Hari ni, first day, mama di opis, mujurlah kerja tak banyak sebab Cik Anis dah take over sepanjang mama dalam maternity leave. Pagi tadi nak updated blog ni, yang dah bersarang semut segala sarang bagai kat blog ni, tapi takder mood nak update, terpaksa tunggu Encik Mahmood jugak datang....jeng..jeng......now si encik dah kembali ke dalam jiwa mama.
Pagi tadi, dengan berat hati nak tinggalkan buah hati mama si Hazirah pada nenek, tapi dek terpaksa cuti pun dah kehabisan itupun mama sambung cuti dua hari jerk, kalau ikutkan mama dah kena masuk kerja 30 September 2011 hari tu lagi. Mulanya ingat nak sambung cuti lagi, tapi duduk rumah pun mengadap benda yang sama dan kerja-kerja rumah yang tak pernah-pernah habis......so mama ambil keputusan hari ni masuk kerja.
Oleh kerana, baby, tidak dapat menyesuaikan diri dengan botol, so tengah hari tadi mama balik sekejap ke rumah. Sampai rumah, nenek kata dah habis jugak sebotol yang mama pump pagi tadi, so tak jadilah mama nak menyusukan baby. Alhamdulillah, minta-mintalah lepas ni, baby dapat menyesuaikan diri dengan botol biasa jadi tak perlulah mama balik ke rumah setiap hari. Masa dalam pantang hari tu, bukan mama tak nak ajar, tapi tak berkesempatan, macam-macam nak dibuatkan kat rumah tu, ntahlah tak tahu mama nak cerita, bila berada di tempat mama jerk orang akan faham......
Glitter Text @ Glitterfy.com
No comments:
Post a Comment