Tuesday, November 8, 2011

Bihun Sup Utara

Assalamualaikum w.b.t,

Tahun ni, adalah tahun ke dua kita sekeluarga tak balik mana-mana kampung. Kampung Tok Mak mahupun Kg. Tok Jah di Sg. Petani. Dek kerana, tahun ni ayah dan mama masuk korban di surau yang selalu kita pergi ngaji tu dan juga sekali buat akikah untuk baby Hazirah.

Disebabkan sebok ayah membelikan keperluan untuk aktiviti memasak di surau pada hari raya, jadi kat rumah kita mama tak masak apapupun hari raya tu. Awal2 pagi dah ke surau, kecuali mama dan the other 3 girls.  Ayah jam 7.45 dah ke surau, sebab solat akan start pada jam 8.00 pagi, dia pergi cuma bawa Hakim jerk. Lepas solat ayah balik bawa kita ke surau tengok orang sembelih lembuh dan kambing untuk korban hari raya pada kali ni 1432H. Sementara kaum-kaum ibu sebok di bahagian lain di surau untuk memasak bagi yang bekerja keras menyiapkan daging-daging korban. Jadi kita tengah hari makan di situ saja.

Balik dari surau, kita dapatlah sikit daging serta tulang hasil dari korban. Esoknya mama masakkan Bihun Sup Utara yang sememangnya dah lama tak makan n agak sukar nak dapatkan di sini, kalau ada pun terhad dan tak sama macam kat utara.
So inilah hasilnya............taraaaa......so tak payah lagi pergi Ani Sup Utara, mama pun tau masak, cuma tak dan jaaa...




Resepi Bihun Sup Utara.

Sup:

- Ketuk halia dan lengkuas dan potong bawang besar sebijik or dua bijik. 
-Kemudian direbus bersama daging dan tulang direbus hampir 3 jam.
-Masukkan sup bonjot...disebabkan sup bonjot tak ada, mama cuma masukkan buah pelaga 4 biji, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis....

Note: ada yang masukkan gula batu ...tapi tu terpulang....air tangan masing2.

Bahan Bersama Bihun

1. Tauhu digoreng dan dipotong nipis2
2. Daun Sup & daun bawang.
3. Daging yang sudah direbus di ricik2 sahaja.
4. Lobak Masin( mesti wajib ada..tak ada mcm tak best) pun di ricik halus.
5. Sambal Merah...ni pun wajib ada..kalau tak dak macam tak kick (betui kaa eja ni)....atauuuu
6. Sambal Kicap ..mama tak buat..sebab dah biasa sgt sambal kicap...sebab org selatan makan bihun sup dorang ada sambal kicap...so memang...tak buatlaa..tapi kalau sapa suka sambal kicap pun terpulanggg....tekak masing2 kan..hi3

Cara untuk membuat sambal merah:
10 biji cili kering direbus dan diblender kering. Kemudian dikacau di atas api yang perlahan dengan sedikit air dari kuah sup tadi, masukkan sedikit garam(jgn byk nanti masin) dan gula secukupnya. Kacau hingga menjadi merah dan kehitam-hitamman...tu baru best.

Note: ada juga yang pakai cuma serbuk cili dicampur dengan gula dan kuah sup dikacau sebati hingga kehitaman.


Petua untuk kuningkan bihun:
Cuma rendam dalam air dicampur dengan serbuk kunyit kemudian dicelur dgn air panas2 bagi lembut betul2.




Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

2 comments:

dalila said...

tahun ni dela x balik SP...... teringat pulak bihun sup kat tikam batu... :)

@hasney^-^ said...

yerke Dila, kami pun tak balik...hari Jumaat ni baru nak balik..sp