Seperti yang mama ceritakan semalam, mama ada membuat laporan polis berhubung dengan sebuah lori yang diletakkan betul-betul menganjur ke dalam laluan jalan utama ke Pelabuhan Klang. Hasil dari pemerhatian sudah hampir seminggu lori tersebut tersadai di situ. Namun, hari ini dalam perjalanan ke pejabat lori tersebut masih lagi tersadai di situ. Mungkin ada yang berpendapat ianya tidak mengganggu sesiapa, alah lagipun bukannya ada sesiapa yang terlanggar or terperosok di belakang lori tersebut, tak apa nanti ada orang lain akan buat laporan, tunggu jerklah esok-esok akan dialihkan lah apa nak sebokkan hal orang.
So, mentality semacam inilah perlu dikikis oleh setiap orang. Bagi mama ianya adalah tanggungjawab kepada kita yang melihat dan merasakan ianya mendatangkan bahaya, walaupun tidak kepada diri sendiri, namun malang tidak berbau, mungkin akan malang kepada orang lain. Jadi sebelum perkara itu terjadi, baiklah mama mengambil pendekatan dan inisiatif sendiri, alah bukan susah pun nak buat laporan tu, sekadar telefon pihak yang berwajib.
Jadi hari ini, mama sekali lagi telefon pihak JPJ dan memaklumkan tentang lori tersebut, kebetulan hari ini mama sudah dapat detail no plate lori tersebut dan mudah untuk pihak JPJ untuk pergi melihat sendiri dan sebagainya. Rasanya puas hati sedikit, kerana pihak JPJ hari ini ada mengambil butir2 diri mama, berbanding pihak polis semalam yang hanya menyatakan akan menghantar pegawai untuk menyiasat, namun siapa mama dan dari mana mama membuat panggilan tidak pun dimintanya.
Semoga tindakan akan dibuat dalam waktu terdekat ini sebelum kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku.
No comments:
Post a Comment