Tuesday, November 23, 2010

Bukan Cuti Panjang Tapi Cuti Bersebab

Bukan cuti panjang...cuti yang pendek itu dimanfaatkan sepenuhnya. Semalam mama sambung lagi cuti. Bukan kemana-mana pun sekadar melepaskan lelah cuti yang dua hari sebelum tu mengemas rumah macam anak raja nak datang.

Sebenarnya, bukan apa, barang-barang lama memang dah lama nak buang, lagipun menyemak bilik-bilik yang sememangnya tak berapa besar itu.  So cuti tiga hari tu, mama memang buat projek sungguh-sungguh. Segala baju-baju lama yang nak disedekahkan pun dah diasingkan hampir  lima plastik beg hitam. So, bilik 2nd yang mungkin nanti jadi bilik tetamu tu dah clear dan cantik sudah. InsyaAllah kalau diberikan rezeki lebih nanti ketiga-tiga bilik tersebut mama nak letakkan tiles  atau lantai kayu/parquet. Memang agak costly, so sebab itulah hold dulu. Selain nampak cantik dan kemas ianya juga kalis sejuk kan.


Bilik utama, yang kini didiami Pak Uda, panggilan anak-anak mama. Mama pun dah kemaskan semalam. Itu lagilah, dah macam sarang ternak apa pun mama tak tahulah. Selain ditukarkan cadar dan langsir bilik. Oklah sikit ada lah ruang kalau tidak ada ruang setapak demi setapak kaki saja.


Projek hari Ahad, kemaskan ruang garaj yang dah tak ada rupa garaj, mana tidaknya adik-adik ipar dah buat macam workshop kereta. Segala barang-barang yang tidak terpakai semua dilonggokkan di ruang depan rumah. Mama bereskan dengan Pak Cik dan Acu Ikie. Lebih kurang dalam 5 plastik hitam sampah yang telah dibuang selain rak-rak yang tidak terpakai lagi.

Hari Isnin, mama cuti. Selepas masak semua lebih kurang 11.30 pagi, mama memulakan operasi membasuh dan mengemop lantai di garaj. Siap lebih kurang jam 1.30 t.hari. Alhamdulillah, tengok keadaan yang kemas bersih dan cantik tenang dan lapang dada. Kalau tidak memang sakit mata nak tengok pun.

Actually, buat projek besar-besaran ni bukannya apa, memang dah lama nak buat tapi memandangkan kebizian ditambah dengan kemalasan sebabtulah asyik tertangguh-tangguh saja. Lagipun ditambah dengan tok Jah dan Awan nak datang pula hujung minggu ni ( 26-28 November 2010) sebab ada kenduri Pak Ngah Jan kat Sungai Besi. Terlanjur tu diorang mungkin akan menginap di rumah kita. 

Rumah yang kita duduki sekarang ni masih rumah Tok Ayah, mama bercadang akan mengambil alih rumah tersebut dalam tahun depan 2011 selepas segala proses loan selesai. Memang rumah ni style rumah lama, tapi memandangkan cost yang itu sahaja kemampuan mama selain faktor-faktor lain yang amat strategic, so malas dah nak pindah randah lagi sekali, cukuplah selama ni dah pindah randah sebanyak empat kali jadi permanent di sini sajalah. Lagipun rumah ini rasanya sesuai dengan kita yang masih keluarga kecil ini, 3  bilik + 1 bilik (di loteng) dan 2 bilik air). Ruang untuk family hall and living hall pun dah cukup luas. Cuma yang perlu renovate sekarang ni kitchen cabinet aje. Inilah ruang paling mama suka untuk memasak dengan penuh kasih sayang buat semua ahli keluarga mama.

 Kitchen Cabinet idaman mama


Sekarang ni, tinggal loteng atas jerk belum buat apa-apa. Buat masa sekarang masih penuh dengan peninggalan buku-buku lama, Acu Aki, Pak Chik. Mungkin buku2 ayah , paklong zaman kecik2 pun ada lagi kot. Sementara Acu ada kt rumah sekarang, mama minta dia kumpulkan buku-buku tu kemudian boleh jual saja.  InsyaAllah kalau ada rezeki lebih mama cadang nak ubah suai kat atas jadi lebih kurang photo kat bawah ni lar. Sekarang kat atas tu okay,cuma perlukan sikit ubahsuai saja lagi untuk anak mama Hakim.

loteng or attic in English

Semua orang mengimpikan mahligai yang indah-indah. Tapi bagi mama, cukuplah sekadar memenuhi routin harian janji ianya, kemas selesa walaupun tidaklah bermewah-mewah. Membazirkan amalan syaitan. Jadi cukuplah cara hidup kita sekadar bersederhana.  Yang kaya itu tidak semestinya hatinya gembira, tapi yang miskin itu tidak pula sentiasa berduka. Biarlah kita bersusah sikit di dunia ini asalkan di akhirat kelak kita semua boleh miliki Istana Yang Kekal Abadi dan tiada tandingan di dunia ini.



Glitter Text @ Glitterfy.com

No comments: