segamatlah until pantang abisslah.....yang bestnyer..hmm biasalah aku berpantang MIL yang jaga, Alhamdulillah, syukur sangat2 MIL jaga aku bagaikan puteri...hu..hu..hu..terharu laaa jugak, sampai kadang2 aku plak naik rimasss weii.....almost 44 hari aku mandi pagi petang ngan air campuran daun serai wangi dsbgnya...hmm memanglah naik harum badan...tapi yg penatnyer tu....ntahlah penat gakslah...but within 30days jerk aku bertahan mandi ngan air dendaun tu..after dat aku dah start mandi air biasa...huhh..rasa lagii sedappp...lepas tu sapulaaa minyak or losyen panas banyak2 kt badan..lagilah sedappp badann tu.....Act. berpantang ni, susah jugak tau..macam2 nak kena pantang, makan janganlah nak cakp...tapi elok sebenarnya, untuk badan sendiri jugak..kang sakit-sakit sana sakit sini...bukan orang yang susah..kiter sendiri jugak..so makan pengat sendiri mau ingat daaa..



Gelagat anak-anakku menyiram bunga di pagi hariii....



Dalam tempoh tu pun, sempat gaks aku menjengah ke Jakel kat Segamat tu, biasalah port biasa aku membeli baju raya..yerklah dah dekat2 nak pose ni kang takder plak orang nk amik tempahan, act dah hantar tempahan sepasang hari tu now just nak tambah jerk lah untuk aku ngan my lill girl Hani...Act. tinggal kat Segamat tu, rasa best jerk, udara pun segar jerk..pagi2 leh lagi tengok embun..kat sini embun apa embun jerubu ada laaar....hu..hu.....Pagi-pagi bangun ank2 aku bukan main lagi kerajinannya menyiram pokok2 bungan tokmaknyaaa....bukan rajin punya pasal..tapi sebab nak main air...he..he....Aku berpantang sampai hari ke 44 hari jerk...by day 45 aku dah balik ke Kelang semula, so ada lagi around a week before masuk keje...so balik awal pun bukanlaah rehat sangat...mengemas rumahlah apa lagi, tambah2 rumah dah tinggal berbulan2 tu...surelaaa..mcm2 binatang ada.....yang aku paling rimas..taik chicak..aduhh..penat gakslah...vacumm satu rumah..then pinggan manggkuk pun nak kena bersihkan semula yang kat rak pinggan tu..berhabukk walaupun dah ditutup tu......hmmm memang balik seminggu tu mengemas jerklaa kejenyaaaa......So, bila kebizian mcm tu melanda rasa cepat2 plak nak masuk keje..so akhirnya..by day 10th of August aku pun masuk keje...yakni semalam..coz aku menaip ni..hari ni....he..he...

Saturday, August 1, 2009

A Lot of Story : Hadirah Farhana...

Lihatlah saya dah botakler...aunty2 semua..he..he...comey tak sayaaa
Ni semasa di Segamat, sebelum cukur kepala
Bawah: Ni pic masa baru dilahirkan...1st day la kiranya


Salam Sejahtera buat teman-teman sekalian. Setelah sekian lama menyepikan diri, here I come back to share a lot of story.

First of all, I would like to introduce my new lill girl named Hadirah Farhana was born on 16 June 2009 at 3.41 p.m with 2.73 kg only. Now, she almost to 4kg something. Actually, hadirah ni, dah terlebih-lebih hari kat dalam tu, so nak tak nak kena la induce. In the morning on 16 June, has doktor pun masukkan ubat aroud 7a.m. so by 11 a.m, dah buka 4cm, so by 12.30 terus masuk laboroom then, by 3.41 p.m, barulah Hadirah kuar. Alhamdulillah, sakitnyer takderlah lama sangat...So, penantian selama ni yang ditunggu2 then sampaikan malas dah nk keje then ambil cuti awal akhirnya terjawab dan terungkai segala-galanya.


Now, we all dah kat Klang, actually, 10.8 ni barulah nak masuk keje. So, adalah lagi masa nak bermanja-manja ngan sikecik ni sementara nanti mama sebok ngan keje...dah tu nak masuk bulan pose pulak..sayang erk...

Oklah, jap yerk..nanti kiter sambung lagi citer...nak makannn kejapppp...Hadirah pun tengah tidorr tuu