Assalamualaikum w.b.t.
Petang semalam, Tok Jah telefon mama, terkejut jugak, sebab jarang Tok Jah nak telefon mama melainkan ada sesuatu yang penting. Padahal mama baru jer call Tok Jah masa awal pagi tu, tapi cakap tak habis disebabkan batery telefon dia dah kong. Rupa-rupanya, apa yang mengganggu fikiran mama selama ini, terjadi sungguh semalam.
Tok Jah, telefon mama, menceritakan yang dia kena rompak aka ragut dan sebagainya. Yang lebih menyedihkan lagi tu, orang yang merompak Tok Jah ketika Tok Jah keseorangan di dalam rumah. Tok Jah di sepak dan ditolak hingga jatuh ke lantai. Bengkak habis seluruh muka akibat di sepak oleh penjenayah terbabit. Perompak tadi, mengungut Tok Jah agar jangan menjerit kalau tidak dia cekik leher Tok Jah lagi kuat, sementara dada Tok Jah di tekan sekuat-kuatnya di lantai. Namun, mujurlah tiada kecederaan lain, perompak tadi cuma sempat meragut rantai dan gelang tangan yang dipakai Tok Jah saja. Tapi itulah sahaja barang berharga yang Tok Jah miliki. Apalah sangat yang ada pada orang tua tu. Memang mama takkan maafkan orang yang telah menganiaya Tok Jah dan dia akan terima balasan yang setimpalnya, walaupun tidak didunia, namun hukuman akhirat dia tidak akan terlepas begitu sahaja.
Tok Jah sebenarnya, ada 'heart attack dan hypertension', tapi mujurlah, masa kejadian tu dia tak pengsan akibat dipukul penjenayah terbabit, kalau tidak mungkin lagi parah.
Mama, memang nak balik, memandangkan, cuti dah tak ada langsung, jadi terpaksalah tunggu sehingga tahun depan, tapi tahun depan berapa hari lagi. InsyaAllah, dalam tempoh terdekat ni kita akan cuba balik juga ke Sungai Petani.
Coretan:
No comments:
Post a Comment