Tabaruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota ² badan Al-Bukhari Rahmatullahi’ Alaihi ada berkata “ Tabaruj iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.
Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan aurat dan di samping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian, Allah swt melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabaruj).
Maka dengarlah wahai ummah Islam semua , Allah swt berfirman “Katakanlah kepada wanita yg beriman; hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya dan jangan menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami² mereka. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang kamu sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang² yang beriman supaya kamu beruntung.
(AN-NISA’: 31)
Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah “ Hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya”…. Bukanlah terhenti di bahagian kepala sahaja malahan menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya maka sudah jelas, ia bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah swt. Akibat dari kecuaian dan kelalaian tersebut sudah pasti azabnya amatlah pedih di akhirat nanti.
Awas! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman “ Jangan menampakkan perhiasan…”. Dengan ini, sudah jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah swt melarang bermake-up.Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita² yang beriman sahaja kerana takut kepada murka Allah dan siksaNya.
Pengertian perhiasan bukanlah tertentu pada alat² solek atau fesyen² pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istimewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu.Jika kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada yang lelaki, maka perbuatan yang demikian juga dinamakan TABARUJ.
Ada pula di kalangan wanita yang bertudung, di samping tudung ini diletakkan pula di atasnya kaitan bunga dan ukiran yang menarik, manakala rambutnya yang di bahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar dari kain tudung, dan terjuntai menutupi sebahagian dahi dan lesung pipitnya. Andainya angin bertiup, sudah pasti rambut tadi akan terlambai² mengikut arus bayu. Ada fesyen pula, rambutnya disanggul dan dihias pula laksana mahkota, kerana dengan ini, setelah nanti dilekatkan dengan kain tudung, semakin jelas bentuk dan keindahan mahkotanya.
Usaha dan idea seperti ini dilakukan agar ia kelihatan menarik, dan kononnya supaya dianggap orang, bahawa ia juga seorang yg mentaati Allah di samping pandai pula sesuaikan diri dengan pelbagai fesyen pakaian mengikut zaman.
Sebenarnya perkara ini adalah salah. Allah swtlebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda. Penzahiran tindakan ini bererti kamu menipu diri sendiri. Akhirnya anda juga tergolong dlm golongan wanita² yang bermake-up spt dalam firman Allahdalam ayat yg lalu.
Dari sini mari pula kita tinjau ayat Al-Quran yang bermaksud “ Dan janganlah kamu hentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan”. Dari kandungan ayat ini, Allah juga melarang setengah golongan wanita( tradisi mereka ini bergelang kaki) dari menghulurkan kaki hingga terlihat perhiasan tersebut.
Andainya baju yang dipakai menutupi aurat, tetapi oleh kerana hoyongan badan berjalan, pakaian itu turut terhoyong hingga kadang-kadang ternampak bentuk badan di sesetengah bahagian anggota, keadaan seperti ini dimaafkan.
Berikut pula mari kita merenung firman Allah swt khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah saw;
“Hai isteri-isteri Nabi(a.s.), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicarahingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik”. (Al-Ahzab:32)
Dalam ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah-lembut adalah sebahagian drpd aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make up.Rasulullah saw bersabda:
“ Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan penzinaan”
Penggunaan minyak wangi sembur atau jenis-jenis bauan bagi kaum wanita di waktu keluar dr rumah adalah dilarang, kerana syariat Islam, apabila melarang penzinaan, maka segala sumber-sumber dan ciri-ciri yang membawa kpd perbuatan keji tadi semuanya dilarang.
Ummu Salamah ada menceritakan, maksudnya begini: Asma’ bt Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah saw pada suatu hari dgn berpakaian tipis.Lantas Baginda saw menasihatinya dgn bersabda:
“Wahai Asma’!Sesungguhnya seseorng gadis yang telah berhaid (baligh) tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali yg ini dan ini.” Di samping itu, Rasulullah saw mengisyaratkan kpd muka dan dua tapak tangannya.
Alangkah bahagianya seorng wanita bersifat sederhana di luar, tetapi menjadi peragawati di dalam rumah. Sudah tentu ia tidak menerima teguran yg banyak, kerana bukan mudah utk melayan selera jumhur(org ramai), tetapi suami di rumah mudah dilayan. Jika masih ada teguran darinya, itulah alamat suami yang sayangkan isterinya. Besok atau setelah menerima wang gaji, segala kehendak pasti dipenuhi.
Kesimpulan hadith tadi , bolehlah difahamkan bhw Allah swt membenarkan bagi wanita membuka muka dan dua tapak tangan jika anggota ini tak di make up. Andainya anggota-anggota tersebut dihiasi umpamanya muka berbedak, kening bercelak, bibir bergincu dsbnya, maka kawasan muka spt ini wajib juga ditudung dgn kain tudung.Begitu juga dgn tapak angan hingga ke pergelangan. Andainya dihiasi (seperti berinai atau seumpamanya) maka wajiblah di tutup spt sarung tangan.
Tujuan suruhan ini adalah utk menghindarkan dari berlakunya sebarang kemungkaran. Setelah seseorg wanita tidak lagi bermake up kecuali utk dipersembahkan kepada suaminya, dgn tertegaklah suatu benteng yang dapat menyekat sebarang renungan dan kerlingan mata keranjang.
Pendedahan perhiasan yg dilakukan oleh wanita dengan mempamerkan kejelitaan tubuh mereka dianggap sbg satu penipuan yg besar terhadap lelaki.Pendedahan tersebut boleh menimbulkan berahi setiap lelaki.Perbuatan ini umpama membentangkan juadah makanan di hadapan mereka. Andainya makanan enak terbentang di hadapan mereka, mata siapa yg tidak terbeliak? Selera siapakah yg tidak terbuka? Natijah drpd ini pula Allah swt tidak ketinggalan memerintah kaum lelaki supaya mereka pelihara penglihatan mereka drpd melihat perkara yg diharamkan.Larangan tersebut terdapat d dlm firmanNya:
“ Katakanlah kepada orang lelaki yg beriman: Hendaklah mereka pelihara (menahan) pandangan dan pelihara kemaluannya……..”
(A-Nur: 30)
Demikian juga Allah swt menyuruh perempuan supaya menahan pandangan mereka dlm surah An-Nur ayat 31.Kesimpulan drpd ini ialah PANDANGAN BOLEH MEMBAWA KEPADA ZINA.
No comments:
Post a Comment