Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi dengan izinnya aku dapat lagi meneruskan untuk menulis beberapa coretan lagi di blog ini untuk dikongsi bersama
Pagi tadi dalam perjalanan ke opis, aku dengar IKIM FM. Pagi ini membicarakan tentang Kiamat Kecil dan Kiamat Besar yang dibualbicarakan bersama Ustad Wan Zawawi salah seorang penceramah bebas terkenal.
So, pagi-pagi ini membicarakan topic dimulakan dengan tanda-tanda kiamat kecil..yakni..'kematian'. Semua orang akan menghadapi kematian. Kadang-kadang kita takut untuk membicarakannya..kadang-kadang bila difikirkan kembali biarlah sekurang-kurangnya ia memberikan kita berfikiran positif bahawa hidup di dunia ini janganlah kita leka dan lalai akan persiapan menuju akhirat.

Beliau menyatakan..para sahabat ada meriwayatkan Nabi Muhammad s. a. w, sebelum wafat, beliau ditumbuhi uban dalam 16 helai uban dikepalanya. Jadi kalau kita ditumbuhi uban ke apa janganlah kita cabut, seolah-olah kita ingin menghapuskan tanda-tanda kematian itu. Selain daripada itu, ada juga tanda-tanda seperti..tiba-tiba hilang pandangan mata iaitu rabun. Namun, ada juga diantara kita meninggal tanpa menunjukkan apa-apa tanda-tanda akhir pun sebab ada yang meninggal dalam tidur. Selain tanda-tanda tadi, kalau kita jatuh sakit pun ianya adalah merupakan tanda-tanda kecil kiamat.
Seringkali, kalau kita mendengar kematian, kita akan persoalkan..ada tak orang tu tanda-tanda apa sebelum ini...ada yang kita dengar. Jadi peramah jadi pendiam, dari pendiam jadi peramah dan ada, kalau dulu kalau diajak makan..nak makan sekali...tiba-tiba bila diajak makan...dah tak nak makan sekali dan lain-lain lagilah.
Oleh yang demikian semoga ianya menjadi ikhtibar dan pengajaran untuk semua. Mati itu adalah tiada masa hujung dan pengakhiranya. Ada yang mati pabila hampir nyanyuk, ada yang mati ketika masih bayi, ada yang mati ketika bersenang lenang dengan kemewahan dunia, ada yang mati ketika kebahgiaan menyelubungi hidup, ada yang mati ketika masih muda dan belum puas keseronokan. Namun itu semua bukannlah menjadi pilihan kita dan menjamin yang mana satu pilihan kita. Semuanya adalah atas kuasa Allah Yang Maha Kaya. Kita selagi bernyawa selagi bernafas hendaklah berusaha untuk membahagikan antara duniawi dan ukrawi.
Hmm..marilah kita sama-sama fikirkan. Sejauh manalah beratnya timbangan kita setakat ini untuk dihimpunkan dihari perhitungan kelak. InsyaAllah, ini antara serba sedikit yang dapat dikongsi. Jadi kalau ada sesiapa ingin berkongsi dipersilakan semoga menjadi panduan dan renungan untuk kita bersama. Amin

No comments:
Post a Comment