Seperti kebiasaan, kalau raya pertama di Segamat, raya ke dua atau ketiga kita tetap akan balik ke Sungai Petani. Tengah hari tu ramai jugaklah lagi yang datang mengunjungi teratak tok Mak, masa mama tengah bilas kain kat belakang rumah, dari atas bukit tu nampak kereta besar2 menyusuri masuk ke jalan rumah Tok Mak...tergerak dalam hati siapalah pulak...Keluar dari kereta, ada sorang makcik tu tanya, di rumah Paty (panggilan kepada nama Tok Mak ( Fatimah)...Paty.....American lagi...actually, officemate Tok Mak semua panggil Tok Mak...Paty. Aha, mama cakap, jemputlah masuk..mak ada kat dalam...Mama pergi panggil Tok Mak, Tok Mak pun terpinga2 siapalah pulak, dia pun ingat2 lupa...rupa-rupanya sepupu dua tiga pupu Tok Mak. Dalam kesebokan menyiapkan hidangan untuk tetamu tu, mama dapat call dari Pak Teh( Abg Jalil, abg mama) memaklumkan Tok Kiah yakni ibu kandung mama telah kembali ke rahmatullah. Mama terhenti sekejap kerja-kerja semua, memang rasa sebab di hati..waktu jam hampir 3.00 petang, dengan keadaan mama mcam ni, ayah pun bukannya larat nak drive direct ke Kedah dari Johor ni.
Pic ni diambil tahun 2007, Mama, Hakim, Hanani dan Tok Kiah....waktu ni dia dah sakit tapi still boleh jalan laa..ada pic tahun 2009 tapi tak ada pula dalam folder kat sini, dalam fb adalaa...
Lagipun mama dan tahu condition Tok Kiah, dah lama menderita sakit kencing manis, disebabkan tu, mama minta diorang kebumikan dulu jangan tunggu kita. Malam tu, Mak Lang Nor bagi tau, yang Tok Kiah dah selamat dikebumikan jam 10.00 malam. Masa tu kita dah on the way balik ke Klang dulu. Sampai Klang pun dah jam 1.00 pagi, esoknya pagi-pagi baru kita gerak ke Kedah. Dek kerana kepenatan malam tadi lewat sampai rumah, paginya dalam jam 11.00 pagi baru kita gerak. Kali terakhir kita jumpa Tok Kiah masa raya China hari tu sekitar bulan 2...kita balik kejap, sebab diberitahu dia tengah nazak, tapi dah dia ok, kita semua balik semula ke Klang, dek tuntutan tugas. Walaupun Tok Kiah tak menjaga mama, tapi dia yang melahirkan mama, melalui dialah mama dapat melihat dunia ini. ' Ibu setiap waktu aku tidak pernah putus mengirimkan doa buatmu'. Mudah-mudahan kau tenang dan bersama golongan solehah. Wahai anak-anak mama, andai kiranya mama tiada lagi di dunia ini, hanya satu mama pinta, janganlah putus kirimkan mama walaupun seayat doa, hanya itulah dapat bantu mama di akhirat kelak.
Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com
No comments:
Post a Comment