Thursday, October 13, 2011

Rumah ke 2

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, setelah hampir dua tiga bulan, akhirnya selesai jua urusan pembelian rumah. Syukur ke hadrat Illahi, dengan gaji mama yang tidak seberapa ni, dapat jugaklah membeli sebuah rumah sendiri. Sebelum ni mama ada beli rumah kos rendah saja kat Sungai Petani nun, itupun pakai loan bank, tapi rumah tersebut untuk Tok Jah dan Awan tinggal. Disebabkan, ayah dengan komitmen lain, so urusan rumah, mama pulalah yang buat loan.  Awal bulan September masa rayalah kiranya rumah loan dah pun masuk. So, Alhamdulillah, automatically rumah tersebut dah jadi milik mama dengan ayah. Seperti mama citer bulan-bulan sebelum ni, yang kita hanya beli rumah Tok Ayah yang kita duduki sekaranglah, so bila dah bertukar milik tu, senanglah sikit nak renovate ikut citarasa sendiri, sebab nak beli rumah lain rasanya dah tak mampu.

Dulu kita ada sebuah rumah lain, Condo kat Bayu Villa, Bukit Tinggi tu, ada gym, swimming pool bagai, walaupun ada lift dan rumah tu tingkat 4 jerk, tapi mama tak suka sebenarnya, mama lebih suka tinggal kat rumah ada tanah....entahlah memang tak best sangat duduk rumah macam tu, nak turun ke swimming pool pun bukanlah selalu, tak silap mama dengan ayah dan abang Hakim sempat tinggal kat rumah tu lebih kurang setahun jerk..lepas tu, pindah ke rumah sekarang dan rumah condo tu kita sewakan. Now Alhamdulillah, rumah tu pun dah terjual. Kita jual kat Pak Uda jerk, kebetulan memang dia tengah cari rumah, lagipun dia bukannya tinggal sangt kat rumah tu sekarang rumah tu masih lagi disewakan. Pak Uda kan belayar, so 3 bulan sekali baru naik ke darat ni.

Seperti yang mama citerkan pada bulan-bulan lepas, rumah ni rumah teres, tapi mama puas hati sebab besar dan memanjang ke belakang, kalau nak dibandingkan dengan rumah sekarang, paling murah pun 270k ke atas, dah tu bertingkat-tingkat tapi keluasan dia kecik saja, kalau nak keluasan besar memang ada tapi tak terjangkau lerk...tak mampu..Sebab tu mama pakai baju ukur di badan sendiri, tak pernah minta ukuran badan orang lain...hi3. Rumah sekarang pun dah ada 4 bilik dan dua bilik air, ayah cadang nak tambah satu lagi bilik air, InsyaAllah kalau ada rezeki lebih. InsyaAllah juga bulan 11 ni, Awan akan datang tolong pasang tiles kat semua bilik dan juga renovate dapur tu sikit. Itu saja yang mama mampu buat sekarang, yang lain-lain setakat ni tak perlulah nak renovate. Kalau ada rezeki lebih InsyaAllah. Doakanlah yerk. 

Hampir sebulan lepas mama ada order drawer( almari tingkat2) dan shoe rack, mak ai dekat sebulan jugaklah baru sampai. So bolehlah kemaskan sikit bilik yang berselerak tu, bukan apa selerak dengan baju Si Hadirah dan Hazirah lah, dah tak muat drawer plastic yang ada tu. So, lepas ni bolehlah mama mendeko-deko rumah pelan-pelan. Nak deko sepenuhnya, mana mau cari uwang...udahlah bermula bulan ni gaji mama dah tinggal separuh...hu3..Takperlah mudah-mudahan rezeki anak-anak mama ada kan?. InsyaAllah.


Glitter Text @ Glitterfy.com
glitter-graphics.com

4 comments:

dalila said...

Hasni beli rumah kt mana? syoklah dpt dduk rmh sendiri skrg... Dela pun tgh mencari terrace tapi harga area sini x mampu tul la nak beli... :(

@hasney^-^ said...

Has beli rumah ayah mertua jerk..itupun rumah terrace patern lama, setingkat jerk. itupun ada 4 bilik dan dua bilik air, kira puas hati gaks la...harga lebih kurang 130k jerk...75x22. Kira puas hatilah jugak, nak beli rumah design2 terkni tak mampu, mahai sgt...kami dah laa anak ramai mana nak tanggung kos anak2 lagi....tp rumah skrg betul2 dpn sekolah rendah, kira facilities mencukupilah sgt..tu yg mls nak pindah randah tu..lgpun ayah n mak mertua dah balik kg(segamat) buat rumah kt kg.

dalila said...

ya ka.... x pa la...dpt beli rmh atas tanah tu kira bertuah sgt dh tu.... kita kt kg dok rmh atas tanah... mai sini duduk rumah tnggi, lama2 letih la..:)... tpi pikiq tang harga tu pengsan jugak la... tpi area shah alam ssh nk dpt rmh murah2... dela pun plan nk cari g setingkt saja... tpi ssh nk dpt dela la ni pun tgh dok cari rumh pelan2

@hasney^-^ said...

Kami sbb rezeki kat sini jaa, tu yg beli umah kat sini, ikutkan hati nak beli rumah kat sp, masih lagi murah, tapi tu lar, keja gomen ni susah nak transfer, kecuali ada kekosongan.....takpalah deela pelan-pelanlah, kalau nak rumah satu tingkat teres macam umah kami, ada gaks, kat lorong umah kami tu, kat klang ni, dah renovate gakslaa tapi nak jual rm170k...cubalah search kat mudah.com, mana tau ada lagi murah kaa..