Thursday, December 2, 2010

Sambungan.......

Balik dari Gopeng tu, kita semua pula gerak ke Jaya Jusco Bukit Tinggi. Maklumlah hari tu (1st Dis 10) JCard. Kebetulan memang mama nak belikan baju untuk anak-anak mama sebab nak balik Sg. Petani minggu ni ada kenduri kahwin di rumah Tok Dak. Disebabkan theme 'kelabu2', so mama cari ajerklah yang ada iras-iras jerk kelabu sikit2. Ramai orang?....memang tok sah nak cerita lah, macam semut, padahal, mama dari dulu memang tak suka ke tempat orang yang sesak2 macam ni, tambah2 bawa anak-anak, tapi sebab nakkkkkkk sgt beli baju tu, itu yang pergi jugak. Lepas bayar semua, jam dah menunjukkan 7.30 mlm. 

Kita semua ke surau dalam JJ tu untuk solat Maghrib. Lepass jerk solat Maghrib, mama tunggu ayah dan hakim kat kerusi berhampiran sekali 'blackout'. Bayangkanlah AEON tu blackout, tapi dalam kawasan JJ tak blackout cuma kat tengah-tengah jerk antara wing utara ke selatan tu. Ingat nak beli comforter saja lagi lepas solat tu, tapi dah jadi macam tu terus balik jerklah. Nak ke parking pun gelap, then masa nak keluar memang kereta semua dah berpusu-pusu nak keluar, ada yang tersangkut dekat palang(sebab palang tak boleh alihkan). Ada juga kereta yang nak masuk lagi ke kawasan JJ tu. Memang havoc lar. At last kita sampai dekat kawasan rumah kita then makan malam kat situ jerk, itupun sekitar jam 9.00 malam.  Hmmm itulah, nak sangat ke JJ, rasanya cukuplah setakat itu mama pergi dengan anak-anak mama. Lepas ni kalau nak shopping lagi kena pergi dengan ayah jerk, baru senang sikit.

Sebenarnya, malam sebelum tu (30 Nov 2010), kita semua dah pergi sama dengan mama punya JCard expired dated 30 Nov 2010, ingat nak buat renewal, sekali ramai pulak tempat counter tu. Lady's kat kaunter tu pun cakap, esok lagi banyak kaunter akan dibuka. So, malam tu ayah jerk dapat beli trouser dia, lagipun bonus mama lum masuk...hi3, so tak leh shopping sangat.


Coretan:


No comments: