Monday, October 10, 2011

Penangan KK Home Deko

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam hari minggu memang telah nam jahanam...hmmm bukannya apa dek kebosanan melanda.....Sabtu, ayah kerja jadi tak kemana-mana keluar dah petang, itupun ke rumah kawan ayah mama nak ambil telekong, ada orang pesan.

Hari Ahad, yakni semalam pagi sampai ke petang sebok sebenarnya, mana mama mengemas bilik atas, mengemop dan turunkan semua bungkusan yang dah taknak dipakai, semalam tu dah kira hampir 90% dah siap, cuma tinggal nak deko jerk. Lepas tu turun ke dapur masak untuk makan tengah hari. Awal-awal lagi dah mandikan baby, sebab mama nak masak pulak. Lunch semalam, Ikan Kurau Masak Kari, Sambal Tumis Ikan Bilis, Ikan Goreng dan Sup Telur Mix Sooun, sayur tak sempat nak masak dah, anak-anak mama dah masing-masing kebuluran, pagi tu mama cuma sempat goreng Mee Hailam jerk sebungkus, itupun tak sempat tengok, kebetulan Tok Ayah datang tengokkan rumah kita, bumbung kat porch keta tu bocor bukan apa sebab banyak daun kat salur sampah dan 'blocking'. Tok Ayah datang betulkan, sebab ayah tak boleh panjat nanti jerlus lagi....macam hari tu. 

Tengah sebok-sebok nak masak, ayah pulak sebok nak keluar dengan kawan dia Najib...yang kita pergi open house kat Sri Kembangan hari tu, semata-mata nak tengok akaurium...Hah dah pakat gila akuarium lah pulak...Tapi tengok-tengoknya dulu..bajet tak ada buat masa sekarang....itu ayah yang giler..so ayah yang kena kuar modal la....konsep mama ngan ayah....'Jangan kacau duit mama sudah, begitu ayah sebaliknya'. Hi3. 

  contoh akuarium ikan hiasan yg dimaksudkan...coming soon lah yerk..( pic sumb. pak google)

So sebab kebizian dan kepenatan yang melanda mama semalam dan dek kerana nak lepaskan tension, petang lepas Asar, mama ajak ayah ke KK Home Deko. Cadang nak jamu mata, at last, sayang-sayang duit, akhirnya melayang jugaklah....dekat 2rats. Beli bunga, pasu dan lain-lain jerk. Hmm lepas ni memang kena wat budget betul2lah baru boleh pergi kalau tidak memang melayang ler lagi...hu3.. Mama takderlah pakar sangat bab gubah mengubah ni...tapi nanti I'll upload pic later.


No comments: