Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, kelahiran baby kali ini diluar jangkaan, dan Allah itu Maha Mendengar segala rintihan mama selama ini. Disebabkan baby dah 'over due' maka pada 31 Julai 2011 mama admitted ward pada tengah hari tu. Anak-anak mama semua datang dan iringi mamalah. Selepas masa melawat berakhir t.hari tu, anak-anak mama balik ke rumah dengan ayah, tapi masa melawat sebelah petang pula ayah dan abang hakim jerk yang datang hingga habis waktu melawat sementara Hadirah dan Hanani ikut tok mak.
Mama, ada request first class punya ward, tapi disebabkan hari tu ward tersebut masih penuh, jadi mama ditempatkan dulu di ward biasa. Tapi bila dah duduk situ, pun dah rasa okay selesa juga tempat nak solat pun dekat bilik air pun sebelah jerk, so mama fikir tak dapat first class pun tak mengapalah. Apa-apa yang ada ajerklah, lagipun melihatkan doktor-doktornya pun friendly jerk begitu juga nurse-nurse yang lain. Memang seharian tu, tak ada rasa sakit pun, doktor buat ujian takder pun tanda-tanda contractions. Doktor check buku merah mama, tak ada pula terkini punya result scan, malam tu sekitar jam 10.00 malam doktor buat scan lagi, menurut doktor baby lebih kurang 3.5kg. Mak aii...mama terbayang macam-macam dah, besarnyer, padahal anak-anak mama sebelum ni, paling kecik 2.73 dan paling besar Hanani 3.06 jerk, tak sangka pula baby kali ni besar semacam.
Masa tu, mama tak rasa sakit lagi, cuma kadang-kadang rasa perut menegang-negang. Sekitar jam 12 t/malam, nurse datang, jemput ke ward first class. Dia dah ambilkan mama kerusi roda, tapi mama cakap, tak mengapa mama boleh jalan lagi takder sakitpun, so barang-barang diletakkan ke dalam troli dan berjalan ker ward tersebut, tepat jam 12.03 minit mama jejak kaki di ward tersebut. Masa tu pun tak sakit apa-apa lagi, sampailah jam 1.00 pagi mula rasa sakit sikit-sikit tapi macam menegang-negang saja perut tu. Mama ingat biasa jerk ni. Tapi sekitar jam 2.00 pagi, mama dah mula rasa contractions dah kerap sangat dah lima minit sekali lima minit sekali. Mata tak berkedip-kedip tengok jam aje masa tu. Dalam jam 2.30 masa tu, mama dah tak tahan sangat dah, so menjerit panggil nurse sebab dah sakit sangat, tapi belum rasa nak meneran.
Masa tu, ada 3 orang nurse yang handle. Diorang bawa mama ke bilik Rawatan di situ, untuk buat CTG about 1/2 hours jugaklah. Masa tu, contraction makin kuat ya amat yang dapat mama rasakan. Lebih kurang jam 3.15 mama ditolak ke LR, sekitar jam 3.30 baby selamat lahir. Alhamdulillah, masa contraction tu memanglah sakit ya amat, tapi lepas tu semuanya hilang. Sempat lagi berborak-borak dengan bidan yang dok tengah jahit luka mama tu. Mama bertanyakan tentang bius, sebab sesetengah hospital tak ada bius masa jahit luka. Jadi mama tanyalah dia. Bidan tu cakap, ada dua jenis bius, sembur atau injection, dia kata ianya akan diberi pada semua pesakit. Alhamdulillah, selepas semuanya selesai, sekitar jam 4.45 pagi mama pun ditolak ke ward semula.
Penantian berakhir selepas 9 bulan mama menanti. Rupanya baby nak jengah ke dunia pada 1 Ramadhan 1432H/ 1 Ogos 2011. Orang sebok nak bersahur, dia sebok nak keluar, mana tak kelam kabut, nurse2 kat situ, sampaikan diorang tak sempat masukkan air pun ke badan mama, biasanya ke jugalah drip kat tangan tu, ini tidak..tak sempat dahh....so ubat pun tak sempatlah nak dimasukkan. Masukk sahaja ke ward, setengah jam lepas tu, mama cuba call ayah, tak pulak dapat-dapat tak berangkat, so call pulak kat rumah. At last Tok Mak yang angkat, dia sebok menyediakan makan untuk bersahur. Tanya Tok Mak, ayah mana, Tok Mak kata, lum bangun. Patulah tak dengar mama telefon. So Tok Mak tanya mama kenapa?....Mama cakap kat Tok Mak.....'mak dengar tak tu, (masa tu suara baby melalak menangis), apa Tok Mak cakap, mak dengarlah betul-betul......hah suara baby....hmm iyerklah tu mama cakap, dah selamat dah pun, tak sempat nak masuk ubat. Alhamdulilah, cepatnya tok mak cakap. So, mama tak nk ayah rushing-rushing datang, so mama pesan kat Tok Mak, nanti selepas solat Subuh datanglah untuk mengazankan baby. Sekitar jam 6.30 macam tu, ayah dah berada di sisi, mama baru keluar dari toilet tengok ayah dah pangku baby dan azankan pun.
Alhamdulillah, oleh kerana semuanya mama dan baby sihat, petang tu jugak, sekitar jam 5.30 petang mama dah dibenarkan keluar.
Syukur Alhamdulillah, Allah mendengar rintihan mama selama ini dan Dia telah permudahakan segala-galanya. Walaupun sakit ketika melahirkan, mama mengharapkan ianya dapat menghapuskan dosa-dosa yang ada. Sesungguhnya siapalah diriku disisiMu Ya Rabbi....
Glitter Text @ Glitterfy.com
No comments:
Post a Comment