Friday, September 26, 2008

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA

MAAF ZAHIR DAN BATIN



Dikesempatan ini, has ingin menyusun seribu kemaafan daripada kawan-kawan, andainya selama ini ada kata-kata yang mengguris perasaan dan ada coretan-coretan yang meresahkan jiwa. Semoga ikatan persahabatan akan utuh selamanya. Salam Aidilfitri untuk semua.


Wednesday, September 24, 2008

Hubby Dah Tiba

Monday lepas, pergi KLIA jemput hubby. Jam 2.15 dia dah landing, tapi kitaorang still kt area Shah Alam lagi. So dalam jam 3.30 kami pun tiba KLIA, aku puas cari hubby kt mana...tengok kt ruang arrival pun tak der plak...mak n anak2 tunggu kat dalam kereta, so aku pun gi level 5, departure. Hubby telefon aku dr public phone, biasalah aiport sure bising, so aku tak berapa clear..dia cakap dia kat atas, dekat lif..tapi aku dengar toilet apalah jauh sangat...sounds trouble ke..he..he.so aku jalan menonong (ckp org utara)...ke toilet, hubby dah nampak aku, then dah kt toilet takder.aku pusing semula..then dia telefon lagi..abang kat tepi lif la..so barulah aku dengar betul..he..he..lucu tul..ntah aper yg didengar aku....Dah tiba kt tengok 2 biji beg besar hubby bawak, so sampai kt kereta, hakim punyalah sukenye dia......salam and peluk cium ayah dia, then hani plak still takut2 kt ayah dia. Hani kalau dengan orang yangjarang jumpa memang takut, susah and amik masa sikit nak rapat ngan seseorang tu.

Then, pergi ke Putrajaya pulak, amik baju raya yang ditempah..mak oii jauhnyer tempah kan?..dr Klang ke Putrajaya, bukan apa, tailor ni dah selalu upah baju, lagipun aku tempah sekali baju melayu anak2 aku, so itu yang banyak tu...baju aku dah 3 pasang, lagipun tailor ni memanglah dah kenal lama sangat, so dah biasalah ada pertalian darah jugakkk he..he...
So tiba di rumah dah jam 6.30 petang, so apalagi, beli jerlah kat Pasar Ramadhan, then masa berbuka aku minum air panas jerk 2-3 cawan, then jamah sikit kuih. Tak selera nak makan, agaknya kekenyangan minum air. So by 9 o'clock nak la makan, rasa lapar..erm..apalagi..perut mulalah start sakit 'Gastric' ku mula menyerang..so apalagi..sampai ke pagi tak boleh tidur...Dah pagi pening..macam mana nk pergi office, so terpaksalah MC's.

Thursday, September 18, 2008

Macam2 Ada

Last week, aku pasang ai-conditioner kt bilik tu..biasalah panas sangat, tak boleh nak tidur dengan selesa, tidur luar nyamuk plak banyak..taulah sekarang ni..mcm2 penyakit bawaan nyamuk ni..'Chigu' la..mcm2lah.....Then, dapatlah Dinner Set dari Panasonic tu..cantik tapi pinggan dia berat daaaa......So dah selesa, katil pulak diselimuti dengan cadar baru..dari Leno..memang berkenan sangat, so pesan jerk kt MIL kalau gi Leno tolong belikan cadar dulu maklumlah dah gi keje balik pun dah dekat pukul 6 mana taknya singgah2lah dulu kt Pasar Ramadhan tu.he..he.......so my MIL pun belila..dia satu...bilik aku satu.

Gift dari bos..biasalah sempena bulan Pose nih..


Dah siap cadar baru..raya sakannn..hu..hu




Dinner Gift Set

Start Shoppin Baju Raya

My shoes...from 'Bata'


Antara collection gaun Hani and Hakim

Last 2 Friday, aku start beli sikit2 baju dan gaun untuk anak2 aku kat Jusco Bukit Tinggi. Biasalah..baju biru tu Jusco br start buat sale..oklah..baju KIKILALA tu ada sale 20%. Then next fridaynya aku pergi lagi, cuma sempat 'grab' gaun jerk wat Hani, tunggulah abang balik nanti nak belikan baju lagi wat anak-anak mama tersayang. Aku pula cuma 'grab' sepasang kasut, itupun kat Bata, hage boleh tahanlah..tapi sebab berkenan sangat kasut tu...so sambar jerklah...he.he..

Rantai Hadiah Dari Ayah


Loket 'H'


Thanks abang, pagi ni aku menerima email picture rantai yang telah dibelikan oleh suamiku buat anak daranya Hanani Farisya. Siap berloket abjad 'H' lagii..Wah..raya sakan hani tahun ni yerk..with her new 'rantai'. Kat Saudi pun emas dah 100 Riyal per gram.. Kat Malaysia ntahler..last yang aku dengar Rm96, so latest tak sure plak..camne nak beli cincin ni....

Monday, September 15, 2008

Undang-Undang Jerk....

Ha..ha..setelah sekian lama aku menantikan result xm PPT hari ni baru keluar...Amat mendukacitakan...soalan Undang-Undang jerk yang aku LUUS...erm..mentang-mentanglah duulu kerja bahagian perundangan 4 tahun..tu yang power kot..tp rasanya adala sikit-sikit undang-undang yang aku keje dulu berkaitan masa dalam xm hari tu......ha.ha..2 bahagian lagi KANDAS....aku tau kenapa..satu bahagia Arahan Keselamatan tu tiada rujukan buku langsung..then Bahagian 1 tu...rujukan tak cukup aku main belasah jerk..Itulah pasai dulu masa xm ingat saja suka-suka jerk..hah.hah.sekarang....kan dah kantoiiii...Takper..bukan rezeki aku tu..InsyaAllah, kalau ada rezeki aku cuba sekali lagi tawon depan..hu..hu.hu...(dlm hati..mujur tk lulus..kalau lulus pun tk nak lah apply PPT tu...lecehhhhhhhh)...

Biscuit Made By Me

Samperit 3 balang yang berjaya buat..hu.hu


Biskut Idaman Hati Hanie



Hari sabtu dan ahad (12,13-14/9/2008) aku pulun habis buat samperit, then esoknya tu buat Biscuit Idaman Hati(campuran biskut merry dan conflakes). Then 3rd day after sahur buat biscuit Kelapa. Memanglah penat sangat, apatahlagi, sabtu dan ahad tu tak terjaga bangun sahur. Tidur mati kepenatan buat kuih... So, weekend adalah hari untuk aku memasak, setelah seminggu MIL ada di rumah so dia ajerklah yang masak. So sabtu aku sempat masak...sambal sotong, Stim ikan Siakap Chinese Style and sayur campak lobak dan bebola ikan...Yang makan aku, SIL(siter inlaw) and my son. Malam aku pulun pulak dengan SIL buat biscuit jadi keesokkannya pun sama tak terjaga...penat sangat buat kuih. So on sunday we started it after Sahur..finished by 2 o'clock. Dah siap aku terus tertidur ngan hakim sampai 5.30 petang. Dah bangun tu solat Asar dululah..then nak pergilah masak..tup-tup gas pulak tak der..alamak rasa nak meraung..semua orang tak der kt umah..adik pompuan aku tu bukan leh harap sangat..Nak tak nak..gi pula kedai...mujurlah kedai selalu beli gas tu tak tutup lagi...dah sampai terus masak apa yang segera, mujurlah sempat masak Kurma Terur dan Sotong dgn Kacang Panjang. Hakim pulun makan nasi sungguh..jarang aku tengok dia pulun makan mcm tu..sedap agaknya kena penangan lauk Kurma Telur mama.

So, dalam temoh 3 days tu aku sempatlah buat..Samperit, Biskuit Idaman Hati and Biscuit Kelapa. So next week tak rancang lagi nak buat kuih apa pulak....


Stim Chinese Style


(Sawi bebola ikan, Sambal Sardin, Stim Chinese Style and Sambal Sotong Kering)

SARA QAMEELA

**Malam Yang Dingin**


Hello Risya, are you free tonight?..Let's a dinner with me ajak Ammar pada Risya di corong telefon. Hmm mimpi apa plak ni nak belanja Risya….Ala kitakan lama tak dinner sama-sama. So tonight I free so why not I ask you. Kalau tak nak ok, I boleh ajak orang lain……..Eleh merajuklah pulakkkkkkkk sapa Risya….oklah..nanti u ambil Risya ok..I’ll wait for you.

Tepat jam 8.00 malam, sudah terpacak Ammar di depan pintu pagar rumah Risya. Hi Ammar, sapa Risya. Kemana awak nak belanja I ni. Lama yerk kita tak keluar sama-sama..iyerlah awak busy..Risya pun busy sebok dengan my final exam. I’m sorry ok. Says Ammar. Itulah I pun busy sangat, banyak kerja office tu nak segera diselesaikan. You tahulah, my daddy always outstation, so nak tak nak I lah yang perlu uruskan our family business. My mother pula sebok dengan kelab dan persatuan dia. Amisha pulak sebok dengan Master dia. Si Ammer pulak ntah kemana lama tak pulang since merajuk dengan my daddy masa besday party hari tu. Oohh..it’s ok. Risya tak kisah sangatpun. Ok, kita dah sampai ke Restaurant Merak di Kayangan. Wow, it’s so special name..cakap Risya. Itulah, I pernah datang sini a month ago. Makanan kat sini, ok not bad. Nah.something for you. Wow..comeynya teddybear ni....kenapa kecik sangat ni..cakap Risya, itujerk yang sempat I rembat kt kedai tepi office tadi. Anyway..thanks so much. It's ok,sajajerk lama tak keluar dengan you.


Mereka berdua menuju ke meja yang telah ditempah Ammar petang tadi. Ammar memesan suatu hidangan istimewa di Restaurant itu. Sungguh rancak sekali mereka berbual dan setelah selesai menikmati hidangan, Amar ingin menuju ke kauter bayaran tiba-tiba satu kejadian yang tidak diingini berlaku……………’brangggggggggg..satu set hidangan bertaburan di lantai sementara Ammar dibasahi dengan Tomyam yang mencurah ke bajunya……Hey, apa semua ni…..mata you kat mana lain kali, hati-hati tengok kiri dan kanan marah Ammar pada waitress yang bertugas, now look at me..so who want to responsible to my cloths. Sorry, Encik..sorry…terketar2 waitress tadi mohon maaf. Saya tak sengaja. Tapi kenapa Encik tiba-tiba datang…manalah saya tahu Encik nk datang…kalau encik tak datang, takderlah jadi ‘Tomyam Kemeja’ hari ni………sempat lagi tu si waitress tu berseloroh. Kiter pulak yang dipersalahkan Ammar dengan nada yang masih kepanasan. Call your manager. .Encik..maafkan kami Encik, kami akan tanggung segala gantirugi Encik. Maafkan kami dan waitress saya tu. Hmmm sudahlah saya nak awak pecat dia sekarang jugak. Maafkan saya Encik, kami sanggup bayar gantirugi yang Encik nak….hmm ok, lain kali amik waitress yang pandai buat keje..Bukan waitress yang bermimpi selalu ni……….cakap Ammar lagi.


Dia pun berlalu dengan Risya ke rumah, so sebagai balasan, dinner diorang tadi tidak dikenakan bayaran pun. Di dalam kereta, Risya masih lagi ketawa geli hati…hmm ada orang makan Sup Kemeja extra for a dinner tonight ....perli Risya. Shut up Risy, ………jangan tambah sakitkan hati I lagi…….nanti dengan2 u sekali I buat tomyam..Then, ammar pun dropped kan Risya di depan rumahnya. Thanks Ammar, lain kali bolehla belanja I makan ‘Tomyam Kemeja’ ye..he..he..dia masih lagi ketawa geli hati tengok gelagat Ammar disimbah Tomyam habis seluruh kemejanya yang biru itu. Enough Risya, Amar bagi amaran…..Ok..take care, jangan marah2 lagi tau….Oklah, I balik dulu ni, hari dah lewat.





**Hari Yang Ceria**


Ha..apa nak jadi ni…mengaji tingi melangit, kerja satu pun tak dapat lagi..dah dapat kerja sementara pun buat perangai pulak. Awak tu anak dara, janganlah keras macam lelaki. Kat mana awak kerja pun, itu suatu pengalaman biarlah jadi waitress atau apapun, yang penting rezeki tu halal nasihat PakCik Shamsul Kamal ayah Sara. Kat kedai kecik ayah ni, apa yang ada, cukuplah sekadar nak bagi makan hari-hari, nak lebih-lebih tu tak derlah. Sudahlah ayahnya, pandailah dia cari keje lain tu……sapa ibu Sara, Puan Zulaikha. Iyerlah ayah akak dah besar nanti pandai2lah dia cari keje lain sambung pulak si Salman Qushairi, satu-satunya adik lelaki Sara.

Ayah bukannya marah kakak ko tu, tengoklah tu pinjaman belajar dulu nak juga di settlekan, kita kena ada perasaan tanggungjawab atas tu. Ala ayah ni, Sara bukannya taknak cari kerja, dah banyak Sara pergi interview tapi semuanya belum panggil, hmm itulah jawapan ko, kalau aku ni bebel2 sikit…Kak Sara.Kak Sara………ni ada surat untuk Kak Sara, tiba2 si Sara Qasreena satu-satunya adik perempuan bongsu Sara datang berlari dari bawah rumah sambil menunjukkan dua pucuk surat untuk Sara. Dengan perasaan teruja dia membuka salah satu surat tu. Rupanya surat jawapan dia pergi temuduga di Syarikat Al-Irsad Berhad tempoh hari. Namun mendukacitakan, beliau tidak berjaya. Yahoo..Alhamdulillah……mak ayah…Sara dapat tawaran dari Syarikat Majidi Holdings. Penolong Akauntant. Rupa-rupanya surat kedua tu tawaran dari Syarikat terkemuka Malaysia yang Sara menghadiri sesi temuduga 3 bulan yang lalu. Sara ingatkan dah tak der harapan..rupanya rezeki Sara mak-ayah. InsyaAllah, kali ni, Sara tidak akan main-main lagi dan akan bekerja bersungguh-sungguh demi mak dan ayah. Terharu mak ayah Sara mendengarkannya begitu juga adik2nya.





**Tugas Menanti**

Kini hampir seminggu Sara bekerja di Majidi Holdings tu banyak kerja-kerja akaun yang perlu diselesaikannya disebabkan 2nd Accountant bercuti kecemasan. Masih terngiang-ngiang ditelinga Sara selepas pertemuannya dengan Encik Ammar petang 2 hari lepas..Sara syarikat kami amat menikberatkan performance setiap pekerja. Sekiranya performance tidak seperti yang diingini syarikat surat tunjuk sebab akan dikeluarkan. Jadi saya berharap awak dapat mendisiplinkan diri dan berusaha di dalam kerja awak. Bulan depan audit akan dijalankan. Oleh itu, saya harap awak dapat menyiapkan segala document yang berkaitan sementara Encik Mus masih bercuti dan kemungkinan akan masuk ke Pejabat by next week.

Hmm dulu tingkah tutur kata dan tingkah lakunya keras sekali. Tapi semenjak aku berada di sini, sikap dia berbeza sekali bukan kepada aku malahan setiap pekerjanya di sini mengapa ye..getus hati kecil Sara. Dia Cuma bersangka baik.mungkin dulu dia tengah bergaduh dgn kekasih dia kot…kan ada wanita disampinnya waktu itu..hmm entahlah Encik Amar…tak fahamlah…..

Hi Sara, tak pergi lunch ke?..Sapa Encik Ammar..it’s ok Encik Amar…just called me Ammar..hmm takper Sara selesa panggil Encik Amar…jomlah pergi lunch…erm..takperlah lagipun saya ada bawa bekal. Ada banyak kerja ni yang nak dibereskan segera. Nanti keluar ambil masa pulak….Hmmm oklah kalau mcm tu..lain kali ajerklah….Tiba-tiba kawan sepejabat Sara pula menyapa.hi..Sara..boss dah ajak tu pergi ajerlah…susah tau..nak tengok boss kita tu..pelawa mcm tu…kalau mcm kami ni hmmm kalau nk tunggu alamatnya mati kebuluranlah…….Alah..Lisa, Amy…ada-ada jerklah korang ni…

Friday, September 12, 2008

Berbuka di Hotel Concorde Shah Alam

Untuk pertama kalinya tahun ini pada 110908 aku dijemput untuk berbuka di Hotel Concorde Shah Alam. Disebabkan suami tiada di sini, aku hanya membawa hakim dan adik lelaki untuk menemani aku. Bertolak dari rumah jam 5.45, tiba di hotel tersebut dalam jam 6.30 bukannya jauh pun Klang ke Shah Alam, tapi tahujerklah, jamm kat bandar Klang tu..bosan betul. Sampai sana tunggu lagi member dekat 1/2 jam, baru nampak kelibat.


Hakim and Me



So kitaorang pun terus ke Ballroom nak booking tempat nanti penuh dapat tempat yang jauh2 plak ...Dalam jam 7 malam aku dan lain-lain jemputan mengambil hidangan masing. Maklumlah 'buffee' so kenalah pandai.2 Hakim aku bagi satey jerk kat dia...orang belum berbuka dia dah pulun makan...dalam 7.20 baru kitaorang berbuka tunggu selesai azan, masing2 apa lagi. Melantaklah puas, tapi aku makan sikit jerk dulu terus naik solat cakap kt hakim, ' Hakim, mama naik solat dulu tau..hakim makan dgn pakcik ye, kejap lagi mama turunlah. So, hakim pun jawab ok. So dah selesai solat aku pun turun, dah tengah makan tu, hakim cakap, mama jom la balik. Aku cakap, kejaplah mama baruu nak makan. So aku pun pujuk dia lagi then pegi ambilkan aiskrim. So akupun sajajerk nk nyakat dia..hakim jomlah balik, mama dan kenyang....dia jawab..ala kejapla mama...hakim nak aiskrim ni..Ooo pandai masa dia dah kenyang dia beia2 ajak orang balik, skrg dia nak makan lagi, aku ajak taknaklah pulak..Hmm hakim-hakim..luculah anak mamani.

FatimahAz-Zahrah, Hakim and Me


Memanglah puas makan kat situ, aku semeja dengan Kak Ani, Azzahrah and keluarga abang Atarmizi. Dalam jam 8.30 kami pun masing-masing dah kekenyangan bergerak balik. Aku tiba di rumah dah jam 9.00 malam, mujurlah jalan nk ke Klang tu tak jamm sangat, kalau tak memang penatlah..dah lah penat makan, penat dengan jamm kot jalan lagi. Hakim dalam perjalanan dah tidor, kepenatan akibat kekenyangan agaknya, so aku biarkan saja sampai kerumah. On day way, MIL call dia cakap diorang baru kat Tampin. MIL balik Segamat, tengok adik kt sekolah teknik tu demam pulak. So MIL bawa hani sekali. Pagi ni ajak hakim jom gi umah ibu, mama keje..mula tu..dia ckp takmoh..hakim nk tidor lagi...so akupun pujuklahlagi, jomlah..ni ha..mama bekalkan nasi goreng and buah epal. Hakim pegi umah ibu ye...nanti petang mama ambilla.mama nak gi keje ni..So dah pujuk-pujuk tu, barulah nak.......So sampai umah ibu(pengasuhnya) dia pun turun salam and cium aku. Hmm senang hati...mahu gak dengar cakap kalau tak..memanglah susah sangat.

Wednesday, September 10, 2008

Pesakit Gastrik Boleh Berpuasa


*Petikan di bawah ini diambil dari Utuasan Malaysia untuk mengingatkan diri ini. Akhir-akhir ni sejak April lalu aku sering menghadapi simton ini. So belum dipastikan samaada betul2 gastric atau apa. Bila ianya datang, sakit amat sangat tak tahu nak diceritakan, seluruh tulang belakang dan perut sakit, pedih ulu hati dan sebagainya. Kerap juga berjumpa doktor tapi belum lagi refer dengan hospital dan buat check-up menyeluruh. aku takut andainya disahkan penyakit ulser, batu dalam hempedu atau radang paru-paru. Tapi setakat ini doktor mengesahkan aku kena serangan gastric ajerk. Alhamdulillah sudah 10 hari kita berpuasa, gastric aku tidak datang cuma malam kelmarin kemungkinan silap minum...aku hanya meminum teh tarik membuatkan sakit dan pedih ulu hati datang merentap kembali. Bila ianya datang tak tahu nak digambarkan akan kesakitannya akhirnya aku terlelap pada jam 3 pagi. Namun keesokkannya digagahi jugak datang ke pejabat.



*********************************

APABILA tiba Ramadan, macam-macam pula penyakit yang muncul dan dijadikan alasan yang menghalang diri daripada berpuasa.


Ramai beranggapan tidak makan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan asid di dalam perut bertindak balas sehingga menyebabkan sakit perut atau dalam perkataan mudah ‘gastrik’.

Sebenarnya sakit perut tidak hanya disebabkan gastrik, tetapi banyak penyebab lain seperti pedih ulu hati, batu dalam pundi hempedu, ulser dan radang pankreas di mana kebanyakannya menimbulkan simptom sama.

Ini diakui sendiri Perunding Pembedahan Am, Digestif dan Laparoskopik di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Dr. Lukman Mohd. Rashid.*
Bagaimanapun katanya, gastrik tidak boleh dijadikan alasan untuk sesetengah individu itu tidak berpuasa seperti orang lain.

Sebaliknya pesakit masih boleh berpuasa jika mereka benar-benar memahami apa itu gastrik dan di tahap kronik manakah gastrik yang dialami.

Beliau berkata, dengan pilihan makanan yang betul selain memahami kebaikan puasa itu sendiri, secara tidak langsung dapat mengurangkan rangsangan tindak balas kimia yang berlaku di dalam otak.

Ini kerana katanya, ia menjadi punca penghasilan asid selaku pendorong utama kepada gejala kurang selesa khususnya pada perut.

‘‘Sama seperti penghidap penyakit lain seperti kencing manis, mereka masih boleh menjalani ibadah puasa dengan syarat mendapatkan nasihat doktor dan mengambil makanan serta ubatan diperlukan mengikut jadual yang ditetapkan,’’ ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Menerangkan lebih lanjut mengenai penyakit gastrik atau nama perubatannya, gastritis secara amnya merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa), tetapi ia juga lazim digunakan untuk menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut.


Katanya, antara punca gastritis ialah jangkitan sejenis bakteria, Helicobacter Pylori atau lebih dikenali sebagai H Pylori yang lazim ditemui pada pesakit gastritis kronik.

Ia juga disebabkan berlakunya lebihan rembesan asid hydroklorik di dalam perut atau hyperacidity yang seterusnya menyebabkan iritasi dan luka di dalam perut.

Bagaimanapun, tidak ada kajian yang menunjukkan ketika berpuasa rembesan asid hydroklorik ini bertambah malah didapati puasa boleh mengurangkan rembesan asid ini.

Antara gejala-gejala yang dikaitkan dengan gastrik termasuk sakit perut dan rasa tidak hadam yang selalunya dirasai di bahagian atas perut, pening kepala, loya atau muntah, badan rasa lemah dan berat badan menurun.

Menurut Dr. Lukman, sebaiknya, pesakit gastrik disarankan menjalani ujian seperti ujian Endoskopi dan doktor akan dapat menentukan keseriusan tahap gastrik mereka.

Mereka juga perlu memastikan dapat rawatan yang sempurna untuk penyakit gastrik itu.

‘‘Pada masa kini banyak ubat-ubatan yang boleh didapati seperti kumpulan ubat-ubatan H2 antagonist seperti Zantac, Tagamet serta ubat Proton Pump Inhibitors(PPI) seperti Nexium, Controloc, Pariet dan sebagainya yang boleh menyembuhkan pesakit ini. Pesakit perlu mengambil rawatan ini sepanjang mereka berpuasa,’’ ujarnya.

Begitupun, jika pesakit yang masih berasa sakit di bahagian ulu hati, muntah atau membuang air besar dengan najis berwarna hitam dan sangat busuk walaupun sudah mengambil ubat-ubatan, mereka perlu berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.


Beliau berkata, selain menjalani rawatan perubatan dan mematuhi nasihat doktor, pesakit itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga sejak awal. Ini termasuk mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat kerana punca gastrik juga turut dikaitkan dengan amalan pemakanan seseorang.





Tuesday, September 9, 2008

Syukur Alhamdulillah

KepadaMu ku sujud dan berserah mohon perlindungan untuk segala-galanya terutama anakku. Syukur Alhamdulillah kini, hakim sudah pulih dari demam. Cuma memantau makan ubat saja. Susah sangat nak makan ubat, kena paksa. Hakim..hakim membesarkanmu pelbagai dugaan dan rintangan mama hadapi. Namun biarlah apapun dugaan moga Mama kuat menghadapinya. Mama selalu berdoa agar anak-anak mama diberikan kesihatan yang sihat, bijak dalam pelajaran demi kejaayaan masa depan dan menjadi anak-anak yang soleh dan soleha. Aminn.

Monday, September 8, 2008

Dugaan Hebat Lagi


Ala kasihannya anak mama ni..

Astaqfirullah........hanya itu ayat yang mampu aku keluarkannnnn......hati terlalu sayu dan pilu setelah sekian lama, dugaan hebat itu datang lagi. Hakim..kena 'fits' lagi. Tapi mujurlah kali ini tidak seteruk dia ketika berusia setahun setengah lalu sehingga ditempatkan di ICU, namun sebolehnya tak nak ianya seranglagi kerana kemungkinan akan membahayakan nyawa serta otak dan sarafnya. Kini setelah umur dia 3 thn ia datang lagi. Dalam jam 12 t.hari dia dah mula demam, tapi aku pantau sepenenuhnya selepas berbuka aku dan mak terus membawa dia ke sebuah Poliklinik yang berhampiran.



Ahad kebanyakan klinik tutup, dan klinik penal yang selalu pergi pun kebetulan tutup pula hari ni, mungkin bulan puasa ianya ditutup awal. Setelah sampai di klinik tersebut doktor telah memasukkan ubat ke duburnya, kerana panas Hakim ketika itu mencecah 39'c. Dalam perjalanan pulang setiba di satu hentian traffic tiba-tiba Hakim kaku dan menggigil di atas ribaan tokmak dia, aku apalagi pecut semahunya...dah panic tak tahu nk kemana..nk kerumah jauh lagi ..nak ke poliklinik pun sama......so aku pusing ke sebuah Pasaraya Mini yang berdekatan, kebetulan aku selalu membeli barang-barang di situ dan pernah ternampak paip air yang digunakan oleh pekerja di Pasaraya tersebut, tanpa meminta kebenaran, henti sahaja kereta aku terus memapahnya ke paip tersebut. rupanya paip tersebut ditutup aku menjerit-jerit minta tolong..tolong..tolong bagi air......terus pekerja di situ membukakan paip tersebut dan mencurahkan air ke seluruh badan kepala dan membuka semua baju Hakim. Mulutku tidak pernah putus menyebut...hakim..bangun sayang...hakim..bangun sayang...air mata sudah mencurah-curah tidak dapat dibendunglagi....Dalam tempoh 5 minit hakim masih jugak tidak sedarkan diri..aku dah menjerit lagi..tolong...tolong panggilan ambulance..namun tiada siapa pun yang berbuat demikian...sedangkan kami dikelilingi mereka yang mengunjungi pasaraya tersebut. MIL(mother in law) minta tolong..tolong bawa ke klinik berhampiran pun tak mengapalah...aku dan MIL dah panic...tak boleh dah nk drive..aku lagilah..seluruh badan rasa menggigil-gigil.....aku memang panic dan fobia sangat kalau hakim diserang 'fits' ni. alhamdulillah, dalam ramai2 tu mujur ada seorang pakcik tu..tolong bawa ke Poliklinic semula. Aku dah tak terdaya lagi...pakcik tu lah yang memapah Hakim terus ke bilik doktor di klinik tersebut. Tiba di sana doktor memasukkan ubat lagi ke dubur dia..dan jururawat di situ terus membasuh2kan badan dia..aku dah takboleh buat apa-apa lagi. Alhamdulillah..tak lama selepas tu, hakim mula sedarkan diri cuma mata dia masih memandang ke atas, dan mula perlahan-lahan menggerakkan mata dan seluruh anggota badan dia...tangan dia masih kaku..rupanya dia kesejukan akibat simbahan air yang banyak tadi.

Selepas tu, kami pun pulang ke rumah dan menghantar semula Pakcik yang menolong tadi. Terima kasih Pakcik Kamal kerana telah membantu kami, kalau Pakcik tu tak tolong tak tahulah apa akan jadi. Apa yang dikesalkan ialah, itulah Masyarakat kita..mana diletaknya sikap tolong menolong, berbudi bahasa dan sebagainya yang dipuji2 pelancong luar selama ini. Aku hanya mampu mendengar rintihan mereka' kasihan..kasihan..kasihan'...tapi tiada pun siapa yang datang hulurkan bantuan, sehinggalah Pakcik Kamal menawarkan dirinya. Sesungguhnya, mungkin mereka hanya kaku dan tidak mampu berbuat apa2 kerana perkara itu tidak terjadi terhadap diri dan keluarga mereka. Tapi bagaimanakah sekiranya perkara itu terjadi kepada mereka. Mungkin keluhan yang sama akan dikeluarkan.


Alhamdulillah, pagi tadi Hakim kembali aktif, cuma perlu makan ubat antibiotik terutamanya sampai habis. Hakim, mama sentiasa mendoakan yang terbaik dan memberi kesihatan yang baik untuk anak mama tersayang ni. Ya Allah, berilah aku kekuatan dalam menempuhi ujianMu ini. Sesungguhnya aku tidak terdaya menangungnya sendirian. Kurniakanlah rezeki kami di sini, agar dapat suamiku pulang ke tanah air dan bersama-sama menghadapi setiap dugaan dan ujianmu ini. Sesungguhnya apa jua ketentuanmu aku Redha.



Ni pic sehari selepas 'fit's



Thursday, September 4, 2008

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 4






Tanggal 040904 kita telah diijabkabulkan. Alhamdulillah tarikh hari ini 040908 genaplah usia perkahwinan kita 4 tahun. Untuk itu, ayang ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan sayang. Sesungguhnya kami dianugerahi harta yang tiada ternilai sepasang cahaya mata penyeri rumah tangga. Biarpun pelbagai halangan dan dugaan yang melanda, kadang-kadang duka kadang-kadang gembira, namun itulah asam garam hidup berumah tangga sudah menjadi lumrahnya. Alhamdulillah kita bahagia dan masih seperti dahulu. Sayang kasih sayangmu tiada tandingan kasihku usah diragukan. Sesungguhnya diriku hanyalah insan kerdil untuk menumpang kasihmu selagi nyawa dikandung badan. InsyaAllah, ayang akan pelihara rumahtangga kita dan didik anak2 agar menjadi insan yang berguna bukan sahaja demi bangsa malahan agama yang amat penting. Walaupun kita berjauhan dirimu diseberang lautan meninggalkan kami demi mencari nafkah, ayang redha semua itu. Sesungguhnya permata hati kitalah pengikat kasih sayang antara kita. Semoga kasih sayang ini akan terus berkekalan hingga ke syurga. Aminn.