Friday, July 15, 2011

Bersusah-Susah Dahulu Berenang-Renang Ketepian......


 Assalamualaikum w.b.t

 Dalam meniti kehidupan, sebelum bertemu kita dengan Maha Pencipta macam-macam dugaan dan cubaan yang perlu kita renangi, renungi dan harungi. Mendengarkan kawan-kawan punya permasalahan kadang-kadang merasakan kehidupan ni adakalanya adil, adakala tidak adil bagi sesetengah orang. Paling menyedihkan ada dikalangan kita penuh dengan sikap-sikap, PhD, memang terlalu kasihan merasakan. Mama pun bukanlah terlalu sempurna luaran mahupun dalaman, tapi rasanya perasaan PhD tu tak pernah terlintas atau terkelumit sikitpun dihati. 

Tengok orang tu senang,kita pun nak mcam tu sama, tengok orang tu pergi berjalan bercuti overseas dan sebagainya kita pun nak sama macam tu. Tengok orang pakai kereta mewah kita pun sama, tengok rumah besar kita pun nak sama. Memanglah rosak kalau nak ikutkan hati begitu sedangkan kemampuan adalah terbatas. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang dah amat memadai, padahal ada orang yang lebih susah, kadang-kadang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sedangkan kita tak pernah pun setakat ini kebuluran. Anak-anak mama bersyukurlah yer dengan apa yang kita ada hari ini.

Kadang-kadang, kalau dah kaya sangat pun, bimbang perasaan riak itu akan ada dalam diri. Bila dah kaya, lagi macam-macam ujian yang menimpa. Kehidupan mama penuh dikelilingi dengan pelbagai ragam manusia, bila dah kaya sangat diuji begini, bila dah terlampau alim dan beriman begitu pula ujiannya, dan bila miskin pun dia tetap diuji. Semuanya untuk menilai sejauh mana keimanan kita padaNya. Apakah bila kita kaya/sihat kita lupakannya, dan bila kita miskin pula kita lupa dah salahkan Dia juga dan andainya kita kuat beribadah dan beriman pun tetap diuji anggaplah Dia menguji untuk mengetahui sejauh manakah keimanan kita padanya adakah sekadar untuk menunjuk-nunjuk. Itulah, kita selagi dinamakan manusia, selagi itulah kita tidak akan lepas dari diuji dan terus diuji.

Mama juga pernah hidup susah, Tok Jah ngan Awan dulu cuma seorang penoreh getah, mama masa kecik-kecik (sekolah rendah)kalau hari cuti, pasti akan turun ke kebun tolong tok Jah kutip susu getah. Memang bermain dan hidup dalam rimba pohon getah jerk. Pernah, menoreh getah zaman 80's dulu seolah-olah kais pagi makan pagi kais petang makan petang, pokok getah pulak bukanlah pokok sendiri, pokok orang Tok Jah ngan Awan tolong potong jerk kemudian dibahagian dua. Harga getah zaman tu bukanlah macam harga getah zaman sekarang.

 Mama pernah makan nasi berlaukan garam dan berulamkan cili padi. Mama pernah juga pakai kasut yang ditampal-tampal dengan kotak dan dijahit rapi kemudian dikapurkan. Semua tu masih tersemat dalam ingatan. Masa tu, Awan ngan Tok Jah jatuh sakit, hujan pula dah tak boleh menoreh, Tok Jah ngan Awan memang tak ada simpanan, nak harapkan saudara mara, mereka  ada meminjam adalah, tapi lepas tu buat-buat lupa. 

Selain menoreh, Awan ada buka kedai runcit  depan rumah, tapi masalahnya orang kampung buat tempat melepaskan hutang. Bertimbun-timbun hutang, rasanya ada yang meninggal sampai sekarang tak langsaikan hutang pada Awan. Disebabkan modal dah tak boleh nak pusing, at last Awan tutup kedai dan berhijrah. Masa tu tinggallah mama dengan Tok Teh ( Mak Awan- dah arwah pada 1997) sebab mama nak exam PMR. Lepas PMR baru mama ikut Tok Jah ke Sungai Petani.

Alhamdulillah, berkat hijrah Awan ngan Tok Jah, cuma menyewa ketika itu, sambil menjalankan penjualan goreng pisang disamping awan ada mengambil upah buat renovation rumah-rumah orang ( mmg itu kepakaran Awan yang sebenar cuma tak da duit nak ambil lesen besar jerk), barulah kehidupan Mama, Tok Jah dan Awan sekeluarga berubah dari setahun ke setahun sehinggalah mama menamatkan pengajian di UiTM dan dapat membeli sebuah rumah buat mereka duduki yang sebelum ini hanya menyewa selama hampir 10 tahun. Alhamdulillah sejak mama bekerjalah, sedikit sebanyak dapat membantu mereka.

Oleh demikian, mama tidak pernah lupa asal usul diri. Nak ada PhD tu jauh sekali, walaupun pernah hidup susah, tapi tidak pernah terlintas atau iri hati pada mereka yang kaya ketika itu mahupun sekarang, kerana mama bersyukur dengan batas-batas kemampuan yang ada dan selalu ingatlah bahawasanya kita ini masih terlalu kerdil  untuk mengadap Maha Pencipta. Kalau dulu motto hidup mama ' Gagal Sekali, Tidak Beerti Gagal Selamanya', namun sekarang 'Pakai Baju Ukurlah Dibadan Sendiri'.

Renung-renungkanlah, mama akan sambung lagi...untuk penulisan seterusnya....

No comments: