Monday, July 25, 2011

Persoalan Akan Terus Berulang...

Assalamualaikum w.b.t,

Pernah tak korang selalu ditanya...soalan-soalan berikut dalam sepanjang kehidupan. 'Bila Nak Kahwin, Bila Nak Ada Anak?, Bila Nak Tambah Lagi? Dah mengandung dan tak bersalin-salin, pun masih bertanya, Bila Nak Bersalin?, Tapi sekiranya kita menghadiri majlis kematian, ada tak orang pernah tanya kita, mahupun kita tanya orang, 'Turn Engko Bila Pulak?. Actually, mama tak tujukan, persoalan ni pada sesiapa yang tertentu, tapi itulah kehidupan, selagi kita masih bernafas dan bernyawa, soalan-soalan itu akan terus berulang dan berulang sampailah hingga hujung nafas kita. 

Pada, mama, kalau kita rimas dengan persoalan-persoalan demikian, jadi, diri kita 'stop' dari question kan orang dengan persoalan-persoalan tersebut. Ramai yang boleh terima, ramai jugak yang tak boleh terima. Mama tahu, sebab mama sendiri pernah mengalami situasi-situasi sebegitu. Kadang-kadang memberi 'impact' yang amat sangat dalam kehidupan...tension..tension. 

Macam situasi mama sekarang, sepatutnya mama dijangka bersalin 22nd July 2011 lalu, tapi sehingga kini, masa mama menulis di blog ni, dah 25hb July pun, melebihi 3 hari dari jangkaan bersalin. Ingatkan hari ni dah tak masuk pejabat dah, tapi disebabkan belum terasa apa-apa pun, mama gagahkan diri masuk pejabat jugak, walaupun terpaksa tepis dengan persoalan-persoalan langau-langau sekeliling mama, (ina jangan terasa, nko bukan yg dimaksudkan mungkin org lain yg aku tak suker hu3).  Tabahkan sajalah hati wahai 'hasney', itu sahaja yang mama mampu katakan pada hati, walaupun pada hakikatnya mama tak suker..hu3.  Actually, doktor dah bagi tarikh seminggu, 29hb ni last appointment dengan dokter, biasanya kalau tak bersalin jugak, dia akan tambah 3 hari lagi, so means by Monday, 1st August 2011 mama akan admit dan seterusnya induce for the next day nya (2hb August 2011).  

Bukan tak pernah merasa 'induce' padahal masa pregnantkan Hadirah hari tu pun, induce jugak, lebih 10 hari jerk nak tak nak bersalinlah jugak. Tapi masa tu mama dah ambil cuti awal, balik Sg Petani rumah tok Jah, jadi takderlah nak tepis-tepis sangat persoalan 'officemate' sekeliling. Tapi disebabkan kali ni bercadang bersalin di Klang saja, so mama tak ambillah cuti awal, kalau ambil cuti awal pun rugi jerk, tengoklah sampai sekarang pun mama belum bersalinkan baby ni. InsyaAllah, nak tak nak harinya akan tiba juga, paling lewat pun 2nd Ogos nantilah.

Semalam sempat bermukabuku(facebook) dengan kawan mama yang berada di Kedah. Shahnishah nama dia, dia ni kawan mama sejak sekolah rendah lagi. Kami berjumpa balik di alam maya, setelah putus hubungan sejak sekolah rendah. Kalau ikutkan due dia sehari selepas due date mama, kalau tak salah mamalah. Tapi semalam 24 Julai, sekitar jam 6.00 petang, dia msg kat FB yang di dah admit coz dah buka 5cm. Then, itulah last msg mama terima, sekitar jam 10.15 malam macam tu, hasben dia letak kat wall yang kawan mama ni dah bersalin jam 10.04 malam siap dengan gambar baby lagi 'fresh from oven'. Dah sorang lagi kawan mama bersalin. Nampak gayanya tahun ni, antara kawan-kawan mama ramai bersalinkan baby boy. Sekitar bulan April hari tu, kawan mama masa kat UiTM pun bersalinkan baby boy..kembar lagi...both boy, then pada 13 Julai hari tu, officemate mama pun bersalinkan baby boy. Next turn mama tak tahulah, sebab scan, doktor asyik cakap tak nampak, so mama malas nak tanya lebih-lebih.  Itupun, anak-anak mama semua dah bahasakan baby dalam perut mama ni 'baby boy', harap-harap kalau masin mulut anak-anak mama, dapatlah baby boy....Sekali jadi macam Pak Long, keluar baby girl padahal jangkaan baby boy. Biarlah janji baby keluar nanti sihat dan sempurna hendaknya. Amin.

Thursday, July 21, 2011

Tersangatlah Sebok.....

Assalamualaikum w.b.t,


Semalam, hari penat sedunia, mana tidak dengan kerja kat opis menimbun, bos dah masuk opis, setelah seminggu dia di London hadiri satu mesyuarat kt sana. Masa dia tak ada, memang mama free ler sesangat takder sapa2 nak ganggu. Bila bos dah masuk opis, tau-taujerklah macam-macam hal lahhh...Dengan surat masuk keluar yang berlambak-lambak, dengan nak jawab surat-surat lain lagi, dengan telefon berdering-dering lagi, dengan nak siapkan 'claim', overseas and localnyer 'claim 'sebelum mama cuti panjang, memang busylah. At last mama dah kepenatan sangatdah, 'sharp' jam 5.30 turun ke bawah untuk solat, lepas tu terus balik rumah.

On the way balik rumah, call ayah, bagitau mama tak larat nak masak dah malam ni, so singgah kedai jap, beli Yong Tau Fu Sup kegemaran. So semua-semua makan tu jerk semalam. Dah sampai rumah dengan kerja rumah pulak. Mana dengan pinggan menimbun anak-anak mama/ayah makan bukan nak reti nak basuhkan. Dah tu kain dua raga nak berlipat, dengan baju satu machine nak dijemur. Badan rasa tak larat sangat. Lepas makan semua mama lepak kejap. Lepas solat, barulah mama angkat jemuran yang dah kering tu then, jemur pula baju-baju dalam machine tu, sambil menunggu Isyak masuk sempatlah mama habis lipat baju-baju yang beraga tu. Biasalah kan, memang nampak banyak, yang banyaknya baju anak-anak mamalah. Tapi kejap jerk boleh habiskan sambil santai-santai dah habis dua raga.  Lepas solat Isyak cadang nak basuh pinggan. 

Bila dah selesai solat, rupanya Ayah dah basuh semua pinggan-pinggan dalam sinki tu. Alhamdulillah, jazakallah hukhoiro ayah yerk, kerana sudi tolong mama. Sangat-sangatlah berterima kasih pada ayah.  Ayah pernah cakap, kan bagus, kalau balik jerk kerja, mama boleh rehat, santai-santai, makan dah siap terhidang, rumah dah siap kemas, anak-anak dah siap mandi dan sebagainya. 

Tapi itulah, mimpi hanya mimpi jerklah.Ayah memang nak carikan 'maid' untuk mama, tapi itulah bila memikirkan 'problem' maid-maid persekitaran mama, risau jugak nak amik maid, biarlah mama buat kerja, masak semua sendiri, anak-anak hantar jerk kat rumah orang jaga. Sebab setakat ni, ibu/nenek yang jaga anak-anak mama takderlah apa-apa masalah. Bila memikirkan nak senang semuanya, ramai lagi kawan-kawan sekeliling mama pun hidup macam mama jugak, balik rumah letak jerk handbeg terus sinsing lengan masuk dapur. Awal-awal pagi dah bangun masakkan untuk anak-anak, tambah-tambah ada anak-anak yang agak besar, masak dan tinggalkan kat rumah, nanti boleh pandai-pandai makan sendiri jerk.  Jadi, kalau orang lain anak ramai, mampu settledkan semua kerja-kerja rumah, apakah mama yang punyai tulang khudrat yang sama juga tak mampu lakukannya.  Lagipun, kalau kita dengan rela hati dah ikhlas semuanya pahala untuk mama juga, tak kemana pun, cuma penat lebih sikitlah.

Tapi, malam tadi, cuba lelapkan mata tak boleh-boleh. Gelisah semacam, perut memulas-mulas, rasa macam nak buang air besar, tak der pulak tapi memulas-mulas, dengan baby gerak tak henti-henti. Tapi at last mama tertidur waktu mana pun tak sedar. Terjaga pun dah jam 6.45 pagi, tapi mata tak boleh buka sangat, sebab semalam tu tidur mcam, tidur-tidur ayam jerk.  Esok due date mama, nampak gaya kalau tak deliver on the due date, mungkin doktor akan bagi lagi tempoh 7 hari kat mama, tengoklah esok macam mana, lagipun esok pagi ada appointment kat HTAR. Apapun result tunggu esok. Kalau terpaksa 'induce' pun induce lah, lagipun sampai bila baby nak  duduk lama-lama dan perut mama, nak tak nak dia kena keluar jugak. Tapi kalau ikutkan EDD masa first scan, EDD kat situ pada 29 Jual 2011, means kalau add more 7 days, memanglah dapat tarikh 29 Julai tu, maknanya Jumaat minggu depanlah. Tak tahulah kan semua kuasa Allah, mama serah dan bertawakal sahaja padanya. Bila Dia nak bagi dan tak nak bagi semuanya ketentuanNya, mama hanya berserah, yang penting Allah permudahkan segala urusan mama dan kelahiran baby nanti selamat semuanya.


Coretan:

Tuesday, July 19, 2011

Mama Dapat Merasa, Anak-Anak Dapat Apa Yang Dihajat

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam, balik jerk dari kedai singgah sekejap Ekomart beli barang-barang basah/kering. Hubby plak request nak makan Ikan Sadin Masak Kari. So, sampai jerk rumah ambil budak-budak terus sinsing lengan masak. Menu makan malam semalam simple2 jerklah. Ikan Sadin Masak Kari Mix Potato, Kangkung Goreng, Paru Goreng Berlada dan Sambal Daging dipanaskan (Adik Faris bawa balik dari kenduri kawen).

Dari hari Ahad lagi teringin nak makan serawa durian. Suruh ayah beli, ayah malas nak keluar hari Ahad tu, so semalam singgah kat Ekomart nak beli durian tak cukup duit plak. Dah tu, dah balik rumah barulah telefon ayah suruh beli sebab ayah masa tu belum balik dari opis lagi. Dah selesai masak semua menu untuk 'dinner', mama mula masak serawa durian tu, kejap jerk bukan lama pun. So pagi tadi sarapan berbekalkan serawa durianlah dengan roti. Hmm dapat jugaklah merasa sebelum hari-hari menjelang tiba. 

Selesai solat maghrib semua, kita makan malam, mama cadang nak melipat kain jerklah. Tup..tup ayah beria mengajak keluar sebab nak cari kasut anak-anak mama, sebab nak ambil gambar untuk konvo. Macam nak konvo betul-betul, padahal barujerk tadika, excited plak ayah. Kita pergi Giant jerk malam tadi. Alang-alang Hakim dah nak sekolah tahun depan, mama beli siap-siaplah sepasang kasut sekolah, sementara Hanani dan Hadirah mama minta ayah belikan siap-siap kasut raya. Kang nanti time bulan pose mama dah tak boleh sangat nak turun padang........Lepas ni pun nak shoping baju raya untuk tambahan, nampaknya kena shopping dengan ayahlah..

Kita semua dah dapat apa yang nak, ayah jerk.....yang mengeluarkan duit, apapun, thanks yerk ayah....Alhamdulillah jazakallah hukhoiro.


Glitter Text @ Glitterfy.com

Monday, July 18, 2011

Farah Brip..brip kawen...Jom Layan..


 Assalamualaikum w.b.t,

Jom kita layan gambar Farah AF dah kawen....cantik sangat, semoga pernikahan kekal hingga ke syurga...Amin..




 
 
 








sumber: Fwd email..


Glitter Text @ Glitterfy.com

Friday, July 15, 2011

Bersusah-Susah Dahulu Berenang-Renang Ketepian......


 Assalamualaikum w.b.t

 Dalam meniti kehidupan, sebelum bertemu kita dengan Maha Pencipta macam-macam dugaan dan cubaan yang perlu kita renangi, renungi dan harungi. Mendengarkan kawan-kawan punya permasalahan kadang-kadang merasakan kehidupan ni adakalanya adil, adakala tidak adil bagi sesetengah orang. Paling menyedihkan ada dikalangan kita penuh dengan sikap-sikap, PhD, memang terlalu kasihan merasakan. Mama pun bukanlah terlalu sempurna luaran mahupun dalaman, tapi rasanya perasaan PhD tu tak pernah terlintas atau terkelumit sikitpun dihati. 

Tengok orang tu senang,kita pun nak mcam tu sama, tengok orang tu pergi berjalan bercuti overseas dan sebagainya kita pun nak sama macam tu. Tengok orang pakai kereta mewah kita pun sama, tengok rumah besar kita pun nak sama. Memanglah rosak kalau nak ikutkan hati begitu sedangkan kemampuan adalah terbatas. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang dah amat memadai, padahal ada orang yang lebih susah, kadang-kadang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sedangkan kita tak pernah pun setakat ini kebuluran. Anak-anak mama bersyukurlah yer dengan apa yang kita ada hari ini.

Kadang-kadang, kalau dah kaya sangat pun, bimbang perasaan riak itu akan ada dalam diri. Bila dah kaya, lagi macam-macam ujian yang menimpa. Kehidupan mama penuh dikelilingi dengan pelbagai ragam manusia, bila dah kaya sangat diuji begini, bila dah terlampau alim dan beriman begitu pula ujiannya, dan bila miskin pun dia tetap diuji. Semuanya untuk menilai sejauh mana keimanan kita padaNya. Apakah bila kita kaya/sihat kita lupakannya, dan bila kita miskin pula kita lupa dah salahkan Dia juga dan andainya kita kuat beribadah dan beriman pun tetap diuji anggaplah Dia menguji untuk mengetahui sejauh manakah keimanan kita padanya adakah sekadar untuk menunjuk-nunjuk. Itulah, kita selagi dinamakan manusia, selagi itulah kita tidak akan lepas dari diuji dan terus diuji.

Mama juga pernah hidup susah, Tok Jah ngan Awan dulu cuma seorang penoreh getah, mama masa kecik-kecik (sekolah rendah)kalau hari cuti, pasti akan turun ke kebun tolong tok Jah kutip susu getah. Memang bermain dan hidup dalam rimba pohon getah jerk. Pernah, menoreh getah zaman 80's dulu seolah-olah kais pagi makan pagi kais petang makan petang, pokok getah pulak bukanlah pokok sendiri, pokok orang Tok Jah ngan Awan tolong potong jerk kemudian dibahagian dua. Harga getah zaman tu bukanlah macam harga getah zaman sekarang.

 Mama pernah makan nasi berlaukan garam dan berulamkan cili padi. Mama pernah juga pakai kasut yang ditampal-tampal dengan kotak dan dijahit rapi kemudian dikapurkan. Semua tu masih tersemat dalam ingatan. Masa tu, Awan ngan Tok Jah jatuh sakit, hujan pula dah tak boleh menoreh, Tok Jah ngan Awan memang tak ada simpanan, nak harapkan saudara mara, mereka  ada meminjam adalah, tapi lepas tu buat-buat lupa. 

Selain menoreh, Awan ada buka kedai runcit  depan rumah, tapi masalahnya orang kampung buat tempat melepaskan hutang. Bertimbun-timbun hutang, rasanya ada yang meninggal sampai sekarang tak langsaikan hutang pada Awan. Disebabkan modal dah tak boleh nak pusing, at last Awan tutup kedai dan berhijrah. Masa tu tinggallah mama dengan Tok Teh ( Mak Awan- dah arwah pada 1997) sebab mama nak exam PMR. Lepas PMR baru mama ikut Tok Jah ke Sungai Petani.

Alhamdulillah, berkat hijrah Awan ngan Tok Jah, cuma menyewa ketika itu, sambil menjalankan penjualan goreng pisang disamping awan ada mengambil upah buat renovation rumah-rumah orang ( mmg itu kepakaran Awan yang sebenar cuma tak da duit nak ambil lesen besar jerk), barulah kehidupan Mama, Tok Jah dan Awan sekeluarga berubah dari setahun ke setahun sehinggalah mama menamatkan pengajian di UiTM dan dapat membeli sebuah rumah buat mereka duduki yang sebelum ini hanya menyewa selama hampir 10 tahun. Alhamdulillah sejak mama bekerjalah, sedikit sebanyak dapat membantu mereka.

Oleh demikian, mama tidak pernah lupa asal usul diri. Nak ada PhD tu jauh sekali, walaupun pernah hidup susah, tapi tidak pernah terlintas atau iri hati pada mereka yang kaya ketika itu mahupun sekarang, kerana mama bersyukur dengan batas-batas kemampuan yang ada dan selalu ingatlah bahawasanya kita ini masih terlalu kerdil  untuk mengadap Maha Pencipta. Kalau dulu motto hidup mama ' Gagal Sekali, Tidak Beerti Gagal Selamanya', namun sekarang 'Pakai Baju Ukurlah Dibadan Sendiri'.

Renung-renungkanlah, mama akan sambung lagi...untuk penulisan seterusnya....

Thursday, July 14, 2011

Temujanji Untuk Semi Final - Minggu 38 + 6 hari

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni, mama ada temujanji lagi di klinik untuk minggu yang ke 38 +6. Alhamdulillah, tadi masa buat 'blood test', ada peningkatan untuk HB mama, kalau sebelum ni, HB cuma 9.3, tadi dah naik ke 9.9 berada di taraf selesa sedikit. Tanda-tanda nak bersalin, masih tiada juga, tunggulah mungkin baby tak moo keluar lagi lah tu, nak tunggu minggu depan kot, tidak pun nak sederet tarikh dengan Kakak Hadirah( 16hb) dan Kakak Hanani (17hb). InsyaAllah mudah-mudahan. So, final checkup adalah minggu depan, kalau tak bersalin juga on 22nd of July, then hospital akan bagi lagi tempoh 7 hari, kalau tak bersalin juga around dat day, mama sekali lagi laa jawabnya ke induce......hu3. Apapaun, mudah-mudahan minta segalanya dipermudahankan. Amin.

Syukur Alhamdulillah, lagi Allah berikan mama kelapangan fikiran, ni tentang loan rumah lah. Selagi tak settle selagi tu lah tak tenang fikiran.  Tadi call BPP, diorang cakap dah hantar jawapan ke lawyer untuk urusan cagaran dalam dua tiga hari lepas. Lawyer ada cakap kat mama, once diorang dapat surat dari BPP, stamp duty pun tengah  prepared, dan mama serahkan original geran baru both document diorang sumbit ke Pejabat Tanah. So di pejabat tanah tunggulah lebih kurang 10 hari lagi. So after that barulah loan boleh dikeluarkan untuk urusan pembayaran kepada Tok Ayah. 

Kita beli rumah tok Ayah jerk, sebab ayah ngan mama mampu beli rumah yang kita duduki sekarang saja (rumah tok ayah), itupun dah kira cukup besar, cuma bukanlah rumah baru. Tapi memandangkan akan keselesaan dan kemudahan persekolahan persekitarannya, sebab itulah, mama dan ayah dah tak mau pindah randah. Lagipun pindah randah ni, dah hampir 4 kali kita berpindah, mama dah tak larat dah....Serikkk dan penatttttt....So, tunggu by next months Tok Ayah dah boleh dapat duit dia.....Atok kaya.....hi3...lepas tu bolehlah..kecek2 duit raya banyak sikit tawon ni..hi3....Iyer Tok Ayahhhh...Nak bagi sangatlah Tok Ayah tu, baik dia bayar rumah dia yang satu lagi kat PD tu...hi3.



Glitter Text @ Glitterfy.com

Wednesday, July 13, 2011

Menanti dan Terus Menanti

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni, dah genap 38 minggu + 4 hari, tapi masih lagi tiada apa-apa tanda-tanda untuk bersalin. Setakat sakit-sakit belakang tu biasalah. Esok ada 'checkup' lagi untuk kesekian kalinya dan ambil darah sekali, so harap-harap hb dah naik lagilah, kalau tak, mama pun risau jugak.

Minggu depan 22 Julai 2011 tarikh sebenar 'due date' mama, tapi kalau masih lagi tiada apa-apa tanda, 22 Julai tu kena pergi HTAR pula untuk  set tarikh baru untuk kemasukkan wad. Tapi harap-harap kali ni takderlah lagi 'induce'. Tapi pengalaman lalu, induce ker normal ker, sama jerk sakitnya....bila induce tu, kontraksi dia 5 minit..5 minit jugak......dari 5 minit....masa tu bertambah-tambahlah, cuma dia mempercepatkan buka jalan jerk. Masa bersalinkan Hanani dulu pun, masuk dalam tempoh dua jam dah bersalin selepas kontraksi yang kuat begitu juga dengan Hadirah dalam tempoh dua jam dah bersalin padahal 

Hadirah memang induce sebab terlebih hari, manakala Hanani pula sakit kontraksi biasa, itupun dalam labor room dua jam juga baru lahir. Entahlah orang cakap, induce sakit lebih daripada sakit normal, tapi pada mama, sama ja sakit dia cuma tengok jenis penerimaa badan seseorang kot, ada yang induce sampai dua kali pun jalan still lum buka, tapi mama masa Hadirah dulu, sekali induce jerk. Jam 7.00 pagi induce, then, jam 10.00 pg macam tu kontraksi bermula, sekitar jam 12.30 t.hari mama dimasukkan ke labor room, then 2.30 petang, Hadirah pun menjengah ke dunia.  Tapi dalam ketiga-tiga anak mama, bersalinkan Hananilah yang paling mudah. Mudah atau susah, mama terpaksa bertarung nyawa untuk anak-anak mama. Semua anak-anak mama, mama sayang dan berharap agar menjadi anak yang soleh dan solehah.

InsyaAllah, walau apa jua keadaan mama perlu tempuhi dan menanti saat-saat kelahiran 'baby' baru kita. Paling lambat pun penghujung bulan ini, maka mama selamatlah untuk berpantang selama sebulan ni di bulan Puasa. Tahun depan adalah tahun untuk mengganti. Mudah-mudahan Allah berikan kekuatan untuk mama menempuhi semua ini. Amin.

Coretan:

Monday, July 11, 2011

Sayangilah Isteri dan Ibu Anda....

Sekadar Untuk Renungan dan Dikongsi Bersama...........


Seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya....sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku "awak sakit ke?"..tanya lelaki itu "tak lah", jawab isterinya ringkas "kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.....

NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI" 


Dari Ilham seorang lelaki... "Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengekatau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan... "Ibu, ibu...engkau lah ratu hari ku....." Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu?  dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott,peettttt,boleh pecah eardrums.
And if mak menjerit,boleh bergegar isi perut.

Silap gaya,
tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii!!!
MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade
sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh Chatting sampai nak
terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai
subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!! But, the happiness does
not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya
bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted
village".


Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti
murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti
MATI... Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no
suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak
pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we
realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya
menjadikan hidup lebih bermakna.

Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik
telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah
besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!! Kau
Isteri Ku.... Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ...
Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin
one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya
memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin
anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila
ibu takde kat rumah (for instance if she's gone for a short holiday).

Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu.
They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening
places.. As for me is different,if my wife is not at home, rumah boleh
jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu
pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at
times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah,
alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh
belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal.
Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul
pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua
memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one
to komen this and that, no one to criticise. Everything will be
smooth...Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing.

Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu
mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia
stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4, rindu
mula terasa. Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang
dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati.
Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas,
forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu
mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik
tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star
hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry
basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah
abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dahm berbelak,
tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok
ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.
Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde
katrumah,aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan
terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang
wanita bernama isteri...So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau
boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend
baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia
tubini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang
kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur
hidup??!! And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah
buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah
orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker
nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat
keja rumah lagi... penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik
seorang wanita... tak rela!!! So to all mums and wives out there... life
will be meaningless without You mothers)....uuwaaaaaaaa!! sayangi la
kaum perempuan krn tanpa Mereka anda kehilangan sesuatu,hargai
mereka!!!!



Friday, July 8, 2011

Minggu ke 38 dan bila-bila Masa Saja

Assalamualaikum w.b.t

6hb lalu, mama ada  temujanji dengan doktor di HTAR, biasalah bahagian O & G.   Pergi jam 8.00 pagi, tapi penyudahnya jam 2.00 petang baru habis. Dah tak larat sangat, dengan mana pinggang sakit-sakit ya amat, so minta mc kat doktor, mujurlah doktor jenis memahami, so mama dapatlah MC satu hari hari tu. Alhamdulillah, minggu ni baby dah berusia 38 minggu, ikutkan dah boleh bersalin, tapi tanda-tanda tu belum ada lah setakat ni, sakit-sakit pinggang jerk.

Masa checkup tadi, kedudukan baby pun dah bawah sangat dah, cuma menunggu hari yang betul-betul sesuai. InsyaAllah mudah-mudahan mama dapat bersalin normal juga kali ini. Walaupun dah tiga kali pengalaman, tapi debaran tu tetap ada.....hu3.  Masa scan, doktor cakap baby, uri semua ok, berat baby pun dah naik ke 2.39 kg. Hmm rasa-rasa keluar nanti lebih dari tu kot, macam kakak Hadirah dulu, doktor buat final scan, berat baby cuma 1.9, sekali keluar hahh 2.73kg, boleh tahan jugaklah. Alhamdulillah, setakat ni mama sihat sahaja, then HB pun dah naik sikit dari 8.2 dah ke 9.3, harap-harap next week ambil lagi ujian hb boleh naik lagilah before mama deliver.

Syukur Alhamdulillah, juga, kuantiti ubat untuk thyroid juga telah diturunkan, kalau sebelum ni mama makan 3 biji sehari then diturun ke 2 biji, sekarang doktor cakap mama cuma perlu makan sebiji jerk sehari. Ujian darah dah semakin baik. Tapi lepas bersalin nanti rawatan thyroid perlu di teruskan sebab kadar metabolisme semasa mengandung dan selepas mengandung adalah lain, kemungkinan dos ubat  akan ditambah semula untuk mengimbangkan kadar iodin dalam badan mama.

Barang-barang baby juga dah siap packing dan dah diletakkan satu tempat. Beg untuk emergency pun mama selalu bawa di dalam kereta tu, no more riding with ayah, dah tak larat nak nak membonceng....kebas punggung...Mama rasa tak nak cuti, tapi kalau tak deliver juga within this or next week, before due date on 22nd of July mama mungkin kena admit wad, so dua hari sebelum tu cadang nak apply cuti lah, rehat-rehat kat rumah jerk.
Buat semua-semua teman yang membaca di ruangan ini, doakanlah agar semuanya di permudahankan. ...Mohon maaf andai ada bicara yang terguris disini Mudah-mudahan kita akan bersua kembali selepas pantang nanti on  September 2011.

Coretan:




Glitter Text @ Glitterfy.com

Jom Citer Pasal Kursus Ketrampilan Diri

Assalamualaikum w.b.t.

Lama rasanya tak updated blog ni. Macam-macam cerita sebenarnya untuk mama kongsi tapi tak sempat...sebok dengan checkup lah, kursus lah mcam-macam lagi.
 Antara peserta seminar yang hadir
Kiter cerita bab kursus dululah.....Pada 30 hb Jun lalu, Puspanita JLM mama ada menganjurkan Kursus Kesihatan dan Ketrampilan Diri. So macam-macam slot yang ada sepanjang seharian berkursus di Pusat Latihan di Pulau Indah tu. Ada antaranya tentang ketrampilan diri, tatacara pemakaian yang sesuai untuk sesuatu majlis, yang mana penceramahnya disampiakan oleh Pensyarah daripada UiTM dari Fakulti Office Management ( course mama dulu), tapi macam ingat-ingat lupa jerk  and macam fimiliar jerk nama Pensyarah tu.....mungkin tak mengajar mama kot....tapi pernah nampak agaknya. Tapi mama dulu kampus Manjung, Pensyarah ni pula daripada UiTM Shah Alam....hmm...

Sedikit Cenderahati buat TKP yang sudi merasmikan  seminar tersebut.


Cenderahati disampai oleh Y.Bhg. Datin Mastura kepada Ketua-Ketua Bahagian yang hadir


 Penggayaan tudung yang ditunjukkan oleh Farra Bagaikan Puteri


Lain-lain adalah tentang kecantikan, biasalah perempuan mana boleh lari dari penampilan diri yang nampak cantik. Jadi, pihak AJK ada menjemput consultant daripada Mary Kay, pernah dengar tak, ianya adalah produk buatan US. Selain daripada tu, pihak AJK juga ada menjemput Farra Bagaikan Puteri untuk memberi penerangan tengan koleksi tudung/abaya yang digayakan beliau hari ni. Sapa tak ingat Farra Bagaikan Puteri?..Angkat tangan...hi3...Farra ni sekarang dah bertudung, cantik dan manis sekali. Dressing dia pun dah ala-ala minah arab dah...memang nampak elegan dan memenuhi ciri-ciri wanita muslimah lah...Tapi tak larat tu, baju-baju yang dijual memang mahalll ler tak mampu mama nak beli. InsyaAllah, masih banyak koleksi lain di luar sana yang menutupi aurat dan mampu untuk dibeli, yang penting menutup aurat bukan harga yang menjadi persoalannya. Walau apapun, nak beli biarlah ukur dulu baju di badan kan?..Tengok kemampuanlah.....



Selain daripada tu, tentang perawatan resdung, then model lelaki yang dipilih untuk membuat rawatan resdung. Memang scary kalau tengok 'ulat-ulat' yang terhasil selepas rawatan dijalankan.





Upacara penyampaian cenderahati kepada semua wakil-wakil consultant yang memberi ceramah pada seminar tersebut



Peserta mengambil peluang bergambar dengan Farra Bagaikan Puteri...hi3

Dalam kursus tersebut, dijemput juga consultant daripada Penang. Beliau ada mengajarkan tentang cara-cara untuk membuat lulur sendiri di rumah. So lepas ni mama bolehlah try. Semua bahan-bahan yang mudah dapat dan berada disekeliling kita. Antara bahanya ialah, beras wangi, beras pulut putih/hitam, yogurt, fresh milk, kayu manis, bunga lawang/bungan cengkih( nak bagi wangi)....semuanya kisar kering dah simpan jerk..nak pakai baru bancuh dengan air. So, antara rajin dengan tak rajin jerk. Lulur mama yang sedia ada kat rumah tu pun, seminggu sekali jerk pakai, itupun kadang kalau teringat baru lah nak berlulur kalau tak...hmmmm terbiarjerklah...hi3.

Majlis pada mulanya dirasmikan oleh TKP Jabatan mama, tak sangka pula dia pun nak hadir. Sebab pada sebelah pagi ada juga slot untuk lelaki sama. Kursus tamat sekitar jam 5.30 petang.