Tuesday, March 31, 2009

Hukum Kenduri Arwah

Hukum Kenduri Arwah

Disiarkan pada Mar 09, 2009 dalam kategori Ibadah |
Soalan: Apakah agama menyuruh kita mengadakan kenduri atau jamuan sempena kematian seseorang yang dinamakan dengan kenduri arwah. Sesetengah ‘ustaz’ akan mencerca sesiapa yang tidak mahu buat dan menganggap sesiapa yang tidak buat kenduri arwah macam tidak menghormati mazhab al-Syafi’i. Apakah ini benar?

Jawapan: Sesuatu yang hendak dikaitkan dengan agama ini mestilah mempunyai dalil yang membuktikannya. Dalam masalah jamuan sempena kematian, sahabat Nabi bernama Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali menyebut:
كُنَّا نَرَى الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنْ النِّيَاحَةِ
Kami menganggap berhimpun kepada keluarga si mati dan menyediakan makanan termasuk dalam (hukum) al-Niyahah (meratapi mayat) (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah; sanadnya sahih)
Berdasarkan kepada hadith, maka kenduri arwah bukan dari ajaran Islam, ia menyerupai perbuatan meratapi mayat yang dilarang oleh syarak. Maka, amalan itu adalah warisan jahiliyyah yang para sahabah elakkannya.
Malang sekali sesetengah pihak menganggap ini merupakan pendapat mazhab al-Syafi’i. Jawapan kita dalam masalah ini;
Pertama: pendapat siapa pun, mazhab apa pun jika berbeda dengan nas Allah dan rasulNya, maka apa yang ditegaskan oleh Allah dan rasul itu yang diperintahkan untuk kita pegang.
Kedua: karangan para ulama mazhab al-Syafi’i juga menunjukkan mereka tidak pernah menyukai perbuatan ini. Tokoh besar mazhab al-Syafi’i, al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) umpamanya dalam Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: “adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai” (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab, 5/320, Beirut: Dar al-Fikr.)
Demikian tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’i, antaranya al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji menulis dalam kitab mereka: “Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati adalah mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya”.
Tambah mereka lagi: “Menyusahkan keluarga si mati dengan membuat makanan dan menghimpunkan orang ramai kepada makanan –seperti yang menjadi kebiasaan di zaman kini- adalah bid’ah yang bertentangan dengan sunnah dengan percanggahan yang amat sangat”. (Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji, Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i, 1/263, Damsyik: Dar al-Qalam).
Bahkan kitab-kitab jawi Nusantara juga bertegas dalam masalah ini. Antara apa yang disebut oleh Syeikh Daud al-Fatani dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (Daud al-Fatani, Bughyah al-Talab 2/34). Demikian juga kenyataan yang sama dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin (m.s 87), al-Syeikh Idris al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi (7/130).
Kata Sayyid Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah: Para imam (ilmuan besar) bersepakat tentang kemakruhan keluarga si mati menyediakan makanan untuk orang ramai lalu mereka berhimpun untuk jamuan tersebut. Demikian itu menambahkan kesusahan dan kesibukan keluarga si mati, juga menyerupai amalan masyarakat jahiliyyah. Ini berdasarkan hadis Jarir: “Kami menganggap berhimpun kepada keluarga si mati dan menyediakan makanan selepas pengebumian mayat termasuk dalam (hukum) al-Niyahah (meratapi mayat)”. Sebahagian ulama berpendapat perbuatan ini adalah haram”. (Fiqh al-Sunnah 1/508)
Maka perbuatan mengadakan kenduri sempena kematian adalah bid’ah, menyanggahi sunnah Nabi s.a.w.

SUMBER: DR.MAZA WEB
ALLAH LEBIH MENGETAHUI
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

'Kiamat Kecil"

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi dengan izinnya aku dapat lagi meneruskan untuk menulis beberapa coretan lagi di blog ini untuk dikongsi bersama

Pagi tadi dalam perjalanan ke opis, aku dengar IKIM FM. Pagi ini membicarakan tentang Kiamat Kecil dan Kiamat Besar yang dibualbicarakan bersama Ustad Wan Zawawi salah seorang penceramah bebas terkenal.

So, pagi-pagi ini membicarakan topic dimulakan dengan tanda-tanda kiamat kecil..yakni..'kematian'. Semua orang akan menghadapi kematian. Kadang-kadang kita takut untuk membicarakannya..kadang-kadang bila difikirkan kembali biarlah sekurang-kurangnya ia memberikan kita berfikiran positif bahawa hidup di dunia ini janganlah kita leka dan lalai akan persiapan menuju akhirat.



Beliau menyatakan..para sahabat ada meriwayatkan Nabi Muhammad s. a. w, sebelum wafat, beliau ditumbuhi uban dalam 16 helai uban dikepalanya. Jadi kalau kita ditumbuhi uban ke apa janganlah kita cabut, seolah-olah kita ingin menghapuskan tanda-tanda kematian itu. Selain daripada itu, ada juga tanda-tanda seperti..tiba-tiba hilang pandangan mata iaitu rabun. Namun, ada juga diantara kita meninggal tanpa menunjukkan apa-apa tanda-tanda akhir pun sebab ada yang meninggal dalam tidur. Selain tanda-tanda tadi, kalau kita jatuh sakit pun ianya adalah merupakan tanda-tanda kecil kiamat.

Seringkali, kalau kita mendengar kematian, kita akan persoalkan..ada tak orang tu tanda-tanda apa sebelum ini...ada yang kita dengar. Jadi peramah jadi pendiam, dari pendiam jadi peramah dan ada, kalau dulu kalau diajak makan..nak makan sekali...tiba-tiba bila diajak makan...dah tak nak makan sekali dan lain-lain lagilah.


Oleh yang demikian semoga ianya menjadi ikhtibar dan pengajaran untuk semua. Mati itu adalah tiada masa hujung dan pengakhiranya. Ada yang mati pabila hampir nyanyuk, ada yang mati ketika masih bayi, ada yang mati ketika bersenang lenang dengan kemewahan dunia, ada yang mati ketika kebahgiaan menyelubungi hidup, ada yang mati ketika masih muda dan belum puas keseronokan. Namun itu semua bukannlah menjadi pilihan kita dan menjamin yang mana satu pilihan kita. Semuanya adalah atas kuasa Allah Yang Maha Kaya. Kita selagi bernyawa selagi bernafas hendaklah berusaha untuk membahagikan antara duniawi dan ukrawi.

Hmm..marilah kita sama-sama fikirkan. Sejauh manalah beratnya timbangan kita setakat ini untuk dihimpunkan dihari perhitungan kelak.
InsyaAllah, ini antara serba sedikit yang dapat dikongsi. Jadi kalau ada sesiapa ingin berkongsi dipersilakan semoga menjadi panduan dan renungan untuk kita bersama. Amin

Monday, March 30, 2009

Kepulanganmu Yang Kunanti

Alhamdulillah, pada 16 April nanti orang yang tercinta akan kembali ke sisi dan anak-anak. Manakala sekitar awal Jun 2009 aku akan melahikan seorang lagi cahaya mata penyeri rumahtangga yang melengkapkan lagi keluargaku. Kali ini pun buat masa sekarang tak dapat dipastikan lagi jantina nya..InsyaAllah sekembalinya husband nanti baru aku akan membuat scan sekali lagi di Hospital private saja. Seterusnya menghitung hari demi hari penantian orang baru dalam hidup kami.

InsyaAllah, kemungkinan aku akan bersalin di Sungai Petani jugak sama seperti Hani, dan selepas 2-3 minggu mungkin sambung berpantang di Segamat sebelah mertua pulak, lagipun hubby nanti senang sikit kalau dia nak datang melawat kami anak beranak. Itupun kalau dia dah bekerja barulaaa..sebabnya after balik nanti tak sure lagi keje kat mana, maklumlah kerja kat Saudi hari tu pun..kontract jerk..then, company dia extend just for 6 months jerk..maklumlah dengan economi yang gawat2 skrang ni..tapi di atas sebab-sebab tertentu husband tak nak continue lagi contract nyer tu..InsyaAllah. Rezeki Allah tu dimana-mana sahaja, dan kalau kali ini ditakdirkan dia kembali semula ke Saudi mungkin aku dan anak beranak akan diangkut sama. Syukur Alhamdulillah andainya demikian rupa....Semoga segala hajat,cita-cita suamiku termakbul hendaknyaa..

Amin..

LARANGAN BERHIAS DAN BERBUSANA BERLEBIHAN

Di riwayatkan dari Aisyah Ra,katanya ketika Rasulullah S.A.W sedang duduk beristirahat di masjid,tiba-tiba ada seorang perempuan golongan Muzainah terlihat mempamerkan dandanannya di masjid sambil menyeret nyeret busana

panjangnya Rasulullah S.A.W bersabda:"Hai sekalian manusia ,laranglah isteri-istreimu (termasuk anak-anak remaja perempuan yang mereka miliki)mengenakan dandanan seraya berjalan angkuh di dalam masjid. Sesungguhnya Bani Israil tidak akan dilaknati sehingga kaum perempuan mereka dandanan mencolok (berlebihan) dan berjalan di dalam masjid.(Di riwayatkan Ibnu majah)

Rasulullah S.A.W bersabda:"mana-mana saja seorang perempuan yang mengenakan wangian, kemudian keluar rumah lalu melewati orang banyak dengan maksud agar mereka mencium bau harumnya,maka perempuan itu termasuk golongan perempuan yang berzina dan setiap mata yang memandang itu melakukan zina (diriwayatkan Ahmad Annasai dan Al Hakim dari Ibnu Abu Musa Al Asy'ari)

Rasulullah S.A.W bersabda :"Aku melihat di syurga ,ternyata sebagian besar isinya (yakni penghuninya )adalah golongan orang fakir.Dan aku melihat neraka ternyata sebagian besar penghuninya kulihat dari golongan orang perempuan".(Diriwayatkan oleh Ahmad,Muslim,Turmudzi,dari Anas dan diriwayat oleh Bukhari dan Turmudzi dari Imran bin Hashin)

"HURAIAN TABARUJ"

Tabaruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota ² badan Al-Bukhari Rahmatullahi’ Alaihi ada berkata “ Tabaruj iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.

Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan aurat dan di samping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian, Allah swt melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabaruj).

Maka dengarlah wahai ummah Islam semua , Allah swt berfirman “Katakanlah kepada wanita yg beriman; hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya dan jangan menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami² mereka. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang kamu sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang² yang beriman supaya kamu beruntung.

(AN-NISA’: 31)

Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah “ Hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya”…. Bukanlah terhenti di bahagian kepala sahaja malahan menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya maka sudah jelas, ia bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah swt. Akibat dari kecuaian dan kelalaian tersebut sudah pasti azabnya amatlah pedih di akhirat nanti.

Awas! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman “ Jangan menampakkan perhiasan…”. Dengan ini, sudah jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah swt melarang bermake-up.Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita² yang beriman sahaja kerana takut kepada murka Allah dan siksaNya.

Pengertian perhiasan bukanlah tertentu pada alat² solek atau fesyen² pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istimewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu.Jika kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada yang lelaki, maka perbuatan yang demikian juga dinamakan TABARUJ.

Ada pula di kalangan wanita yang bertudung, di samping tudung ini diletakkan pula di atasnya kaitan bunga dan ukiran yang menarik, manakala rambutnya yang di bahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar dari kain tudung, dan terjuntai menutupi sebahagian dahi dan lesung pipitnya. Andainya angin bertiup, sudah pasti rambut tadi akan terlambai² mengikut arus bayu. Ada fesyen pula, rambutnya disanggul dan dihias pula laksana mahkota, kerana dengan ini, setelah nanti dilekatkan dengan kain tudung, semakin jelas bentuk dan keindahan mahkotanya.

Usaha dan idea seperti ini dilakukan agar ia kelihatan menarik, dan kononnya supaya dianggap orang, bahawa ia juga seorang yg mentaati Allah di samping pandai pula sesuaikan diri dengan pelbagai fesyen pakaian mengikut zaman.

Sebenarnya perkara ini adalah salah. Allah swtlebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda. Penzahiran tindakan ini bererti kamu menipu diri sendiri. Akhirnya anda juga tergolong dlm golongan wanita² yang bermake-up spt dalam firman Allahdalam ayat yg lalu.

Dari sini mari pula kita tinjau ayat Al-Quran yang bermaksud “ Dan janganlah kamu hentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan”. Dari kandungan ayat ini, Allah juga melarang setengah golongan wanita( tradisi mereka ini bergelang kaki) dari menghulurkan kaki hingga terlihat perhiasan tersebut.

Andainya baju yang dipakai menutupi aurat, tetapi oleh kerana hoyongan badan berjalan, pakaian itu turut terhoyong hingga kadang-kadang ternampak bentuk badan di sesetengah bahagian anggota, keadaan seperti ini dimaafkan.

Berikut pula mari kita merenung firman Allah swt khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah saw;
“Hai isteri-isteri Nabi(a.s.), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicarahingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik”. (Al-Ahzab:32)

Dalam ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah-lembut adalah sebahagian drpd aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make up.Rasulullah saw bersabda:

“ Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan penzinaan”

Penggunaan minyak wangi sembur atau jenis-jenis bauan bagi kaum wanita di waktu keluar dr rumah adalah dilarang, kerana syariat Islam, apabila melarang penzinaan, maka segala sumber-sumber dan ciri-ciri yang membawa kpd perbuatan keji tadi semuanya dilarang.

Ummu Salamah ada menceritakan, maksudnya begini: Asma’ bt Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah saw pada suatu hari dgn berpakaian tipis.Lantas Baginda saw menasihatinya dgn bersabda:

“Wahai Asma’!Sesungguhnya seseorng gadis yang telah berhaid (baligh) tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali yg ini dan ini.” Di samping itu, Rasulullah saw mengisyaratkan kpd muka dan dua tapak tangannya.

Alangkah bahagianya seorng wanita bersifat sederhana di luar, tetapi menjadi peragawati di dalam rumah. Sudah tentu ia tidak menerima teguran yg banyak, kerana bukan mudah utk melayan selera jumhur(org ramai), tetapi suami di rumah mudah dilayan. Jika masih ada teguran darinya, itulah alamat suami yang sayangkan isterinya. Besok atau setelah menerima wang gaji, segala kehendak pasti dipenuhi.

Kesimpulan hadith tadi , bolehlah difahamkan bhw Allah swt membenarkan bagi wanita membuka muka dan dua tapak tangan jika anggota ini tak di make up. Andainya anggota-anggota tersebut dihiasi umpamanya muka berbedak, kening bercelak, bibir bergincu dsbnya, maka kawasan muka spt ini wajib juga ditudung dgn kain tudung.Begitu juga dgn tapak angan hingga ke pergelangan. Andainya dihiasi (seperti berinai atau seumpamanya) maka wajiblah di tutup spt sarung tangan.

Tujuan suruhan ini adalah utk menghindarkan dari berlakunya sebarang kemungkaran. Setelah seseorg wanita tidak lagi bermake up kecuali utk dipersembahkan kepada suaminya, dgn tertegaklah suatu benteng yang dapat menyekat sebarang renungan dan kerlingan mata keranjang.

Pendedahan perhiasan yg dilakukan oleh wanita dengan mempamerkan kejelitaan tubuh mereka dianggap sbg satu penipuan yg besar terhadap lelaki.Pendedahan tersebut boleh menimbulkan berahi setiap lelaki.Perbuatan ini umpama membentangkan juadah makanan di hadapan mereka. Andainya makanan enak terbentang di hadapan mereka, mata siapa yg tidak terbeliak? Selera siapakah yg tidak terbuka? Natijah drpd ini pula Allah swt tidak ketinggalan memerintah kaum lelaki supaya mereka pelihara penglihatan mereka drpd melihat perkara yg diharamkan.Larangan tersebut terdapat d dlm firmanNya:

“ Katakanlah kepada orang lelaki yg beriman: Hendaklah mereka pelihara (menahan) pandangan dan pelihara kemaluannya……..”
(A-Nur: 30)


Demikian juga Allah swt menyuruh perempuan supaya menahan pandangan mereka dlm surah An-Nur ayat 31.Kesimpulan drpd ini ialah PANDANGAN BOLEH MEMBAWA KEPADA ZINA.

Friday, March 27, 2009

Read This- Very Touching Story



IBU MITHALI

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang an
ak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."


Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"


"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."


"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka.. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka.. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air..
Penat saya membersihkannya. "


"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak.. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka.. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.


Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.

"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.


Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya.. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati.. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Mithali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir itu.

Monday, March 23, 2009

Welcome Home My Dearest

Dear Hubby,

Welcome home honey, I really2 love you so much..So by this 16th April he is coming back on the special date in my life. Date that I was born and means everything. InsyaAllah as usual i'll fetch him at KLIA...hmm siang2 ok laaa..gi sengsorang..malam2 tu takut gaks..he..he..

Jadi mulai sekarang, abang akan sentiasa berasa disisi ayang dan anaklah.InsyaAllah, di mana-mana ada rezeki Allah. Allah menaburkan rezekinya diseluruh pelusuk alam, jadi sebagai manusia biasa ini kita hanya perlu pandai mencarinya demi mendapat keredhaan dan keberkatan.

Tuesday, March 10, 2009

Stop For Blogging for A While

Actually, maybe some of you can't hear about me for about 3 days...Nothing happen, I just went for a course at Pulau Indah. Attend course what?....he..he..nak tahuker?...Biasalah nk kumpul kursus tahunan, nanti pertengahan tawon, aku pulak sebok cuti panjang kan?..he..he..ntahlah..special or not but have you been hear about 'Budaya Kerja Cemerlang Melalui Pendekatan EQ". So, what means by EQ?...That's y, I really excited to go and grab as much as knowledge about this thing. EQ means...Emotionial Qoutient...So dalam tajuk ni lebih senang untuk difahami ialah..Bagaimana Memupuk Budaya Kerja Cemerlang Melalui Pendekatan Pengawalan Perasaan.

So, today, is my first day for this course, yea, it's really interesting. A lot of activities and i can give for 2 lecture today..100% and 10 it's really good and the word bored maybe can't appear in your face...he..he..I don't know, this is very different course that I've been, but this time a lot of activities and needs our brain to think about it.

Alhamdulillah, at last, the course was succeed and I grab the certificate at the end of the programme. So, InsyaAllah hopefully, what I get during the course can be used for my daily work.


But the best thing is ' my group boleh terapungkan clip paper dalam air'...it's look like a magic act not. Hmm ntahla tak tahu macam mana nak explain.

Tuesday, March 3, 2009

Atie oh Atie Kawan Kecik-kecikku.

Nih...aku nk citer pasal kawan lama aku dari kecik..kawan2 sepermainan.....kira2 dari sek. rendah-menengahlaaa...masa sek. menengah sama2la...tapi tok sebelah bapak dia duduk dekat dengan umah tok aku satu kampunglaaa. Kami lepas sekolah tu lama sungguh tak jumpa, masing2 lost contact, sebab aku lepas form 3 aku moved to Sungai Petani...then dah tak tau..dia pegi mana...tuup..tuup..masa aku masuk Uitm Cawangan Perak tu...terjumpa semula kat situ, tapi masa tu dia pun dah senior aku masuk lambat satu sem, itupun jarang gaks la bertemu..kadang2 jerk, yerklah kelas dah asing2 dah tu...tinggal plak blok asing2.

Then, tak silap aku, after grad(sebab dia grad dulu dr aku)..dia kahwin, sempat gaksla aku gi jenguk, yerklah, first time kawan yg seusia aku kahwin kan, so saper yg tk excited..aku gi lah jenguk dia nikah n wedding kt umah atok sebelah mak dia kt kampung berhampiran sekolah kami dulu...


After dat, we all lost contact again n again...till then i meet her when we're attending interview session untuk ke luar negara pada 2006. Itulah Atie, kawanku sejak kecil sekarang, dia berada di Frankfurt, Jerman...at last, we now can get in touch each other through this blogging....so ada gaks faedahnya dapat blogging2 ni...persahabatan lama yg terputus dapat dijalin semula...so for those anyone who are recognize me...just keep in touch.

So, Atie yang aku kenali dulu..seorang yang kurung kering kini berubah rupa......he..he..jangan maraaa...tak mengapa Atie, janji suami sayang dan kasih sayang antara suami isteri itu yang paling utama dari segala-galanya...I'm so happy tengok you'all anak beranak yang sangt bahagia. Bestkan dikelilingi dengan anak-anak gadis yang meningkat dewasa..biasalah tu ..jerit menjerit...dulu intan pun tengok orng jerk jerit2 terlolong2 so bila berlaku diri sendiri baru perasan...kadang-kadang kenakalan anak-anak ini sememangnya teramatlah menguji kesabaran.....tak kusangka sekarang di dalam rumahku sendiri ada 'tarzan kota'....lebih-lebih lagi melayan kerenah anak lelakiku itu...
hu..hu..