Wednesday, September 16, 2009

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA





Salam Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin buat semua kengkawan yang mengenali. Untuk McDa di Dublin dan Atie di Jerman, Selamat Menyambut Aidilfitri pada sabtu ini. Jangan sedih-sedih diperantauan, InsyaAllah, esok lusa tetap akan kembali ke bumi bertuah ini..hu..hu..

Dikesempatan ini juga, has ingin memohon maaf salah dan silap dan andainya ada terkasar bahasa dan coretan2 yang bisa mengguris hati. Kepada yang akan pulang berhari raya dikampung tu...BERHATI-HATILAH KETIKA MEMANDU, INGAT ORANG YANG TERSAYANG ..(ingatan untuk diriku dan keluarga jugak). InsyaAllah, raya tahun ini, kami sekeluarga akan berhari raya di Segamat Johor sehingga raya ke 3, kemudian seawal pagi akan bergerak ke Sungai Petani pulak..Seperti kebiasaan raya, tahun ini juga kami akan ke Selatan kemudian ke Utara pulak, memandangkan, tahun lepas dari Utara kemudian ke Selatan. Begitulah sambutan raya kami tiap2 tahun...pasti kedua2 belah pihak keluarga akan kami kunjungi. InsyaAllah, hari Jumaat ini has dan family akan bertolak ke Segamat. Oleh itu, blog akan ditutup sementara seminggu raya, sehingga kita bersua lagi minggu hadapan selepas raya dan kemungkinan has akan masuk pejabat semula pada 29 September 2009.

Oleh itu, ATIE-JERMAN, JUE-LONDON, MCDA-DUBLIN, AINIL, NORA, IDA, SUE, NANI, EJAY, WATIE-BANGKOK, INTANAZIELA...amiklah kad raya dari blog has yang tak seberapa ini...dan sesapa laie yang singgah2 kt blog ni, amiklah kad ucapan raya yg tak seberapa canggih manggih nih...hu..hu..

Salam Aidilfitri buat semua..


2 comments:

Mrs Azuhaizat said...

my fren..tq for the wish..selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin jua dari ku buat mu..semoga berbahagia di hari yang mulia ini. *terasa syahdu pulak*

HasneY said...

Selamat hari raya wat atie sekeluarga..jgnlah syahdu2....nanti ada yg nangissss..hu..huuu